Assalamualaikum kawan-kawan semua! Terima kasih sudi datang baca blog ni. Dah berhabuk. Pemalas aku ni. Hikz.
Kita semua ada kawan kan.? Sangat mustahil nak jumpa orang yang tiada kawan. Ada pula yang bahagikan kategori kawan ni. Ada kawan baik, kawan borak, kawan shopping, kawan se-hobi, kawan olok-olok. Haa? Hehehe tu zaman sekolah tadika lah. Tak baik kawan olok-olok lah.
Ada kawan yang memang mirip diri kita. Kita pun memang berkawan dengan orang yang sekepala dengan kita kan. Senang untuk berkongsi cerita. Senang untuk bergelak ketawa. Ada pula yang berkawan melihat fizikal. Heh? Dah banyak aku dengar yang macam ni. Ada yang berkawan sebab 'dia' kaya. Sebab 'dia' cantik. Sebab 'dia' hensom. Sebab 'dia' pandai. Sebab 'dia' baik. Ada yang sebab yang boleh ada sebab yang tak boleh diterima. Agaknya untuk berkawan juga perlukan nafsu ye. O___o
Kenapa kita kata kawan kita itu baik? Adakah sebab dia selalu setuju dengan apa yang kita kata? Adakah sebab dia selalu ada dengan kita? Adakah sebab dia selalu menyokong kita disaat kita jatuh? Itu semua ada pada kita.
Kawan kita mencerminkan diri kita. Mak pernah cakap,
" Hati-hati pilih kawan. Jangan kawan dengan orang bukan-bukan. "
Aku pun adalah jugak terasa masa tu. Rasa macam " Ehhh aku ni salah kawan ke? "
Terus terang aku cakap, aku tak suka orang mengata kawan aku. Rasa diri aku teruk.
Mungkin aku selalu rasa aku betul. Memang tak patut rasa itu. Sangat tak bagus.
Bila kau ada kawan,
kau patut dengar luahan dia.
Kau patut tahu perasaan dia.
Kau patut jangan lukakan hati dia.
Kau patut sokong dia sentiasa.
Bukannya cari dia hanya bila kau perlukan bantuan dia.
Bukannya cari dia hanya bila kau keseorangan.
Bukannya cari dia hanya bila kau baru putus dengan kekasih kau.
Bukannya cari dia hanya bila kau nak berseronok.
Dalam hidup kita ni kita semua pernah melalui proses ini. Proses bertemu, berpisah dan pelbagai lagi. Kata orang proses kehidupan. Ada yang senang dengan proses itu. Ada juga yang tidak. Proses itu mematangkan kita. Cermin diri kita. Nampak apa yang kurang?
Si Talam
10 years ago
0 contengan berhias:
Post a Comment