
kadang-kadang kita cakap kita bukan begitu, tapi kita buat juga.
kadang-kadang kita mengharapkan pertolongan tanpa meluahkannya.
kadang-kadang kita akan menyalahkan orang lain walaupun salah itu daripada kita.
kadang-kadang kita lupa kawan di waktu kita gembira.
kadang-kadang kita tak tahu yang serius itu benar-benar serius.
kadang-kadang kita hanya pandai berkata daripada melakukannya.
kadang-kadang kita selalu lupa pada kenangan bersama.
kadang-kadang kita hanya ingin tahu tanpa ingin mengambil tahu.
kadang-kadang kita fikir yang serius itu sebagai yang remeh-temeh.
kadang-kadang kita cuma kelihatan happy tapi hanya kita yang tahu.
kadang-kadang kita akan utamakan yang baru daripada yang lama.
kadang-kadang kita akan tersentap kalau ada yang menegur kita.
kadang-kadang kita rasa kita sahaja betul dan orang semuanya salah.
kadang-kadang kita lebih suka memerhati daripada menegur.
kadang-kadang kita cuba melakukan yang terbaik tetapi menyusahkan orang lain.
kadang-kadang kita lupa pada sahabat kita akibat satu pertelingkahan yang kecil sahaja.
mengapa kita perlu ada sifat kadang-kadang ini?
ohh mungkin kita terlupa bahawa kita juga manusia.
manusia tidak akan sama setiap masa seperti robot; yang tidak punya perasaan.
apabila di situasi begini, kamu hanya perlu bertahan. good-luck!
0 contengan berhias:
Post a Comment