bila buat jahat, kenapa nak salahkan syaitan?
bila benda diharap tak menjadi, kenapa nak salahkan takdir?
Satu topik yang selalu orang katakan. PERUBAHAN. Either for
good or bad. Tapi aku bukan nak cakap pasal perubahan kearah kebaikan atau
sebaliknya. You know when we talk about ‘perubahan’, there will always be a
reason why people do so. Atau lebih tepat menyalahkan orang lain.
Tapi selalu
nya benda-benda ini terjadi bila perubahan tu daripada baik kepada jahat. Contoh
paling senang, dulu dia baik(korang listkan segala yang baik-baik) tapi
sekarang kau jumpa dialah ketua samseng, ketua penyamun dan bla-bla-bla(listkan
yang jahat-jahat). Lebih kurang gitulah konsepnya.
Bila kau tanya “Kenapa kau dah berubah ni?”. Takkan lah
dorang nak cakap “Aku memang jahat. Dulu-dulu tu aku berlakon je buat-buat
baik.” Setakat ni aku tak pernah jumpa lagi orang cakap macam itu. Dorang mesti
cakap yang dorang berubah sebab desakan hidup, sebab Allah dah takdirkan untuk
dia, atau paling best dorang salahkan syaitan.
One of my lecturer pernah cakap; kita ni suka salahkan
syaitan bila buat jahat sampai syaitan cakap “Asyik-asyik I, asyik-asyik I yang
manusia salahkan!” Haaa! khelasss kau syaitan cakap omputih.
Kenapa kita tak pernah cuba salahkan diri sendiri. Bukankah
setiap satu perbuatan kita, kita diberi pilihan. ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Kita yang
bertanggungjawab atas setiap perbuatan kita. Sebab kita sendiri yang buat
pilihan tersebut. Tak kisahlah masa yang diberi tu cukup atau tak untuk kita
buat pilihan bijak. Macam kita jawab exam. Bila dah habis masa, kita hantar
jawapan. Lepas tu redha lah apa keputusannya. Kita dah berusaha sehabis baik.
Usaha sebelum redha tu sebaiknya. Bukan 100% berharap pertolongan Allah tanpa
berusaha sendiri.
image from google
Kita diatas jalan yang lurus, tapi kita sering jatuh. Salah
kita atau salah jalan tu?
tulis sikit: cuti dah nak habis. hai sem 4! ;)