February 6, 2011

eh kita kawan ke? eh eh eh!

Assalamualaikum! Hai kawan-kawan! Sudah lama kubiarkan blog ini sepi menyendiri. Kasihan beliau! Bukan MALAS. Tapi SIBUK. Hoho aku TIPU! Boooo!

Kali ini aku sudah kembali. Yeayy! *tepuk tangan* (perasan)

Aku nak tulis pasal kawan boley? Boley? BOLEY TAKKK?
*Oke, boleyyy aje! HUHH!

Aku nak ngarut  cerita pasal SIAPA(?). KAWAN.

        Kalau dulu masa sekolah boleh lah selalu jumpa, sikit-sikit pergi rumah kawan. Nak pinjam buku ke apa ke, sanggup pergi rumah kawan. Malam-malam boleh call guna tepon rumah, haa gayutlah dengan kawan tu tanya jadual apa esok. Padahal jadual ada jea depan meja study. Takut salah tengok alasannya. Takpe lagi tu. Lepas tu tanya “eh beg kau berat tak esok?”. Macam lah kawan tu pergi timbang beg tu kan sebelum pergi sekolah. Part best kalau selang seli bawak buku teks. Yelah buku teks dah la tebal. Jadi, kau bawak buku Bahasa Melayu (amekkaw ayat penuh!)  aku bawak buku Bahasa Inggeris..nanti kita kongsi-kongsi lah (aku tak pernah buat ni. Korang? Hehe). Duluu bukan main berkepit (angin nak lalu pon tak boleh). Makan sama-sama, pergi tandas sama-sama, buat homework sama-sama..alahh lelaki pompuan sume buat mende ni. Betol tak?

        Bila masing-masing dah besar, mulalah sorang ke utara sorang ke selatan. Yelah menyambung pelajaran. Jumpa pun kadang-kadang. Yelah cuti tak sama. Kadang-kadang tu rumah sebelah menyebelah pun tataw khabar berita. Tu boleh terima lagi. Ni dah ada depan mata bila terserempak pun buat tataw. Boleh pulak dia buat-buat tak nampak. Semut lalu bawah kaki lagi dia kenal daripada manusia sebelah dia. Terkulat-kulat si kawan tu nak senyum ke tak. Gaya macam kenal, tapi takot salah orang pulak. Mana tahu si kawan yang dahulu dah berubah muka ke apa ke kan. Kot-kot buat plastic surgery ke ape ke kan. Karang bila senyum tak dibalas, terasa macam orang gila senyum sorang-sorang. Paling haru bila dia buat muka selambadak. Taknak dituduh sombong, senyum jea lah walaupun dalam hati TUHAN jea yang tahu. Ohh sedih kan?

        Dulu tak reti buat Matematik “1+1=?”,pon tepon kawan. Sekarang dah pandai sikit, darab pon boleh buat sambil pejam mata. Tu berlagak sikit teww (eh tak cool taw eja macam tewww!). Sekarang ni, contact bila ada masalah jea. Well, kawan dah ramai. Apedehal kan? Tak hadap lah kawan-kawan masa hingus meleleh. Sekarang dia dah ‘up’!. Nak ajak lepak pon susah waktu cuti. Macam-macam alasan dia bagi. Dia sorang jea ada assignment menggunung. Padahal, dalam facebook (fb oke!) dok merungut-rungut kata bosan. Nak jea hempuk dengan batu manusia macam ni. Baru otak dia boleh berfungsi dengan baik.

        Nak lagi best bila dia ingat dia ‘hot’. Hello (gaya gedik) tak boleh bagi nasihat langsung taw! Apa yang dia buat semua betul. Takyah cerita lah kalau bab rampas pakwe/makwe kawan ni. Aku pon tak minat nak taw. Cuma kalau dulu bila taw si kawan minat pada orang yang dipuja dalam diam, sanggup tolong adjust untuk kawan. Walaupun terasa diri itu loser. Haha kelakar! Sekarang kalau nasihat sikit kata kita ni bajet baik. Karang kalau tak nasihat makin berbulu pulak mata ni nak menghadap. Tak pikir lagi orang sekeliling dok mengata pasal dia. Nak taknak cakap la jugak sedas dua. Bagi slow-talk yang memang slow lah orang kata. Sekali dikatanya kita DENGKI! Ni malas ni. SUKAHATI KAU LAH.

        Lagi terbaik bila dia delete kawan dia dari friends(fb lah mana lagi) dia. Whattheflamingo! Yelah nak tunjuk perasaan (delete friends) kat facebook jea yang boleh. Nak buat depan-depan takuuut! 'L'.



Notahensem:Cukuplah sampai sini. Panjang pulak aku tengok.
Bila aku baca balik entry ni, aku rasa macam aku ni emo pulak. Padahal aku nak buat entry yang santai-santai. Aku malas nak buat entry emo-emo sempena ade mood nak berblog ni..tapi dah tertulis pulak. Malas edit dah. Emo pon boleyyy! Haha



notachantek: Semalam(hari Sabtu) kawan aku kahwin.TAHNIAH SHIDA! Terasa aku tua. T___T
Eh lupa nak cakap aku berjumpa balik kawan baik aku dulu; Afiqah. Hai pika! :D Ada la dalam 6 7 tahun tak jumpa. Nasib baik dia bukan jenis yang kat atas tu.

-peace-



LIKE pon bolehh! :D

6 contengan berhias:

Unknown said...

da besa keh???
haha

Ain Zulaikha said...

cakap pasal sorang kat utara sorang kat selatan, bila dah berpisah, dah lost contact T_T

ahmad endo said...

hehehe...oklah tu

wunny said...

azim: haha besar dah. matang lagii~ :)

wunny said...

ain: jangan sedih2. insyaAllah dia tak lupa kita, maybe busy.. :D

wunny said...

ahmad endo: oke? ouh.. T__T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...