October 30, 2016

Apa ada pada peluang?

Semua orang suka peluang.
Peluang. So that you can start over again.
Fix your mistakes.

Tapi terkadang aku rasa
Peluang tu tak patut ada
Biar tak habis sakit di dada
Tapi jangan diberi peluang untuk disakiti kali kedua

... or even worse,
entah kali yang keberapa.


LIKE pon bolehh! :D

May 3, 2016

Aneh

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni mood aku rasa tak menentu.
Tetibe rasa tak kuat.
Tetibe rasa tak gembira.
Tetibe rasa sedih.
Tetibe rasa serabut.
Pelik. Betul pelik.

Nak release tension tu.
Aku suka nak pergi sana-sini.
Walaupun badan penat, gigih jugak pergi merata.
Walaupun sorang-sorang.
Even dah sampai depan rumah,
Aku akan duduk dalam kereta tengok or main fon.
Kadang tu sampai sejam jugak.

Entah apa aku fikir pun aku tak tahu.
Aku berfikir banyak sangat ke?
Atau aku tak berfikir langsung?
Macam banyak je persoalan tiada jawapan.

Aneh.

Yang benar,
Wani-yang-aneh-tetibe


LIKE pon bolehh! :D

January 23, 2016

Manusia sebuah buku

Ada orang suka jadi buku-terbuka.
Dia boleh cerita apa saja dengan semua orang. Mungkin jenis yang tak berapa kisah pandangan orang lain terhadap dirinya.

Ada orang tidak.
Sangat memilih orang untuk bercerita hal kisah sendiri. Yang rapat pun belum tentu tahu kisah eksklusif darinya.

Ada juga seperti kamus.
Yang kata-katanya penuh tersirat makna. Kalau tersalah tafsir boleh mengundang sengketa. Atau mungkin itulah maknanya tetapi dia memilih untuk bercakap secara umum halnya.

Tak kisah lah siapa pun kita yang penting kita tahu jaga aib sendiri. Tapis cerita untuk dikongsi.

P/S: Aku suka anggap diri aku sebagai seorang pendengar. Mungkin juga sebagai seorang pendengar yang baik. Ceritalah apa pun and I don't mind.


LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...