March 9, 2012

apa rasa di sem 6?

Alhamdulillah dah semester 6 dah aku di UiTM Penang ni. Rasa macam baru sangat kat sini. Hehe tipu tuu. Kalau dulu semester 2, sibuk fikir bilalah nak habis diploma ni. Sekarang tinggal lagi berapa hari je lagi nak kena tinggalkan Penang. Tinggal lagi beberapa hari je lagi nak kena tinggalkan kawan-kawan kat sini. Sedih memang sedih. Tapi takpe, selagi ada masa yang tinggal ni kita gunakan sebaiknya. Kan? :)


Semester 6 ni memang AMAT sibuk! Seriously, aku tak tipu. Dengan Final Year Project yang boleh buat tak tidur lena. Assignment berlambak-lambak. Kadang-kadang aku jealous dengan budak-budak course lain. Aku tengok dorang hari-hari boleh keluar lepak-lepak. Hari-hari boleh layan movie, walaupun kat laptop je. Walau apa-apa pun, Alhamdulillah sebab sekarang boleh tarik nafas lega sebab semuanya dah selesai. Tinggal study untuk final exam 12 March 2012.! ><


Dulu masa semester 1, aku ada dengar-dengar yang bila dah semester 6 ni boleh relax sikit. Yelah, tunggu masa untuk grad jeh. Nak je hempuk siapa yang cakap macam tu. Tipu wooo~ 


Teringat kata-kata supervisor Final Year Project aku satu hari tu. Pada waktu tu aku dengan partner aku terpaksa stay sampai ke malam untuk siapkan project kami. Ni serba sedikit perbualannya..


Supervisor: Haa macam mana susah tak Final Year Project ni?
Kami: Susah. :(
Supervisor: Sebab susah macam ni lah, orang boleh menangis masa konvokensyen tu. Blablabla..


Betul kan apa Supervisor tu cakap. Kalau sesuatu perkara tu mudah, kita takkan rasa kepuasan apabila siap hasilnya. Kerana apa? Kerana kesusahan nya yang tiada. 
Sebab tu jangan selalu ambil mudah setiap kerja yang kita lakukan. Lakukan sepenuh hati untuk mendapatkan hasil yang sepatutnya. 


Jadikan setiap pengorbanan itu berbaloi. :)




Berjuang untuk semester yang terakhir ini.! Doakan kami yer. <3


LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...