Dulu-dulu aku suka sangat belajar muzik ni. Masa zaman persekolahan matapelajaran ni dinamakan Pendidikan Muzik. Dulu-dulu masa sekolah rendah ada jugak belajar Muzik ni kat sekolah. Tapi yang gitu-gitu je belajarnya. Main nyanyi-nyanyi lagu. Main alat muzik yang kecik-kecik tu. Haha lupa dah nama dia.
Bila masuk sekolah menengah pun belajar jugak muzik ni. Tapi rasanya mendalam sikit. Yang aku tahu, sekolah aku ni je yang mengajar matapelajaran Muzik ni di kawasan tu masa tu. Tak tahu lah sekarang ni macam mana. Setiap kali waktu Pendidikan Muzik ni kena pergi Bilik Muzik yang terletak di tingkat 2 (rasanya). Dan setiap kali matapelajaran ni kena bawak rekorder. Ni lah rupa rekorder nyaa..
Dulu-dulu aku tak pernah lak jumpa rekorder colorful gini. |
Aku tak tahu kenapa dulu aku minat sangat dengan matapelajaran Muzik ni. Lagipun cikgu yang mengajar matapelajaran ni bukanlah cikgu kesukaan aku. Juga, bukanlah kesukaan kawan-kawan aku yang lain. Okay bab pasal cikgu muzik aku ni cerita lain hari la. Haha sekarang fokus Muzik. :P
Dalam matapelajaran ni kena tahu not-not rekorder ni. Not B, A, G dan blabla. Aku paling suka part main lagu guna rekorder ni. Selalunya sebelum exam rekorder, mesti aku berlatih betul-betul kat rumah (yeke?hehe). Paling aku suka lagu Paddle Pop tu. Haha xD
Lepas tu kena belajar Italian words. Contohnya, pianissimo ( sangat lembut ), forte ( kuat ), mezzo forte ( agak kuat ), fortissimo ( sangat kuat ), andante ( agak cepat ) dan banyak lagi. Ada lebih kurang 20 words itu yang kena hafal. Aku sangat suka hafal benda-benda ni.
Dan sebenarnya *macam lagu Yuna pulak kan..* tak semua budak kelas aku yang suka matapelajaran ni. Boleh dikira dengan jari berapa orang yang suka. Oleh sebab itu, semasa Peperiksaan Pendidikan Muzik ni dijalankan ramai yang blur-blur. Masa tu exam kat kelas sahaja. Kebetulan cikgu yang jaga peperiksaan masa tu sangat tidak strict. Kawan aku yang duduk depan aku tu, aku tengok dia macam tak keruan je masa jawab exam. Tiba-tiba kelas macam bising sikit. Mungkin cikgu-jaga-peperiksaan keluar kejap. Aku tahu dorang bising sebab bincang la tuu. Aku tak ingat macam mana jadinya, aku boleh ambil paper kawan aku kat depan tu and then aku buatkan paper tu untuk dia. Aku tak tahu apa yang aku fikir masa tu sebenarnya. :P
Boleh dikatakan, idola aku untuk main muzik adalah senior-senior aku. Mereka ni selalu buat persembahan semasa events yang diadakan di sekolah. Mungkin sebab tu aku suka matapelajaran ni.
Mula-mula belajar memang aku ni zero in music. Tambah-tambah rekorder tu. Not dia pun aku tak tahu. Dah lama-lama belajar, baru seronok. Then, ambil exam ABRSM tu. Tak ingat kena bayar berapa untuk ambil exam tu. Tapi aku cuma ambil untuk Grade 1 saja. Alhamdulillah okay result nya.
Dan setiap kali persembahan melibatkan rekorder, aku akan cuba masuk. Aku ingat lagi masa tu tinggal dua hari saja untuk hari persembahan. Aku dapat tahu cikgu nak volunteers untuk main rekorder. Yes, aku ambil peluang tu. Aku tarik member aku sorang untuk masuk sama. Hahaha walaupun tak sehebat mana, pengalaman tu yang aku nak.
Aku ingat lagi ada satu ketika tu, kami sekelas kena buat persembahan. Kami masih kekok lagi ketika itu untuk main rekorder. Dah la tu kena kutuk dengan senior lelaki. Ada satu kelas tuu kutuk kami. Aku tak berapa kisah sangat. Bagi aku dorang tak bagi effect apa-apa pun. Kami dah naik pentas buat persembahan. Kami dah tunjuk yang kami berani. Mereka hanya berani mengutuk. Mengutuk orang tak akan membuatkan diri mereka bagus. Kerana kita perlukan 'perbuatan' bukan hanya sekadar 'percakapan' sahaja. Don't be NATO; no action, talk only.
Kita buat apa yang kita boleh. Kita tunjuk bakat apa yang kita ada.
Tak rugi siapa pun. Kan? :)
Coret-coret: Selamat Hari Guru kepada semuaaa yang pernah mengajar saya! :D