December 14, 2011

bila dah kenal.

Assalamualaikum kawan-kawan semua! Terima kasih sudi datang baca blog ni. Dah berhabuk. Pemalas aku ni. Hikz.




Kita semua ada kawan kan.? Sangat mustahil nak jumpa orang yang tiada kawan. Ada pula yang bahagikan kategori kawan ni. Ada kawan baik, kawan borak, kawan shopping, kawan se-hobi, kawan olok-olok. Haa? Hehehe tu zaman sekolah tadika lah. Tak baik kawan olok-olok lah.


Ada kawan yang memang mirip diri kita. Kita pun memang berkawan dengan orang yang sekepala dengan kita kan. Senang untuk berkongsi cerita. Senang untuk bergelak ketawa. Ada pula yang berkawan melihat fizikal. Heh? Dah banyak aku dengar yang macam ni. Ada yang berkawan sebab 'dia' kaya. Sebab 'dia' cantik. Sebab 'dia' hensom. Sebab 'dia' pandai. Sebab 'dia' baik. Ada yang sebab yang boleh ada sebab yang tak boleh diterima. Agaknya untuk berkawan juga perlukan nafsu ye. O___o




Kenapa kita kata kawan kita itu baik? Adakah sebab dia selalu setuju dengan apa yang kita kata? Adakah sebab dia selalu ada dengan kita? Adakah sebab dia selalu menyokong kita disaat kita jatuh? Itu semua ada pada kita.




Kawan kita mencerminkan diri kita. Mak pernah cakap, 


" Hati-hati pilih kawan. Jangan kawan dengan orang bukan-bukan. "


Aku pun adalah jugak terasa masa tu. Rasa macam " Ehhh aku ni salah kawan ke? "


Terus terang aku cakap, aku tak suka orang mengata kawan aku. Rasa diri aku teruk.


Mungkin aku selalu rasa aku betul. Memang tak patut rasa itu. Sangat tak bagus.


Bila kau ada kawan,
kau patut dengar luahan dia. 
Kau patut tahu perasaan dia. 
Kau patut jangan lukakan hati dia. 
Kau patut sokong dia sentiasa. 


Bukannya cari dia hanya bila kau perlukan bantuan dia. 
Bukannya cari dia hanya bila kau keseorangan.
Bukannya cari dia hanya bila kau baru putus dengan kekasih kau.
Bukannya cari dia hanya bila kau nak berseronok.










Dalam hidup kita ni kita semua pernah melalui proses ini. Proses bertemu, berpisah dan pelbagai lagi. Kata orang proses kehidupan. Ada yang senang dengan proses itu. Ada juga yang tidak. Proses itu mematangkan kita. Cermin diri kita. Nampak apa yang kurang?

LIKE pon bolehh! :D

October 21, 2011

Yang Sempurna






Apa itu sempurna? 
Mungkin yang lengkap dengan segala-galanya. Apa pula yang segala-galanya itu?
Sempurna yang tiada cacat. Ada kah?




Sudahlah. Jangan dicari yang tiada. Manusia tiada yang sempurna itu.




Hanya DIA sahaja. :)

LIKE pon bolehh! :D

October 15, 2011

Tak Semua Perubahan Itu Bagus.

Perubahan adakalanya baik dan adakalanya tidak. Semuanya bergantung kepada penilaian orang lain. Yelah, kalau bergantung kepada penilaian kita sendiri sudah tentu bagi kita perubahan yang kita buat itu baik. Mana ada orang yang berubah untuk menjadi tidak baik bukan? Semuanya hendakkan yang baik-baik belaka. 


Boleh jadi perubahan yang kita lakukan berdasarkan beberapa faktor. Antara faktornya adalah daripada orang yang kita suka ataupun orang yang kita admire. Kalau boleh, kita nak jadi macam orang yang kita suka tu. Apa dia makan, apa dia buat dan lain-lain kalau boleh kita nak ikut. Ikut kata lainnya tiru. Tanpa kita sedar apa yang kita buat itu sebenarnya hanyalah dorongan perasaan semata-mata. Memang hati akan rasa bahagia kalau boleh kongsi rasa. Tapi selama mana?


Faktor lain daripada orang sekeliling. Benda ni senang jadi pada remaja-remaja. Diri aku termasuk sekali sebab aku kan remaja, kan? Yes! Tapi kalau boleh jangan lah sampai memudaratkan diri sendiri. Senang cerita bab berfesyen lah. Yang perempuan sibuk dengan gaya tudung yang kalau boleh gabak-gabak kat kepala tu. Salah pakai macam singa pula kan. Baju-baju yang cantik pada patung pun bantai beli. Sebab tengok patung tu pakai cantik, jadi dia pun belilah. Tapi lepas dah beli...(pandai-pandailah isi). Yang lelaki pula, aku tengok sekarang ramai pula mencedok gaya Korea. Hurm malas la nak ulas.




Kadang-kadang aku rimas tengok orang yang terlalu ikut flow ni. Apa yang dikejar aku pun taktahu. Tak jenuh ke? Tak penat ke? Haish! Aku yang tengok ni lemas dah.




Apa rasa bila diri sendiri disamakan dengan orang lain? Bangga? Mestilah bangga kan sebab boleh jadi orang pemess. Hmph.




Jangan buat satu-satu perkara kalau tak selesa. Jangan ikut orang lain kalau itu bukan diri kau. Nanti kau dah takde special. Tak semua perubahan itu bagus. Sebab bagi aku bagus itu bila kau jadi diri kau. Bukan jadi seorang yang bagus. Kerana seorang yang bagus tak semestinya bagus dimata orang lain. 




Kesian kat kau. :(




It sucks when someone you know turns into someone you knew.




P/S: Sorry if ada antara korang yang terasa. Aku just bagi pendapat. But, if aku over react forgive me. Aku just cakap apa yang aku nampak. Aku geram sebenarnya dengan certain peoples yang cuba jadi orang lain, tanpa tahu yang diri sendiri lebih berbaloi untuk ditonjolkan. Be true to yourself. A reminder to myself. Bye.

LIKE pon bolehh! :D

September 28, 2011

Nak kenal dengan dia tak? Jom lahh...

Assalamualaikum dan haiii! hehe. Nak tahu sesuatu tak? Ehem ehem.. Sekarang aku ada kat rumah dah. Harus lah bahagia kan. Kalau boleh nampak muka aku sebelum naik bas tadi, memang bercahaya-cahaya lah. Oh yer, tadi baru habis jawab paper ECM352. Dah lah silap tempat exam, nasib lah ada kawan aku tolong bagitahu. Ish ishh..


Tadi lepas sampai rumah, pergi farmasi jap. Nak beli ubat untuk luka-luka akibat sengatan Charlie nih.Charlie ni bukan nama orang k. Ni serangga. Nampak je kecik, tapi penangan dia mak aiiiii! SAKIT! Sakit satu hal, PARUT pun satu hal. Jenuh jugak lah nak tonyoh ubat tu tetiap hari. Sebelum ni memang aku pernah kena gigit dengan Charlie ni tapi aku biar je luka tu baik sendiri. Tapi sekarang kena bertindak sebab BANYAKKK gile bekas gigitan dia. Fuhh! 

Maybe antara korang tak penah denga pasal Charlie ni. Aku pun dulu masa masuk sem 1 kat sini pun rasa kelakar bila senior-senior ni dok sebut pasal Charlie. Siap rasa macam ' heh ada ke binatang teruk macam tuu? Sampai notis amaran tentang Charlie ni ada je ditampal di setiap bilik kolej'. Okay, sekarang dah tahuuuu!! T___T

Habis gak la tangan aku belah kiri ni kena bisa-bisa si Charlie ni. Jangan kata tangan, kaki, leher dannn muka pun termasuk. Bukan aku je kena, budak-budak rumah aku pun kena. Hari-hari mengadap cermin dok belek muka kot-kot ada kesan jejak Charlie ni. Lepas tu, tiap kali lepas mandi sibuk dok tonyoh-tonyoh segala jenis ubat. Mula-mula tu memang sakit tapi lama-lama akan jadi parut. Parut manalah ada yang canthekk kann. 

Okay kat sini aku bagi info sikit pasal Mr Charlie ni.

Nama lain Charlie ialah Rove Beetle, Semut Semai , Semut Kayap, etc. Warnanya ialah berbelanG hitam dan oren. Datang dari sawah padi. So selalunya, belah-belah utara lah. Bila sekali dah terkena, kulit akan rasa tak selesa. Pastu, merah-merah then rasa sakit. Selalu keluar waktu malam, dan suka berada dekat dengan lampu. Kalau boleh, sekali dah tersentuh Charlie ni cepat-cepatlah pergi basuh dengan air. Jangan pandai-pandai nak tampar dia macam tampar nyamuk tuhh.. Sediakanlah sellotape. Agak-agak bila jumpa terus gamkan dia. Cara ni memang famous la kat budak-budak sini. Tapi, dah kena gam pun masih liat nak mati kot. 


Tadi, aku buat research konon-konon nak tahu pasal Charlie ni..Aku jumpa ni.


Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur,menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Ohh yerr, lupalah pulak nak letak gambar si 'dia' ni kan. Dari tadi sibuk dok bercerita. Mesti korang nak jumpa ye dokk..


Hai, saya Charlie. Nice to meet youu!



Kesian aku tengok kulit aku sekarang. Dah macam kena dera pun ada. T__T








P/S= Orang farmasi tu suruh aku pergi jemur tilam kat Penang tuuu and rebus semua kain baju aku. Untuk buang segala bisa 'dia'.

LIKE pon bolehh! :D

September 22, 2011

teruknya rasa teruk.

Dapat markah exam paling rendah - TERUK


Kena marah dengan mak/ayah - TERUK


Lambat pick-up masa dalam kelas, padahal kawan-kawan yang lain kata 'oooo...' sambil kepala terangguk-angguk masa lecturer mengajar - TERUK


Tengok orang lain bahagia, diri sendiri masih single - TERUK *jadahhnye


Ahh memacam lagilah nak cerita pasal rasa teruk tu. Tapi nak habaq mai, ehh ter'utara' pulak kannn.. Manusia mana lari dengan masalah. Kadang tu, masalah takde kita pulak yang cari. Macam kau tengah rasa bosan masa duduk rumah, pastu datang idea nyetan kau nak kacau-kacau budak rumah kau. Budak rumah kau lak masa tu tengah tension buat assignment. Memang annoying gila lah budak rumah kau rasa kan. Lepas tu memang dia buat muka taik je lah kat kau. Nak lagi best, dia marah kau. Tengokk. Kan ke dah jadi masalah kat kau nak calm down dia balik, niat asal nak melawak tapi kena sembur. 

Masalah tu memang kawan kita dalam hidup ni. Ingat senang ke nak tahu apa itu bahagia kalau tanpa masalah. Jadi bergembiralah kalau ada masalah. At least kau boleh guna otak untuk fikir cara nak selesaikannya. Asyik perap otak tu, lama-lama lembab( ke lembap haa) lah dia kan. Hek hek. 

Cara aku cakap ni macam aku dah rasa semua masalah kat dunia ni je kan.

 

Bukan camtu, aku pun manusia. Aku pun ada masalah. Cuma kadang-kadang aku tak suka fikir masalah tu. Saje malas nak serabut. Tapi kalau assignment tak siap, haaa tu memang kena fikir lah. Kalau setakat gaduh ngan pakwe, takyah la nak bising-bising. Lagipun masalah tu korang dua yang reka. Orang lain pun ada masalah sendiri. Kalau tukang dengar boleh lah, ni kalau nak ajak berkomplot buat bukan-bukan..Takpe lah yee...





Sekarang tengah berjumpa dengan FINAL EXAM. Final Exam tu pun kawan baru aku. Tapi tak selalu lah jumpa. Sekali satu sem. Nak kata rindu tu takdelahh.. Kalau boleh nak suruh 'dia' cepat-cepat balik. Hahaha














Do wish me luck, kids! :D

LIKE pon bolehh! :D

August 26, 2011

Selamat Hari Raya. ! :)

Assalamualaikum. Lama tak tulis di blog ni. Rinduuu! Hahaha. Hari ini dah ramai orang balik. Yelah kan nak raya kan. Bila duduk Kolej Kristal ni, barulah rasa sunyi. Haa..aku dah pindah masuk kolej. Sebab apa? Adalah sebabnya. Panjang sangat kalau nak cerita. Nanti kalau jumpa aku, boleh la tanya aku k. :D



Nothing much to say, " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN ". *bunyi-mercun.








Tahun ni takde open-hauz la gamaknya..Aku cuti pun berapa kerat jeh. Cuti pun tak macam cuti. Banyak assignment kena buat. Lepas cuti raya, terus ada TEST dengan presentation bagai. pfftt! Semester 5 betul-betul tough duh -.- Sabar je la wunny oii.. Next semester dah last. yeehuu~

By the way, selamat tiba di rumah or kampung halaman. Bawa kereta elok-elok. Naik flight tengok-tengok daratan k. Kikiki..


Kesian kat aku sebab jadi orang terakhir tinggalkan rumah ni. Semua dah balik rumah. Esok baru lah family aku datang ambil aku. Then, terus balik kampung kat Kedah.


Oke lah sampai sini saje. Baibai!



P/S=Cuaca sejuk-sejuk camni buat rasa nak demam lah. * sambil pakai sweater.

LIKE pon bolehh! :D

June 15, 2011

Apabila masih takkan jadi bila-bila.

Apabila gelap masih ada cahaya.

Apabila masalah masih ada penyelesaian.

Apabila kekurangan masih dapat diterima.

Apabila terlambat masih sempat.

Apabila kotor masih boleh disucikan.

Apabila buruk masih berguna.

Apabila perlu masih boleh dicari.

Apabila lupa masih boleh diingatkan.



Apabila harapan tinggal kenangan. Apabila kisah tinggal kisah.








Apabila 'apabila' masih takkan jadi 'bila-bila'.






***
semoga senyum masih ada bila-bila.

LIKE pon bolehh! :D

June 4, 2011

Contest Blog Paling Simple Tapi Cantik By Iffah Fakhira

Assalamualaikum!


Hari ini duduk rumah taktahu nak buat apa. Godek-godek blog orang jumpa pulak contest gini. Jadi, sesaje nak join. 


Nak bisik nih, tengoklah header atas tu. Baru punyaa. Kueng Kuengg! :P 


Okay, tulis lebih pun tak guna. Jom nak habaq pasai tujuan asai. Ne ne ne




 Kelik-kelik untuk jadi cun. Muehehe 


Amacam? Berminat tak nak join? Boleh kelik gambar atas nuhh untuk maklumat lanjut. * hehe cakap macam operator*




TARIKH TUTUP : 8 Jun 2011
PENGUMUMAN : 9 jun 2011

SESIAPA YANG BACA DITAG. MUAHAHA



Hadiah menarik menanti anda. Wink ;)






LIKE pon bolehh! :D

June 2, 2011

malu pun perlu hidup.

Assalamualaikum!


Berita HOT sedang merebak.

Tentang budak perempuan 14 tahun itu sering sahaja diperkatakan sekarang ini. Aku pun dah baca ceritera adik tu. Memang dalam otak aku masa aku baca ceritera tu macam:


“  Huh! Gila berani budak ni. Buat statement macam ni. Pergh! ”. 


Memang umur baru 14 tahun. Aku dulu umur cenggitu tak reti lah nak buat aktiviti yang dia buat tu. Aku tak kata yang aku ni baik. Cuma aktiviti yang dia buat mungkin terlalu advanced.

And mostly orang-orang yang comment pakat-pakat nak hentam dia. Ramai je yang mencarut-carut bagai. Aku paham kita semua marah. Tapi buat macam ni secara tak langsung sebenarnya lagi tambah kusut keadaan.

Semua orang pernah remaja kan?(untuk orang yang dah dewasa sikit) Semua tahu masa remaja ni lah dorang ni kuat memberontak di mana terjadinya kekeliruan identiti. Itu biasa sebenarnya. Masa nak dewasa ni lah kena pandai-pandai pilih kawan. Bagi kes adik 14 tahun tu, jangan jaja ceritera yang mengaibkan diri. Bukan diri sendiri yang malu. Family pon malu jugak. Jangan sebab nak tunjuk diri tu hebat sampai memalukan orang lain. Tambah-tambah lagi ianya ibubapa sendiri. Tak patut lah. Baik pergi study untuk PMR lah ye.

Maruah diri susah nak dijaga. Once dah tercalar tak mungkin dapat dielokkan kembali.



Relax dik, lelaki masih ramai kat dunia ni. Tak perlu cari. Tak perlu nangis-nangis. Jika sudah tiba masanya, akan datang dengan sendirinya.


And ingat ni,


Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan.
*aku suka pakai ayat atas ni. Macam dalam sini.





Entry dia tu bulan December kan? Kenapa baru sekarang nak kecoh? Berita basi sebenarnya..

LIKE pon bolehh! :D

June 1, 2011

bosan duduk malaysia nih. hmph~

Assalamualaikum!


Kau akan terasa bosan duduk kat Malaysia bukan sebab orang-orang nya yang sopan santun, bukan pasal makanan nya yang enak-enak dan bukan pasal tempat-tempat nya yang menarik.








Bukan. Bukan. Bukann!




Cuma terasa bosan bila..




Abah kau dan adik beradik kau yang lain pergi bercuti. Mak pergi umrah.




Okey.






Kalau dalam negara boleh tahan lagi. Tapi luar negara. Alahh Indonesia pun kira luar negara lah kan?!. Hmphh~ 








Ni sebab UiTM bagi cuti sikit lah ni. Kalau cuti panjang lagi satu minggu, confirm aku boleh follow. Huu~






Tulahh dulu bajet hati kental cakap, 


















" Alaaa takpe.."






Sekarang ni...tinggal aku sorang-sorang. * bajet macam tinggal sorang-sorang dalam rumah macam dalam cerita Home Alone. Hehe *




Aku di Penang meneruskan pembelajaran. 



LIKE pon bolehh! :D

May 25, 2011

cubalah menjadi daripada mencari

Dalam hidup ni semua benda kalau nak diikutkan serba tak kena dengan mata orang lain. Kau baik salah, kau jahat lagi lah salah. Mulut orang memang susah nak tutup. Sebab tu ada pepatah kata,


‘ mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya ‘.




Betulkan? Tempayan tu pakai je penutupnya kalau nak ditutup. Kalau manusia? Nak pakai apa? Bibir? Memanglah pakai bibir tapi kalau bibir tu boleh ‘paham bahasa’ takpe jugak. Ni ada je yang terlajak cakap. So istilah ‘zip mulut’ sangat tak boleh pakai. Sebab kat mulut takde zip. Kalau nak ada jugak, boleh jahit sendiri. Rasanya takde tukang jahit boleh jahit mulut kecuali doktor tapi tu pun kalau bibir korang luka. Doktor pun takde kerja nak suka-suka jahit mulut orang.




Jadi, pedulikan kata-kata orang. Aku selalu cakap kat kawan aku;


‘ Kalau sibuk sangat nak fikir apa yang orang akan cakap, sampai bila pun tak jadi kerja ’.




Kalau satu dunia sibuk berfikir tentang respons orang lain, sampai bila nak berjaya? 
Manusia berjaya bangun dari kejatuhan. Manusia yang berlari setelah tersungkur.




Manusia ni kalau bercakap pasal orang ada dua benda je, satu sebab dia jeless dengan kau. Kedua sebab dia nak nasihat kan kau. Tapi selalu yang jadi yang pertama tadi tu lah. Kawan tu pakai segala jenis baju pun dia kutuk. Kawan tu buat segala benda pun dia kutuk. Camne nak puaskan hati dia? Sampai ke sudah kawan tu dapat pahala free. Lebih baik jadi orang yang dikutuk daripada orang yang mengutuk. Sekurang-kurangnya kau boleh tahu yang dalam diri kau tu ada something special.




Tapi kadang-kadang kau kena muhasabah diri jugak. Mana tahu kot-kot apa yang dia kata tu benar. Karang, kau jugak yang perasan diri kau bagus. Jadi, dari situ kau perlukan seorang yang dinamakan kawan. Kawan pun bukan semua boleh didengar cakapnya. Ada kawan yang gembira atas kesusahan orang lain.




Carilah kawan yang bukan membenarkan setiap kata-kata dan perlakuan kita tetapi yang selalu berkata benar tentang apa yang kita lakukan dan percakapan kita.




Memang susah cari yang sebegini. Tapi, kalau kita tak boleh cari yang sebegini mengapa tidak kita yang menjadi sebegini. Sooner or later you will get what you want.






Si mulut kerjanya mudah tetapi selalu menyakitkan si hati.





LIKE pon bolehh! :D

May 19, 2011

Perempuan kena berubah, tak kesian ke kat makcek tu?

Keadaan pertama:

Aku dan kawan aku masuk toilet di satu shopping complex nih. Aku di bahagian tempat cuci tangan.  Ada tiga toilet(maksudnya bilik toilet)  disitu. Kawan aku menunaikan ‘hajat’ dia. Tiba-tiba terbuka salah satu pintu bilik toilet itu. Keluarlah amoi ni. Amoi itu terus keluar daripada toilet itu. Pada masa yang sama, makcek cleaner pun masuk untuk melaksanakan kerja dia untuk mencuci. Masuklah dia kedalam toilet amoi tu tadi.

“Eee! Harap muka saja lawa tapi pengotor. Tengoklah ni dah buang t*** tak reti nak flush.
Bukannya budak kecil lagi. Ni haa dah besar dah pun. Harap muka saja cantik tapi tak reti nak flush. Hish! Bla bla bla..” (dia membebel seorang diri.)
Aku hanya mampu tersenyum dan memandang makcek itu mencuci toilet itu. Kawan aku keluar dari toilet di sebelah toilet amoi tadi tu, kawan aku tergelak. 



Keadaan kedua:

Daripada stesen KL Sentral. Dalam tren. Tatkala itu tren baru saja sampai. Umat manusia berpusu-pusu masuk dalam perut tren itu. Ohh skema! Dalam koc wanita. Ehh ada seorang lelaki! Bukan budak. Remaja.

Terdengar suara dari hujung pintu koc wanita. Seorang makcek sedang bercakap.


“Lelaki tolong keluar!(time ni sume mata pandang makcek hujung pintu ni) . Ini koc untuk perempuan saja. Tak kiralah tu pakwe ke adik ke. Keluar lelaki! Keluar! Ni orang perempuan nak duduk(padahal makcek ni static jea kat tempat dia) . Koc kau dekat  sanalah.”

Lelaki tersebut rasa dimalukan lalu bangun tapi tak boleh kemana-mana sebab memang padat tren itu. Lelaki tu hanya senyap dan buat muka tak bersalah dan mata memandang depan tanpa menoleh-noleh.
Makcek itu menyambung lagi..

“..apa? nak suruh awek kau marah aku? Aku tak kisah lah. Marilah. Tak takutlah. Beranilah nak marah orang. Dah lah buat salah. Bla bla bla…”
Entah kenapa, tiba-tiba pintu tren terbuka. Terus la lelaki tu keluar.
“ Haa..!Pandai pun keluar. Pergilah kat tren kau tuuu..”


Keadaan dalam tren kembali seperti biasa. Tanpa lelaki.


Sepatah dua kata untuk dirasa-dibau-dibaca:

Perempuan,
kena pandai flush tandas. Jangan lupa. Kalau muka cantik tapi 'membuang' pun orang yang tolong flushkan tak ke maluu?

Perempuan,
kalau keluar dengan partner lelaki kena beritahu lelaki tu yang masa naik tren kena berpisah sekejap. Sebab nanti lelaki tu akan kena marah dengan 'makcek' tadi. Maluu kot. Tak pasal-pasal kena marah secara public. Lainlah kalau cik perempuan tak masuk koc wanita.


Hari yang tough bagi dua makcek tadi. Mungkin.


LIKE pon bolehh! :D

May 18, 2011

Boleh pulak lelaki camtuuu.(?)

Hai! Assalamualaikum korang! Lama aku tak update blog aku ni. Tapi aku dah tukar baju dia. Boleh la cium-cium blog aku ni. Harummm! Kehkeh. Sekarang dah dua minggu aku cuti. Korang aku tak tahu lah pulak. Hehe. Rajinlah aku on facebook tuh. Tapi kalau tak cuti pun aku online. Okay, takde motif.


Aku just nak cakap yang mata aku ni macam kena cuci dengan Clorox je. Kau bayangkan kawan kau tulis status kat facebook macam nih:


Alamak! Rumah dah kosong. Kawan-kawan semua dah balek rumah. Takutnya tinggal sorang-sorang. :(


Lagi..


Wahh lembutnya muka i lepas memakai pelembap jenama *tutt* ni. Tahan jea sehari suntuk. Nampak muka lagi berseri-seri. Sukaaa!


Lagi..


Alorhh...foundation dah habis! Macam mana ni! Sedihnyaaa..





Kalau perempuan takpe. Aku paham. Ni lelaki weyh!

Pastu tangkap gambar lak, tak sah kalau takde pompuan sebelah dia. Dia HOT dow! auww! *hmphh*



Gambar lak tak  sah kalau mulut tu tak muncung-muncung ibarat fenomena-gambar-myspace dulu-dulu tuuu. 


Memang lah sekarang ni lelaki majoriti nya pandai jaga penampilan. Ada tu lebih dari perempuan. Spa, facial treatment, semuanya dorang pergi. Tapi agak-agak lahh.. =.=


* okayy, hemsemm youu! *
sumber: uncle goo-gle. :)






P/s: Someone pergi slow-talk ngan diaaa.(!)

LIKE pon bolehh! :D

May 10, 2011

lagu sedap boleh makan. :D

Assalamualaikum semua! Tumpang lalu jap. Hehe. Lama sangat tak jenguk sini. Okay, sekarang dah cuti. Dah seminggu dah pun kan.. Pheww~ Mother's Day baru jea lepas. Mak, Happy Mother's Day!

Aku tak tahu korang pernah dengar lagu ni atau tidak sebelum ni. But first time aku dengar boleh feeling jugak lagu ni. Then, aku suruh kawan aku dengar and dia pun setuju. So, sekarang aku bagi korang dengar.






Sebuah luahan hati
Dari seorang anak
Untuk semua ibu
Ibu yang banyak berjasa
Dan khas buat ummiku yang tercinta
Dengarlah
Sejak aku dilahirkan
Tak pernah henti kau berkorban
Mengajarku menjadi insan
Yang berbudi punya pegangan
Kala ku tak mendengar kata
Tak pernah kau doaku binasa
Cintamu terhebat di dunia
Tiada lagi yang sepertinya
Bagiku kau segalanya
Kau sentiasa dalam jiwa
Ummi engkaulah ratuku
Permaisuri dalam kalbu
Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi….
Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi….
Khilaf antara kita lumrah
Buatku sering rasa bersalah
Wahai ummi ketahuilah
Kan ku terus melangkah gagah
Sejuta harapan ku bawa
Semangatmu tetap bersama
Sungguh kau tiada gantinya
Walau ku cari serata dunia
Ummi engkaulah maharani
Senyum untukku sekali lagi
Usah bimbang wahai ummi
Andai jatuh ku bangun lagi
Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi….
Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi….
Mungkin engkau sangka aku
Tak peduli tak ambil tahu
Sedang aku teringatkanmu
Senyum tangis dalam rindu
Manis pahit legar di minda
Aku harap dikau percaya
Bahwa aku tetap setia
Doakanlah aku bahagia
Bahtera ini kan ku layar
Hidup ini terus mengajar
Wahai ummi engkau penawar
Kau tetap nyalakan sinar
Ummi yaa lahnan ya,syaqohuwanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu wa-azhollu azhollu uroddiduhu
Ini janji ikrar anakmu
Berjuang betuli yang lalu
Daku ingin engkau tahu
Kan ku penuhi hasratmu
Walau hidup dengan caraku
Dibina dari petunjukmu
Usah kau bimbang dan pilu
Ku kenangmu dalam doaku
Rindu pasti terlerai nanti
Engkau kan tetap ku ingati
Andai ku tiada di sisi
Di hati tetap menemani
Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi….
Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi.. Ummi….

LIKE pon bolehh! :D

April 19, 2011

Final exam telah datang dengan sukacitanya.









Pagi tadi, pukul 8setengah-pagi gitu..Abah mesej ada kat mana, takde class ke. Aku pun reply lah kata ada kat rumah, class dah takde sebab esok dah final. Tiba-tiba pukul 9.30-pagi abah call suruh turun sebab abah dah ada kat bawah rumah. KEJUTANN! Hekhek. Rupa-rupanya abah ontheway ambil adik aku kat Matrix Perlis. Esok dia dah habis final. Tamat dah belajar kat sana. Abah drive sorang-sorang jea datang situ. So, sempat lah sarapan tadi dengan abah. Kalau tak, takde sarapan pagi-pagi. Huhu..Alasan: Malas betul nak keluar beli makanan walaupun perut dah bergelora. ~.~




Esok, 20 April 2011 final exam dah bermula. Lima paper bakal diduduki. Hohoho Ala-ala nak ambil SPM pulak kan. 



InsyaAllah dipermudahkan urusan. Usaha jangan lupa. Halalkan ilmu yang diajar dan yang mengajar. Dan jangan lupa print-out examination slip oke. Hehe. Aku pun nyaris-nyaris terlupa, nasib baik semalam housemate aku bagitau. Phewww~!





Haaaa...Yang kat atas tu tunggu lepas 29 April 2011 lah yer.




Okay, adios amigos!


Ehh jangan lupa pulak..






Barulah berkat, tak gitu. :)

LIKE pon bolehh! :D

April 7, 2011

kita tahu semua ni tapi kita cuma 'terbuat'.


livin in the dirt

Kadang-kadang..
Kita cuma tahu menulis tapi tak pernah cuba untuk meluahkan.
Kita cuma tahu bercakap tapi tak pernah cuba untuk melakukan.
Kita cuma tahu buat tapi tak pernah cuba untuk memahami.
Kita cuma tahu menerima tapi tak pernah cuba untuk memberi.
Kita cuma tahu membenci tapi tak pernah cuba untuk menyayangi.
Kita cuma tahu merungut tapi tak pernah cuba untuk bersyukur.
Kita cuma tahu berkata-kata tapi tak pernah cuba untuk mendengar.
Kita cuma tahu marah tapi tak pernah cuba untuk bersabar.
Kita cuma tahu jatuh tapi tak pernah cuba untuk berdiri.
Kita cuma tahu bermimpi tapi tak pernah cuba untuk merealitikannya.
Kita cuma tahu membaca tapi tak pernah cuba untuk berfikir.
Kita cuma tahu melihat tapi tak pernah cuba untuk menolong.
Kita cuma tahu menunggu tapi tak pernah cuba untuk bermula.
Kita cuma tahu bermusuh tapi tak pernah cuba untuk berbaik.
Kita cuma tahu mencari tapi tak pernah cuba untuk mendapatkannya.


Ya...
Kita cuma tahu semua itu tapi kita tetap melakukannya..
Kadang-kadang kan...

LIKE pon bolehh! :D

March 28, 2011

pernah tak?

pernah tak rasa..


seorang manusia tu,
buatlah apa-apa pun kita akan tetap suka dia.


seorang manusia tu,
buatlah apa-apa pun kita tetap akan benci dia.




tak adil kan pada manusia tu.




Gambar kat atas tu, aku baru upload and jadikan profile picture kat facebook. Hehehe. Lepas tu aku hidekan profile pictures aku. Hehehe *lagi* 


Maaflah, bukan apa haritu aku tetibe nak edit camni. Gambar ni sebagai experiment aku jea. hihi


Memang ramai tegur 'liptik' MERAH tu. Tapi ada lagi yang tak kena dengan gambar tu sebenarnya. Biarlah..








p/s: Kadang satu benda tu kita terlepas pandang, atau mungkin saja kita yang tak ingin pandang..

LIKE pon bolehh! :D

March 26, 2011

mak, selamat hari jadi!



Assalamualaikum. Hai kawan-kawan-kawan! Sorry lama tak update. Tataw masih ada pembaca belog ini ataupun tidak. Hoho. Update ni pun sekadar nak wish pada mak. Hari ini 26 March. Hari ini hari jadi mak aku. hee~
Hari jadi aku baru jea lepas, 14 March. Mungkin nanti akan diupdate pasal birthday aku. 

* sekadar drama *

Puas tadi aku godek-godek gambar dalam lappy aku. Amat sedikit gambar mak. Aiyaa! So, ini yang aku jumpa. Nostalgik!


* kecik-kecik mak aku ajar buat 'thumbs up' bila snap gambar *


 * berdasarkan gambar ni, mungkin aku suka main-main dengan nasi sebelum makan *


 * tahun ni tak dapat buat macam ni, sebab tak cuti.. *




Jadi, pukul 12 tepat malam tadi cepat-cepat hantar wish birthday kat mak. 

LIKE pon bolehh! :D

February 27, 2011

ini pesanan untuk dia.

Kejap lagi nak jumpa dia kat Dewan Besar. Entah kenapa lah buat malam-malam macam ni. Hari Ahad pulak tu. Orang nak rehat. Dah la sebelum-sebelum ni pun nak pecah kepala jawab soalan-soalan mereka tu. Dah rasa macam ambil Final Exam dah. Padahal baru awal semester kot. Long long way to go. 


Semoga dia datang dengan wajah gembira, agar aku senang dengannya...
wahai ECE246.


lookintomyeyes. lalala~~ 

LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...