Durian. Raja buah yang baunya akan menarik perhatian sesiapa sahaja. Ada orang kata baunya wangi. Ada pula yang kata baunya busuk. Tak kisahlah apa orang nak kata.
Perbuatan buruk. Perbuatan buruk ni kalau nak disembunyikan pun lambat laun akan diketahui juga. Mungkin bukan kau yang memberitahu, daripada orang lain kepada orang lain. Begitulah ia merebak. Dari satu cerita akan ditokok tambah. Dicampur tolak bahagi darab. Yang satu akan jadi dua. Yang dua akan jadi sepuluh. Mulut orang bukan seperti mulut tempatan yang boleh senang-senang ditutup.
Aku rasa dua benda ni berkaitan. Sebab durian menarik perhatian orang, kerana baunya juga kerana bentuknya. Perangai buruk orang tak perlu beritahu. Tengok je pun orang dah tahu. Kadang-kadang niat dihati baik, tapi kerana cara yang salah maka buruk lah yang ditafsir orang. Perangai buruk ni memang senang nak buat orang jadi glamour. Kau tak perlu nak masuk TV. Tak perlu masuk reality show menang duit riban-riban semua tuuu. Tak perlu penat-penat nak tolong orang yang dalam kesusahan. TAK PERLUUU! Dengan berbekalkan sedikit hasutan si sitan *syaitan* dah cukup. Dia cuit sikit, kau dah melenting gila babis.
Ada yang kata faktornya daripada kawan-kawan. Haih. Apa kawan kau tu mulia sangat sampai nak ikut semua cakap dia. Apa dia cakap semuanya betul? Dia suruh buat. Kau bagai lembu dicucuk hidung, terkinja-kinja buat. Kalau perkara berfaedah takpe lah. Kalau dia ajak kau hafal sifir 25 ke takpelah. Sorang baca sifir, sorang lagi check sifir. Kan ke harmoni gitu?
Ada kata faktor family. Mungkin 20 peratus betul. Selebihnya tidak. Kalau faktor family yang menjadi faktor utama, kenapa ada yang aku dengar anak ustazah lari dari rumah. Anak tok imam jadi gay. Kalau betullah faktor family, tentulah benda-benda ni tak jadi. Mestilah anak-anak ni akan ikut perangai si ayah si ibu. Malam-malam satu family pakat-pakat pergi masjid dengar ceramah. Balik rumah masing-masing bincang tentang ceramah tu. Kan ke murni gitu?
Bagi aku, apa-apa yang kita buat ialah keputusan kita sendiri. Aku tak rasa ada orang yang cukup bebal untuk mengikut telunjuk sesiapa dengan senang hati. Malah kadang-kadang si anak akan membantah cakap orang tuanya, bukan? Ada ke semua nasihat cikgu-cikgu disekolah korang ikut? Cikgu ajar pakai selipar masuk tandas pun korang tak semua ikut kan? Walaupun korang sendiri tahu ada apa kat dalam tandas tu kan. Ustazah dan ustaz ajar sembahyang kat sekolah. Tengoklah berapa ramai yang pandang remeh hal ini. Kalau dulu sikit punya tak sabar nak ambil wuduk nak belajar sembahyang. Bila dah besar, sembahyang agak nya bagaimana ye.. ? hurm, itulah aku cakap semua nya kita yang putuskan dalam hidup ini. Memang akan ada orang suka mempengaruhi orang lain ke arah kejahatan. Tapi kalau korang tak bertindak kearah kejahatan itu, korang tentu tak akan jadi jahat kan?
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa
lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak
mempunyai masa depan
lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak
mempunyai masa depan
p/s= aku belajar untuk ikhlas.
15 contengan berhias:
salam...
saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..
Allah dah sediakan mcm2 pilihan utk kita kat dunia ni. al-quran dan hadis sbg panduan supaya kita xtersalah dlm buat pilihan. semua keputusan mmg d tgn kita sndri. oleh itu, buatlah pilihan yg betul utk kebaikan di dunia dan akhirat..
anyway kalo ada masa silalah menjelajah ke blog saya.
happy blogging :-D
regards,
BLADE EDGE
waalaikumussalam. betul betul. kita ada akal boleh fikir. :)
mesti follow!
tiap manusia buat kesilapan,
dan jdkannya sbg pengajaran.
yaa. setiap yang berlaku ada sebab2 nya.
entry yg bgus...:)
sy akn cube dalami n fahaminya..hehe
betolll tuhhh :)
"anak tok imam jadi gay"
sebab iman itu tidak dpt diwarisi,even dari seorang ayah yg bertakwa.lagu raihan tu. :)
salam singgah! :D
pada saya ibu bapalah yg akan mencorakkan kain putih itu. klu lakaran kain itu cantik dan warnanya utuh, lakaran itu akan kekal indah sampai bila2. tp percayalah zaman ini sudah berubah. dunia hari ini sudh membuktikan yg lakaran tadi akan jadi comot kerana tumpahan dakwat kotor dari kwn2 sendiri dan persekitaran. secantik mana pun lakaran ibu bapa, nmun faktor2 lain juga mencuri-curi utk melakar warna hitam dan warna2 yg pelik di ruang kosong kain itu. maka kain itu sendiri harus berani menahan lakarn yg kotor dan menjijikkan.
sy x pernh baca statement ni, tp ckup bgus utk di igt.
"tdk ada insan suci yg tdk mpunyai masa lampau dan tdk ada insn yg berdosa yg tdk mpunyai masa dpn"
~ hukuman terbaik dtg dari Allah.
tak pernah terlepas dari sebarang kesilapan :)
Yuni Aisyah : trimass! :D
汚れた: insyaAllah betol :)
Muhamad Zaki Zafir: yer. lepas ni kena denga balik la lagu raihan tu.
thx singgah! :)
Dakwat Basah: betul betul! :)
Ain Zulaikha: itu lah manusia. :)
Post a Comment