May 6, 2012

tamat sudah perjuangan ini.

* syukurr =) *




Alhamdulillah selepas keluar result semester akhir pada 27 April lepas, tamat sudah perjuangan untuk diploma ini. Perasaan masa check result tu jangan cakap laaa..berdebar-debar betul. Takut jugak kalau tetibe kantoi subject ke kan..Tambah-tambah cuak bila pukul 12 malam tu still tak boleh check, ramai dah give up nak check. Masa tu boleh tengok memang ramaii online. Last-last pukul 1 pagi lebih camtu baru lah boleh check. Alhamdulillah. Iye iye ramai yang up status kat facebook. Majoritinya bersyukur atas apa yang diperolehi. Syukur. Ada yang rasa nak menangis pun ada (aku punnn!). 


Mana taknya selama 3 tahun berhempas-pulas berusaha untuk menghabiskan study demi diploma ini. Terkejar-kejar pergi kelas. Buat tutorial. Belajar siang malam (terutama waktu nak exam laa..hehe). Dann paling tough bagi aku ialah semasa membuat Final Year Project I (semester 5) dan Final Year Project II (semester 6). Bagi aku masa menyiapkan project untuk final year memang satu cabaran. Terima kasih kepada supervisor kami yang banyak membantu. :')


Tak lupa juga pada semua-semuaaa lecturer yang dah mengajar aku dan kawan-kawan aku dari semester 1 sehinggalah ke semester 6. Berbillion-billion terima kasih. Macam-macam jenis jugak lecturer yang aku jumpa. Yang garang, yang baik, yang jenis tak kisah pada student dannn ahh macam-macam lah. Dan semestinya special thank you kepada kawan-kawan yang banyak tolong sepanjang perjalanan 3 tahun ini. 


Bermula pada semester 1 bila sama-sama buat tutor physic. Ekeke. Physic masa tu memang one of killer subject. Memang tak boleh lupa bila masing-masing nak jadi budak nakal bila buat plan macam-macam. Lepas tu bila buat tutor physic sendiri-sendiri. Dimana, one of our classmate jadi guru mengajar di depan. Sangat appreciate saat-saat itu. Dimana masing-masing saling membantu satu sama lain. Semoga aku jumpa kawan-kawan yang baik macam korang semasa degree nanti. InsyaAllah.


Dan seakan mengulangi kembali semester 1 dulu, semester 6 merupakan semester yang banyak sweet memories dengan kawan-kawan yang best. First time pergi lawatan sepanjang di UiTM ni okayy..Pergi camping tak masuk laa..Best bila kami pergi Cameron Highlands sama-sama satu class.


Masa ni di Celcom Ipoh. Sebelum naik Cameron Highlands.

Bergambar kenangan. :)
Ni hari last di Cameron Highlands. Dalam bilik girls. :) *curi aten punyeee*

Ice-cream strawberry! nyum nyum






Ni second bbq di rumah lecturer yang sporting. First bbq di CH. ^^









Terbaikkkk! ^^


Bila dah cuti ni mulalah rindu kawan-kawan. Bukan aku sorang, ramai lagi camtu. InsyaAllah jika jodoh panjang, kita jumpa lagi ye! Forever missing youu guys. :'(


Bukan dorang je aku rindu. SEMUAAA sekali. Sekali dengan UiTM sekali aku rindu. Penang ponnn aku rinduuuuuuuuuuuuu! hihi

LIKE pon bolehh! :D

April 4, 2012

selamat tinggal, semester 6! glad we met.

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah selesai peperangan dengan final exam 24/3 haritu. Tamatlah juga semester 6. InsyaAllah ini semester terakhir untuk diploma. Just pray for the best. ;)


Nak dekat dua minggu dah duduk rumah ni. Boring jugak. Tu laaa..dulu masa study sibuk sangat nak cuti. Masa study, terbayang-bayang diri aku tengah relax-relax di rumah. Ahh heaven! Ni bila dah cuti, rasa boring pulak. Haih.~ Manusia tak pernah bersyukur. Bukan apa, nak kerja aku malas. Lagipun tak pernah kerja pun sebelum ini. Hehe. Nak bermalasan duluuu! *sambil goyang-goyang kaki*


Jadi, mungkin aku akan ada lebih banyak masa dengan blog ini. Setelah di-anak-tiri-kan beberapa bulan. Semoga aku rajin ber-blogwalking masa cuti ini.


Apa-apa pun "Yeayyy" for this holiday! 




Surely i'm missing my friends right now. :'( 
Till we meet again. 
InsyaAllah. :)

LIKE pon bolehh! :D

March 9, 2012

apa rasa di sem 6?

Alhamdulillah dah semester 6 dah aku di UiTM Penang ni. Rasa macam baru sangat kat sini. Hehe tipu tuu. Kalau dulu semester 2, sibuk fikir bilalah nak habis diploma ni. Sekarang tinggal lagi berapa hari je lagi nak kena tinggalkan Penang. Tinggal lagi beberapa hari je lagi nak kena tinggalkan kawan-kawan kat sini. Sedih memang sedih. Tapi takpe, selagi ada masa yang tinggal ni kita gunakan sebaiknya. Kan? :)


Semester 6 ni memang AMAT sibuk! Seriously, aku tak tipu. Dengan Final Year Project yang boleh buat tak tidur lena. Assignment berlambak-lambak. Kadang-kadang aku jealous dengan budak-budak course lain. Aku tengok dorang hari-hari boleh keluar lepak-lepak. Hari-hari boleh layan movie, walaupun kat laptop je. Walau apa-apa pun, Alhamdulillah sebab sekarang boleh tarik nafas lega sebab semuanya dah selesai. Tinggal study untuk final exam 12 March 2012.! ><


Dulu masa semester 1, aku ada dengar-dengar yang bila dah semester 6 ni boleh relax sikit. Yelah, tunggu masa untuk grad jeh. Nak je hempuk siapa yang cakap macam tu. Tipu wooo~ 


Teringat kata-kata supervisor Final Year Project aku satu hari tu. Pada waktu tu aku dengan partner aku terpaksa stay sampai ke malam untuk siapkan project kami. Ni serba sedikit perbualannya..


Supervisor: Haa macam mana susah tak Final Year Project ni?
Kami: Susah. :(
Supervisor: Sebab susah macam ni lah, orang boleh menangis masa konvokensyen tu. Blablabla..


Betul kan apa Supervisor tu cakap. Kalau sesuatu perkara tu mudah, kita takkan rasa kepuasan apabila siap hasilnya. Kerana apa? Kerana kesusahan nya yang tiada. 
Sebab tu jangan selalu ambil mudah setiap kerja yang kita lakukan. Lakukan sepenuh hati untuk mendapatkan hasil yang sepatutnya. 


Jadikan setiap pengorbanan itu berbaloi. :)




Berjuang untuk semester yang terakhir ini.! Doakan kami yer. <3


LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...