December 23, 2010

aku ada kisah 2.

Dolu-dolu aku merupakan seorang pengawas. Haha sikit punya bangga dapat jadi pengawas. Aku pun tak tahu lah kenapa cikgu pilih aku. Masa tu aku darjah 3 lagi. Muda lagi! Hekhek. Nak dijadikan cerita, pada satu pagi yang morning yang kukira sedang renyai-renyai hujan ketika itu.. sedang semua cikgu dan semua pelajar berpusu-pusu ke dalam kelas kerana si cikgu yang tidak sabar untuk mengajar si anak-anak muridnya yang bijak laksana rembulan persis otaknya di waktu pagi. Betul tak murid-murid? Ahhaa!

Sebagai pengawas, kami memang masuk kelas agak lambat sikit. Al-maklumlah banyokkk kerja. Iyolahh tu kan? Padahal entah buat apa entah. Ehh aku rasa aku masa ni baik lagi kot, yelah umur baru 9 tahun. Apa orang kata masih naïf gituuu. Innocent! :D

*Melalut pulak aku ni. Haihhh kosenteret sikit wunny!*


Lepas sahaja loceng berbunyi, kelihatan seorang yang amat ku kenal. Ohh kawan aku rupanya. Cik pengawas nama beliau. Identiti dirahsiakan. Berkatalah beliau,
: ehh wani, tadi ada sorang cikgu tu panggil kau tadi.
: yeke? Sape? Nak ape? *bertubi-tubi ku bagi soalan kepada beliau*
: alaaa cikgu _____ *lupaaa lupaaa! =.=* dia kata nak jumpa kau kat dalam kelas 5 Pintar.
: apsal weyh? Dia nak apa?
: manalah aku tahu. Dia suruh jumpa dia sekarang!
: haaa okay okay.

Dengan terkocoh plus tergopohnya aku pun masuk la dalam kelas tu menghadap cikgu yang nak jumpa aku tu. Aku angkut sekali kawan aku. Entah cemana kawan aku tu ada kat situ pun aku tak tahu lah. Yang aku ingat aku masuk kelas tu berdua. Ahaha!  Masa tu cikgu tu sedang mengajar matapelajaran Sains bersaksikan anak-anak muridnya yang kelihatan lemau-lemau belaka. Biasalah hujan-hujan di waktu pagi syiokkk tido! Aku pun masuklah...bagi salam dulu..

: cikgu, kawan saya kata cikgu nak jumpa saya.  

Cikgu tu stop mengajar. Sambil pandang aku pelik. Aku dah rasa lain. Sambil pandang penuh tanda soal di mata beliau..

: ehh mana ada saya nak jumpa awak. Buat apa saya nak jumpa awak?
: kawan saya yang kata...
: kawan awak tipu awak tuuu..haha

Bytheway, cikgu salah seorang mulut kepoh. Matilah aku kena bahan!

Satu kelas gelakkan aku ehh bukan,KITORANG. Yelah kan kawan aku ada sekali. At least takde la aku malu sorang-sorang. Ngahaha sorry la kawanku yang ku dah lupa siapa dikau. Nasib nasib. Punyalah malu. MALU  beb, sebab senior gelakkan kitorang. Haish! Segansegan!
Keluarnya dari kelas itu...

Aku berkata,
: huhh! Siot punya budak. Kita kena tipu. Hish! Jom lepas ni kita balas dendam nak?
Kawanku tu mengangguk-angguk saja.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun.


Sampai sekarang tak terbalas dendam tu.


Sebab aku terlupa.


AHAHAHA


LIKE pon bolehh! :D

21 contengan berhias:

Anonymous said...

haha .. kecik2 dh nakal kn bdk yg tipu wunny tu ..

wunny said...

ili: tu lah pasal. sob sob :'(

Yuni Aisyah said...

cian wunny kne tipu idup2...hehehe...

Yuni Aisyah said...

hye wunny...yuni dtg nie..:P

wunny said...

nak uat camno..sabar jea la yg mampu. kanak-kanak naif lagi. :D

Zeanne said...

haha..dia gurau jer kot..hehe

wunny said...

uhukk~ maluuuu..

raremany said...

bdk tu mesti zahirul kan? bajet sebab itu je yg aku ingat

budakhitam said...

eh eh.. ader orang lidi.. suke la..:)

MIMIE AIZA said...

hahha.. x pasal2 kena tipu

frhh said...

HAHA naseb bek jadi mase umur 9 tahun. mmg takan engat lah nak bls dendam keh ape sume.

lg2 tgh zaman budak baekk mase tuh>.<

Ain Zulaikha said...

aduhhhh benda ni selalu kena.. hahaha time belajar je tiba2 orang masuk kelas, hahaha kesian budak tu malu..

Muhamad Zaki Zafir said...

prnh kne jugak,mse birthday.kebetulan birthday 1 april,mkin menjadi2 la kne dengki kononnya aprilfool.kwn suruh jmpe timbalan pengetua.tp dh tau dh ni prank,x pergi pn. :)

wunny said...

rahim: haha bukanlah. masa ni aku tak masuk skolah kat ampang pecah lagi ouh. :D ni kat SKKKB2.

wunny said...

sayang oranglidi.dot: eheh saya pon suke. :D

wunny said...

MIMIE AIZA: sob sob. sedih tak dpt balas dendam. :D ngahha

wunny said...

para: haha betol betol. naif gituuu! :D

wunny said...

Ain Zulaikha: haha inilah perasaan sebenarnya yg budak tu rasa. :D

wunny said...

Muhamad Zaki Zafir: haha pehhh nasib baik da boleh bau niat busuk. kalau tak, malu laaa... :D

dabuldahi said...

hahaa.. padan muka.. takpa.. nanti ajak wakenabeb la balas dendammm

wunny said...

dabuldahi: ahaa good idea! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...