December 31, 2010

kalau nak beribadah pun perlu ke nak kedekut?

Hulaaa! Agak-agak korang ada tak nada-nada marah pada tajuk entry aku? Kalau tak cukup, boleh la aku letak api-api sikit kat tajuk tu. Ho-hoo!

Macam ni ceritanya, aku dan kawan-kawan aku pergilah ke TS. Hari apa tu aku tak sure lah. Tapi masa cuti ni jugak. Dah lama dah aku nak post. Tapi...tulah...faktor kemalasan melanda kan. Ehem!

Lepas main bowling, pergilah cepat-cepat ke surau TS tu. Pehhh! Manyak ramai olang ouhh. Aku pun dah cuak dah. Masa tu memang nak dekat Asar dah. Haish. *lain kali jangan lambat-lambat solat ye kawan-kawan. * dengan ramai orangnya, beraturlah ambil air sembahyang. Lepas tu, sibuk lah cari telekung kan..alangkah hampa sebab takde satu pun telekung yang tinggal. Err..aku tak bawak telekung sendiri. Selalu mengharapkan telekung surau. Hau hau hau! Yelah dah ada kemudahan, gunakan sebaiknya lah kan?. Punya lah sesak orang sembahyang. Surau tu kan kecik ciput jeh. Berapa lah sangat orang yang boleh sembahyang. So, beraturlah belakang orang tengah sembahyang tuu. * Tengokk! Sesak tak sesak! Siap kena beratur lagikk. * ada lah dua ketol manusia nih kan.. dah lah pakai telekung surau, pastu boleh pulak buat derkk bila orang lain ramai-ramai beratur belakang dia. Haihh. Berapi-api lah aku. Pastu, ada sorang makcek yang pregnant cuit aku dari belakang. Suruh panggil orang depan aku yang baru habis sembahyang tapi tak buka telekung yang dipakai. Ouh yer. Orang yang depan aku ni bukan termasuk dengan dua ketol manusia tadi oke.
Camnilah keadaannya.


Makcek tu suruh panggil orang depan aku tu, aku pun cuit lah. Eheh main cuit-cuit pulak.

: kalau dah habes sembahyang, bagi telekung kat orang lain pulak. Ramai lagi tak sembahyang Zuhur ni. Karang bagi balik.
: oke oke. * terus bukak telekung *
Aku: Makcek! You are my hero!

Yang dua ekor manusia tu pulak, buat derk jea. Haihh! Tahulah kami-kami ni tak bawak telekung. Awak tu pun sama jea lah. Kedekut. Caitt! 

sepanjang due ekor tu duduk tak buat pape atas sejadah tu, tiga orang boleh lepas sembahyang Zuhur. haihh..

ehem ehem! kami pergi sana main bowling. dah lama tak exercise. ayat lebih! padahal peluh pon tak keluar walaupun 3 game main. fuhh~

aku pergi dengan siapa? jengjengjengg!

* comel jea budak ni kot. setiap kali ayah dia lontar bola, dia berdiri sebelah ayah dia. kalau strike, dia melonjak bukan main. :)) *
hehe bukan budak atas tu lah..
ni haa..






Ada lagi sebenarnya. Lagi dua orang budak mamat. Tulah siapa suruh tak bagi aku gambar-gambar ni. Kan dah takleh masuk blog aku. hua hua hua! ni pon aku curik kat facebook member aku. hik~



LIKE pon bolehh! :D

December 26, 2010

cita cita adik aku tinggi rupanya



Aku dilahirkan sebagai anak sulung. Dan adik beradik aku ada empat orang. Semuanya perempuan. Yelah! Tiga orang adik aku semuanya perempuan. Haha . Aku KAKAK! :D
Aku rasa semua orang sedia maklum sifat anak bongsu. Maksud aku, errmm yelah sifat-sifat anak bongsu yang common. You should know okay.  Yang salah satunya, boleh lah dikatakan tak matang sekali.

Okay adik aku yang last ni umurnya dah nak masuk 15 tahun dah. Besar dah. Besar dari aku. Ngahaha. Okay, bukan tu aku nak cerita.

Di rumah aku, kalau korang datang akan nampak satu rak penuh dengan buku yang kebanyakkannya daripada novel. Rak tu kawan-kawan aku kalau datang rumah aku, mesti dorang nak pinjam novel-novel tu. Tapi nak buat macamane tu bukan aku punya tapi adik pertama aku punya. So aku akan kata “ Tu adik aku punya la ”. Automatiknya dorang takkan tanya lebih-lebih dan taknak mencuba untuk pinjam. Tapi adik aku tu memang kedekut, dengan kitorang pun dia kedekut. Haha terkutuk pulak. Tapi tu bukan persoalannya. Ni nak cerita pasal adik bongsu aku yang hanya tahu beli CD cerita Korea dengan download video klip Korea yang seksi-meksi tu. =.=’

Di satu tengah malam ketika orang lain nyenyak tidur..



Masa aku dengan adik kedua aku tengah tengok TV yang entah apa siarannya pun tidak lah ku ketahui atau lebih tepat lagi aku tidak ingat. Sedang tengok tu, keluar statement adik bongsu aku tu..

: nanti anak-anak kita mesti baca buku-buku ni semua kan?



Kami berdua tergamam. Lepastu...





okay, kesimpulannya adik aku dah boleh berfikir dengan matang rupanya. ngahaha ehem!


LIKE pon bolehh! :D

December 23, 2010

aku ada kisah 2.

Dolu-dolu aku merupakan seorang pengawas. Haha sikit punya bangga dapat jadi pengawas. Aku pun tak tahu lah kenapa cikgu pilih aku. Masa tu aku darjah 3 lagi. Muda lagi! Hekhek. Nak dijadikan cerita, pada satu pagi yang morning yang kukira sedang renyai-renyai hujan ketika itu.. sedang semua cikgu dan semua pelajar berpusu-pusu ke dalam kelas kerana si cikgu yang tidak sabar untuk mengajar si anak-anak muridnya yang bijak laksana rembulan persis otaknya di waktu pagi. Betul tak murid-murid? Ahhaa!

Sebagai pengawas, kami memang masuk kelas agak lambat sikit. Al-maklumlah banyokkk kerja. Iyolahh tu kan? Padahal entah buat apa entah. Ehh aku rasa aku masa ni baik lagi kot, yelah umur baru 9 tahun. Apa orang kata masih naïf gituuu. Innocent! :D

*Melalut pulak aku ni. Haihhh kosenteret sikit wunny!*


Lepas sahaja loceng berbunyi, kelihatan seorang yang amat ku kenal. Ohh kawan aku rupanya. Cik pengawas nama beliau. Identiti dirahsiakan. Berkatalah beliau,
: ehh wani, tadi ada sorang cikgu tu panggil kau tadi.
: yeke? Sape? Nak ape? *bertubi-tubi ku bagi soalan kepada beliau*
: alaaa cikgu _____ *lupaaa lupaaa! =.=* dia kata nak jumpa kau kat dalam kelas 5 Pintar.
: apsal weyh? Dia nak apa?
: manalah aku tahu. Dia suruh jumpa dia sekarang!
: haaa okay okay.

Dengan terkocoh plus tergopohnya aku pun masuk la dalam kelas tu menghadap cikgu yang nak jumpa aku tu. Aku angkut sekali kawan aku. Entah cemana kawan aku tu ada kat situ pun aku tak tahu lah. Yang aku ingat aku masuk kelas tu berdua. Ahaha!  Masa tu cikgu tu sedang mengajar matapelajaran Sains bersaksikan anak-anak muridnya yang kelihatan lemau-lemau belaka. Biasalah hujan-hujan di waktu pagi syiokkk tido! Aku pun masuklah...bagi salam dulu..

: cikgu, kawan saya kata cikgu nak jumpa saya.  

Cikgu tu stop mengajar. Sambil pandang aku pelik. Aku dah rasa lain. Sambil pandang penuh tanda soal di mata beliau..

: ehh mana ada saya nak jumpa awak. Buat apa saya nak jumpa awak?
: kawan saya yang kata...
: kawan awak tipu awak tuuu..haha

Bytheway, cikgu salah seorang mulut kepoh. Matilah aku kena bahan!

Satu kelas gelakkan aku ehh bukan,KITORANG. Yelah kan kawan aku ada sekali. At least takde la aku malu sorang-sorang. Ngahaha sorry la kawanku yang ku dah lupa siapa dikau. Nasib nasib. Punyalah malu. MALU  beb, sebab senior gelakkan kitorang. Haish! Segansegan!
Keluarnya dari kelas itu...

Aku berkata,
: huhh! Siot punya budak. Kita kena tipu. Hish! Jom lepas ni kita balas dendam nak?
Kawanku tu mengangguk-angguk saja.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun.


Sampai sekarang tak terbalas dendam tu.


Sebab aku terlupa.


AHAHAHA


LIKE pon bolehh! :D

December 22, 2010

durian dan perbuatan buruk

Durian. Raja buah yang baunya akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Ada orang kata baunya wangi. Ada pula yang kata baunya busuk. Tak kisahlah apa orang nak kata.

Perbuatan buruk. Perbuatan buruk ni kalau nak disembunyikan pun lambat laun akan diketahui juga. Mungkin bukan kau yang memberitahu, daripada orang lain kepada orang lain. Begitulah ia merebak. Dari satu cerita akan ditokok tambah. Dicampur tolak bahagi darab. Yang satu akan jadi dua. Yang dua akan jadi sepuluh. Mulut orang bukan seperti mulut tempatan yang boleh senang-senang ditutup.

Aku rasa dua benda ni berkaitan. Sebab durian menarik perhatian orang, kerana baunya juga kerana bentuknya. Perangai buruk orang tak perlu beritahu. Tengok je pun orang dah tahu. Kadang-kadang niat dihati baik, tapi kerana cara yang salah maka buruk lah yang ditafsir orang. Perangai buruk ni memang senang nak buat orang jadi glamour. Kau tak perlu nak masuk TV. Tak perlu masuk reality show menang duit riban-riban semua tuuu. Tak perlu penat-penat nak tolong orang yang dalam kesusahan. TAK PERLUUU! Dengan berbekalkan sedikit hasutan si sitan *syaitan* dah cukup. Dia cuit sikit, kau dah melenting gila babis.


Ada yang kata faktornya daripada kawan-kawan. Haih. Apa kawan kau tu mulia sangat sampai nak ikut semua cakap dia. Apa dia cakap semuanya betul? Dia suruh buat. Kau bagai lembu dicucuk hidung, terkinja-kinja buat. Kalau perkara berfaedah takpe lah. Kalau dia ajak kau hafal sifir 25 ke takpelah. Sorang baca sifir, sorang lagi check sifir. Kan ke harmoni gitu?

Ada kata faktor family. Mungkin 20 peratus betul. Selebihnya tidak. Kalau faktor family yang menjadi faktor utama, kenapa ada yang aku dengar anak ustazah lari dari rumah. Anak tok imam jadi gay. Kalau betullah faktor family, tentulah benda-benda ni tak jadi. Mestilah anak-anak ni akan ikut perangai si ayah si ibu. Malam-malam satu family pakat-pakat pergi masjid dengar ceramah. Balik rumah masing-masing bincang tentang ceramah tu. Kan ke murni gitu?

Bagi aku, apa-apa yang kita buat ialah keputusan kita sendiri. Aku tak rasa ada orang yang cukup bebal untuk mengikut telunjuk sesiapa dengan senang hati. Malah kadang-kadang si anak akan membantah cakap orang tuanya, bukan? Ada ke semua nasihat cikgu-cikgu disekolah korang ikut? Cikgu ajar pakai selipar masuk tandas pun korang tak semua ikut kan? Walaupun korang sendiri tahu ada apa kat dalam tandas tu kan. Ustazah dan ustaz ajar sembahyang kat sekolah. Tengoklah berapa ramai yang pandang remeh hal ini. Kalau dulu sikit punya tak sabar nak ambil wuduk nak belajar sembahyang. Bila dah besar, sembahyang agak nya bagaimana ye.. ?  hurm, itulah aku cakap semua nya kita yang putuskan dalam hidup ini. Memang akan ada orang suka mempengaruhi orang lain ke arah kejahatan. Tapi kalau korang tak bertindak kearah kejahatan itu, korang tentu tak akan jadi jahat kan?




Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa


 lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak


 mempunyai masa depan




*entry ni panjang sikitkan? eheh sorry lama tak update. 

 p/s= aku belajar untuk ikhlas.

LIKE pon bolehh! :D

December 14, 2010

aku ada kisah 1.

Hui hui! Maaflah kalau entry-entry aku sebelum ni buat ramai orang jadi bangang jap. Jiwa kacau jap masa tu. Dangg! Hari ni aku bangun awal. Tengok lah punya lah awal aku buat entry ni. Macam lah hari-hari lain aku bangun lambat kan? Kantoi! Tett! Erm tak jugak. Aku tipu.  Cuma hari ni lepas sembahyang subuh aku tak tido.. takde mood nak tido. Ahhaa statement tak menahan!

Cerita pasal bangun awal ni, aku ada pengalaman zaman comot-comot dulu. Ahhaa. Nak denga tak? Ehh silap, nak baca tak? Jom!

Macam ni ceriteranya,  waktu tu aku tadika lagi kot. ataupun mungkin belum bersekolah lagi. Aku selalu tengok mak aku bangun awal. Aku jealous. Haha sebab aku takleh bangun awal masa tu. Aku pelik sebab aku tido awal tapi bangun tak awal jugak. Mak aku pulak dah la selalu tido lambat, bangun awal pulak tu. Aku kehairanan. Oleh kerana aku pun nak jugak bangun awal ( tak puas hati tengok mak aku boleh bangun awal ), aku buat satu kesimpulan.


“ semakin lambat kita masuk tidur, semakin awal kita boleh bangun esoknya. ”









Dan masa tu geng aku, adik aku sorang jea. Dan aku telah berjaya menghasut dia untuk mengikut plan aku. Malam tu, kitorang memang all out la main. Yelah, kata nak bangun awal kenalah tido lambat. Masa tu tido satu bilik dengan mak dengan abah. Sampai mak dengan abah pun marah kitorang. Lepas tu, oleh kerana ketakutan kitorang pun tertidur. Sebenarnya, masa tu dah tak tahu nak main apa dah. Yelahh malam-malam buta dah pun. Masa tu aku tak kenal lagi internet-internet ni. Ahhaa

Esok nya, punya lah liat nak bangun kan? Memang aku pelik lah sebab kenapa tak boleh bangun awal. Mak aku lagi yang bangun awal. Ishh!



Aku pun menyampaikan persoalan aku pada adik aku, “ apsal kita tak boleh bangun awal hari ni? Hish! ”. adik aku dulu tahu ikut jea. Zaman innocent lagi ( dulu lahhhh ). Dia pun kekeringan idea untuk berkata-kata.
Lepas tu, kitorang dah tak buat dah benda merepek ni. 


Dululah.



Sekarang dah besar, buat balik. Ngahahaha

LIKE pon bolehh! :D

December 12, 2010

apa kena mengena penguin dengan marah?




cepat seorang tolong beritahu aku apa kaitan penguin dengan marah?? sebab sekarang ini aku tengah marah ni. hnsff
lepas sorang, sorang buat aku marah. ke mood aku yang tak betol ni? argh! 





It's practically impossible to look at a penguin and feel angry.

itu lah yang aku baca kat satu quotes. dang! betol ke?

nah aku hidang kan korang si penguin-penguin ni. bagi yang sedang marah, mesti boleh menyelami perasaan aku ni. eceh!





* argh dang! ini bukan penguinnnn! *


aku bagi korang masa untuk fikir kan nya. cepat lah fikir. ! ! !



* boleh tak takut? tolong lahhh! sekali ini jeaaa... *


Speak when you are angry ; and you will make the best speech you'll ever regret.



p/s: bagi aku sekor penguin untuk dibela!

LIKE pon bolehh! :D

sebab ianya macam itu.




macam-macam kejutan aku terima. 




yang boleh buat aku tergamam.




bukan buat aku ternganga.






tapi buat aku berfikir.






" kenapa macam ini?? "






terus menerus ia menerjah otak. sampai kemek otak aku.






sampai tadi, bertambah lagi satu.






" kenapa macam ini?? " * lagi sekali *



* kenapa ia tak macam orange lain? *







p/s: result aku Alhamdulillah. dan entry ini juga bukan pasal result aku.

LIKE pon bolehh! :D

December 9, 2010

don't worry, be happy, this is LANGKAWI! :D

Salam. Sorry sebab lama dah tak update. Hadoihh~ tawu lah ramai rindu akuu. Kan? Kan? Hahaha *lempang laju-laju.* nak blogwalking pun aku tak sempat. Bukan apa, hari jumaat lepas sampai hari isnin tu aku pergi holiday kejap di Langkawi. Weehuu! *teruja kejap!* hehe.  Lepas tu, malam-malam hari selepasnya aku ada hal sikit. Huehue. Ni sume kawan aku lah ni. Agenda rahsia. Hihi. Okay, skang aku dah update, harap terhibur. Wawawawa ayat die!

Holiday ke Langkawi tu aku ikut rombongan tempat kerja mak aku. so family aku yang pergi, cuma mak aku, aku dan adek-adek aku yang 2 orang jea pergi. Sorang tu dah masuk belajar. Abah pun tak pergi gak. Ktorang bertolak malam hari jumaat tu, sumpah aku rasa macam naik kuda pergi sana. Mana tak nya, kerusi aku asyik-asyik goyang. Geram betol. Ni sebab adik aku la ni tak pandai pilih tempat! Ishhh! Memang aku tak tido la kan sepanjang perjalanan tu. Kalau nak tido, rasa macam kepala dilambung-lambung. Hoihhh~ memang jealous la dengan orang dalam bus tu yang boleh tido dengan nyenyak termasuk dengan adek aku kat sebelah kerusi aku! Hnsff.


Pagi sabtu sampai kat jetty. Nak naik feri. Bermula lah percutian ke Langkawi. Aku tunjuk gambar jea la ye. orang kata ‘a picture speaks a thousand words. huahuahua


DAY 1

sementara tunggu ferry sampai..


* dari kiri: pika, anna dan aku. *


di Makam Mahsuri..








di Pantai Pasir Hitam..




malamnya, sebelum turun dinner..



DAY 2
masa untuk shopping cokelat..hehe

* ni mak aku tengah nak borong cokelat. * 




singgah makan kejap...


 * ni namanya kuey teow kung fu. wachaaa! *

selepas itu, sambung jalan-jalan lagi...

 * ni kedai kegemaran, sebab dua hari berturut-turut kitorang datang sini. haha *

 * apa ada dalam beg itu? RAHSIA. wahaha *

* ni bangunan sebelah hotel aku menginap; hotel juga. * 

 * di depan hotel kitorang menginap, My Hotel. *





malamnya, sebelum keluar makan..



* sumpah aku benci gila tempat aku makan tu. lembab! *

DAY 3

breakfast dulu..

lepas tu jalan-jalan lagi. mula-mula mak aku ada sekali, lepas tu mak aku balik hotel. tinggal aku dengan adik aku jea yang sorang tu. sorang lagi memang tak follow. ngade!








sayonara! jumpa lagi LANGKAWI!

actually rombongan ini lebih kepada aktiviti shopping bukannya lawatan. biasalah aktiviti mak-mak.hehe



amacam? terubat tak rindu korang? hakhakhaktuih. :P

sebelum menamatkan entry ini, nak wish
 Happy Birthday kepada ABAH!
 pada 0812.


Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeqi.


Daddy cool!




p/s= number phone aku guna birthday abah, sekali time tu jugak dia expired! tak dapat guna! hishh! ehh tapi aku nak call sape jea kan. huakakak (gedik jap.)


LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...