December 11, 2015

Tak Senang Tapi Tak Susah

Jangan hanya tahu cakap "Tak boleh buat tu", " Tak boleh buat ni" sahaja,
Sila tunjuk arah mana untuk berjaya.


Kata-kata dia sahaja yang betul dan bernas,
Dia lupa yang orang lain pun ada akal yang waras.


Selalu bising itu-ini salah,
Apa kau tak pernah buat salah?


Ingat, 
dari BENGKOK boleh dapat LURUS.
dari GAGAL boleh dapat BAGUS.
dari KOSONG boleh dapat BERATUS.

Ye, untuk jadi pandai kita kena jadi bodoh dulu. 


Masa silam yang buruk bukan milik kita. 
Sebab kita dah tinggalkan di belakang sana.
Masa depan yang cerah juga belum tentu milik kita.
Jika kita tak guna masa kini sebaiknya. 


Jangan letakkan KITA diatas KITA.
Letak YANG DIATAS tu untuk menentukan semua.



Aku tahu tak senang. Tapi tak susah untuk mula.
Sebab aku tengah mencuba.

LIKE pon bolehh! :D

September 15, 2015

Peluang

Tahu tak, orang kata bila ada peluang jangan lepaskan.
Peluang bukan selalu datang.
Peluang yang boleh kau dapat manfaat darinya.
Peluang yang kau rasa terbaik.


Jadi mungkin ini peluang aku.
*bukan peluang kerja. Kahkah*
Untuk lari..
Ye.. sampai bila aku nak lari ni?


Asyik lari. Nanti tersandung baru padan muka aku.
Aku nak lari dari masalah.
Yes. Masalah yang aku baru sedar ia wujud.
Masalah yang aku sendiri undang.
Masalah yang aku sendiri taknak pandang.


Aku tak tahu berapa banyak kali aku dah lari.
Aku sendiri tak nak ingat.
Aku sendiri taknak tahu


Pengecut betul aku ni.
Pengecut dalam keterpaksaan.
*Pengecut memang selalu banyak alasan. Kan?*

LIKE pon bolehh! :D

July 23, 2015

Lari atau menanti?

Tak semua boleh ada bila duka
Tak semua boleh ada bila kecewa
Tak semua boleh ada bila resah melanda
Tak semua boleh ada bila badai menimpa

Tapi bila kita menghakimi
Jangan lupa bagaimana empunya diri
Apa benar kau molek pekerti?
Atau turut menjadi si tukang lari?

Treat people like how you want to be treated.
Smile.


LIKE pon bolehh! :D

February 11, 2015

Cahaya-gelap

Cahaya.
Kita perlu bila dalam kegelapan.
Umpama lilin bila blackout.

Gelap.
Supaya kita boleh nilai dimana arah cahaya.
Kita perlukan kegelapan untuk tengok bintang.


LIKE pon bolehh! :D

January 24, 2015

siapa mangsa?

Sudah cukup bermain dengan drama?
Yang pelakon dan pengarahnya kau juga
Skrip? Kau penulisnya
Penonton? Kawan maya



Cukupkah simpati yang kau terima?
Puaskah hati kau akhirnya?
Atau ada lagi alasan yang sememangnya di-ada-ada
Boleh tak terus-terang sahaja?



I know you are too good with words. That is why you prefer to play with words. Of course we know what kind of game you are playing. And sorry we are not interested to be a part of it. 



Mungkin simpati dari kawan maya dah cukup jadi sokongan untuk hujah kau. Teruskan lah permainan macam tu. Memang best kan baling batu tapi sembunyi tangan? Jangan ingat orang tak nampak kau baling batu. Silap-silap kau pulak yang kena baling batu nanti.



Cukup-cukup lah drama tak berkualiti melambak sekarang. I don't need another one. 
You.. drama queen.

LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...