June 6, 2012

Jodoh yang Tak Berapa Nak Ada.

Assalamualaikummmm! <--tanda seru maknanya tengah jerit kuat-kuat.
Hehe ada orang lagi ke nak jenguk blog kita ni? *tutup muka* Okay, berdasarkan tajuk atas tu aku nak habaq kat hampa suma pasai benda-benda yang selalu jodohnya tak panjang dengan aku. Hmm okay tak aku speaking utara? Well, aku lahir kat Kedah kot. Hehehe.. Jodoh dengan lelaki tu cerita lain okay. Takda kena mengena dalam ini ceritaaa! Hahaha..Berikut adalah benda-benda yang amat bermasalah untuk aku. 








Ni lah tudung kelabu aku yang kena makan dek iron tuu. Sedeyyy~ 




1. Tudung kelabu
Tak kisahlah tudung jenis apa pun. Aku memang suka colour kelabu ni. Sebab senang matching dengan semua colour. First tudung kelabu aku beli, memang teruja la. Rasa nak pakai selalu je. Haha padahal pemalas nak iron tudung lain. :P Bukan apa, kalau pakai tudung hitam nanti aku boring. Dah laa kitorang adik-beradik pernah digelar 'Gagak Hitam' oleh parents kitorang sebab dulu-dulu asal keluar je semua pakai tudung hitam. Sekarang ni, aku dah keluar dari GH tuu. Adik-adik aku je still tak berubah-ubah. Okay, berbalik cerita tudung kelabu tu..Tak sampai lima kali kot aku pakai tudung tu, dah berlubang akibat iron. Hancur hatikuu~ wuuuu.~~ Yang buat aku tertanya, sampai sekarang aku tak buang tudung tu. Walhal bukan boleh pakai lagi punnn. Tragik kan? Hmm.. Selepas tu, aku beli lagi tudung kelabu. Nasib baik tudung tu masih bertahan sampai sekarang. Cuma adalah benang dia macam terkeluar sikit. Tapi yang tak best nya tudung tu bila pakai tak menjadi lah. Dah la tabiat aku kalau pakai tudung bawal, memang tak berapa kisah senget ke apa ke. Aku bukan jenis belek tudung lama-lama depan cermin. Kadang-kadang aku pakai shawl tu takyah tengok cermin pun. Tu selalu nya kat dalam surau la. Kan kalau lepas solat, semua orang berebut-rebut pergi depan cermin. Aku tak berapa suka sesak-sesak gitu..












Aku tak pernah try lagi pakai mouse cenggini. Ermm boleh rosak tak mouse camni?




2. Mouse
Haa ni lagi satu hal. Mouse ataupun tetikus. Dah berpuluh-puluh (sesaje nak hiperbola) aku beli, tak pernah satu pun melekat or tahan lama. Aku pun tak faham lah. Tapi kalau aku pakai mouse orang lain, okay la pulak. Tak kiralah murah ke mahal aku beli, still tak tahan lama. So, ini membantutkan hasrat untuk main game lelama. Alaahhh, main The Sims kalau takde mouse tak feel kot. Tapi tu dulu laa..Sekarang tak main dah. Yelaaa Facebook dah takde. Kalau tak menganga depan laptop je la kannn..












Kasut ni laa yang tercabut tapak tu. Haha puihhh la~ aku tak pakai kasut cenggini pergi kelas k. Buat penat kaki aku nak melangkah je.




3. Kasut
Sejak masuk UiTM, aku tataw berapa banyak kasut yang aku pernah ada. Kalau orang lain, kasut dari sem 1 boleh simpan sampai sem 6. Aku? Memang taklah..Bukan sebab aku ni suka buang-buang kasut weh~ Memang kasut-kasut yang aku beli semuanya tak kekal lama. Asal aku balik rumah bila cuti, dialog mak aku yang common pasal kasut la "Ishhh kasut baru lagi. Aaaaasyik beli kasut." Padahal mak aku bukan tahu anak dia ni kaki spesies apa. Hehe sebenarnya aku pun tataw kaki aku ni kenapa. Ganas betul kaki aku. Haha boleh kaki ganas? xD Pernah je sekali tu aku dah lambat nak pergi kelas, masa tu aku duduk Mutiara(hostel dekat luar). So, kenalah naik bas untuk ke kelas. Dah sampai kat bus stand tu baru aku perasan kasut aku dah tercabut tapak. Takkan aku nak patah balik kan. Dah la panas, jauh pulak tuuu. Dengan susah-payahnya aku jalan. Sambil cover-cover taknak bagi orang perasan betapa kroniknya kasut aku tu. Nasib baik dalam bas tu tak ramai orang. Lepas tu aku terpaksa pinjam kasut member(dia duduk hostel dalam kampus) aku sebaik saja aku dah sampai kampus. Kawan-kawan aku pun perasan tentang masalah kasut dan aku. Aku pun tataw punca sebenar. Kaki aku ni demand kot. == Sekarang sementara duduk rumah ni boleh la berjimat beli kasut. Hahaa jimat ke?










Aku tataw la kot-kot orang lain pun ada masalah macam aku ni ke kan..Hahaha kalau sama boleh la kita geng! ;D








LIKE pon bolehh! :D

6 contengan berhias:

syafiqa said...

haha wa pun byk tudung kelabu.
sampai kwn gua ckp da rabun kale hape

e_darel said...

cantik kasut :D

penyuluh perikanan said...

postingan yang bagus sangat bermanfaat, juga keren...saya salut dan suka...
terima kasih

Nazatulwanis said...

hehe. klu jodoh lama2 nti busan n jemu, baik rosak sebelum di humban sihat2 =D ..

Yuni Aisyah said...

dtg jenguk sini stlh lme x jenguk..huhu.....tuan blog sihat ke.??

wunny said...

syafiqakarim: ahaa pedulik kan hape org kata. :D

e_darel: tu laa..cadangnya nak beli utk raya ni. trolololo :P

penyuluh perikanan: terima kasih ya. :)

Mawar berduri: yaaa betul. tapi frust sebab baru beli dah rosak. ><

Yuni Aisyah: thanks sebab sudi jenguk. kita sihat jeee..! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...