September 28, 2011

Nak kenal dengan dia tak? Jom lahh...

Assalamualaikum dan haiii! hehe. Nak tahu sesuatu tak? Ehem ehem.. Sekarang aku ada kat rumah dah. Harus lah bahagia kan. Kalau boleh nampak muka aku sebelum naik bas tadi, memang bercahaya-cahaya lah. Oh yer, tadi baru habis jawab paper ECM352. Dah lah silap tempat exam, nasib lah ada kawan aku tolong bagitahu. Ish ishh..


Tadi lepas sampai rumah, pergi farmasi jap. Nak beli ubat untuk luka-luka akibat sengatan Charlie nih.Charlie ni bukan nama orang k. Ni serangga. Nampak je kecik, tapi penangan dia mak aiiiii! SAKIT! Sakit satu hal, PARUT pun satu hal. Jenuh jugak lah nak tonyoh ubat tu tetiap hari. Sebelum ni memang aku pernah kena gigit dengan Charlie ni tapi aku biar je luka tu baik sendiri. Tapi sekarang kena bertindak sebab BANYAKKK gile bekas gigitan dia. Fuhh! 

Maybe antara korang tak penah denga pasal Charlie ni. Aku pun dulu masa masuk sem 1 kat sini pun rasa kelakar bila senior-senior ni dok sebut pasal Charlie. Siap rasa macam ' heh ada ke binatang teruk macam tuu? Sampai notis amaran tentang Charlie ni ada je ditampal di setiap bilik kolej'. Okay, sekarang dah tahuuuu!! T___T

Habis gak la tangan aku belah kiri ni kena bisa-bisa si Charlie ni. Jangan kata tangan, kaki, leher dannn muka pun termasuk. Bukan aku je kena, budak-budak rumah aku pun kena. Hari-hari mengadap cermin dok belek muka kot-kot ada kesan jejak Charlie ni. Lepas tu, tiap kali lepas mandi sibuk dok tonyoh-tonyoh segala jenis ubat. Mula-mula tu memang sakit tapi lama-lama akan jadi parut. Parut manalah ada yang canthekk kann. 

Okay kat sini aku bagi info sikit pasal Mr Charlie ni.

Nama lain Charlie ialah Rove Beetle, Semut Semai , Semut Kayap, etc. Warnanya ialah berbelanG hitam dan oren. Datang dari sawah padi. So selalunya, belah-belah utara lah. Bila sekali dah terkena, kulit akan rasa tak selesa. Pastu, merah-merah then rasa sakit. Selalu keluar waktu malam, dan suka berada dekat dengan lampu. Kalau boleh, sekali dah tersentuh Charlie ni cepat-cepatlah pergi basuh dengan air. Jangan pandai-pandai nak tampar dia macam tampar nyamuk tuhh.. Sediakanlah sellotape. Agak-agak bila jumpa terus gamkan dia. Cara ni memang famous la kat budak-budak sini. Tapi, dah kena gam pun masih liat nak mati kot. 


Tadi, aku buat research konon-konon nak tahu pasal Charlie ni..Aku jumpa ni.


Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur,menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Ohh yerr, lupalah pulak nak letak gambar si 'dia' ni kan. Dari tadi sibuk dok bercerita. Mesti korang nak jumpa ye dokk..


Hai, saya Charlie. Nice to meet youu!



Kesian aku tengok kulit aku sekarang. Dah macam kena dera pun ada. T__T








P/S= Orang farmasi tu suruh aku pergi jemur tilam kat Penang tuuu and rebus semua kain baju aku. Untuk buang segala bisa 'dia'.

LIKE pon bolehh! :D

September 22, 2011

teruknya rasa teruk.

Dapat markah exam paling rendah - TERUK


Kena marah dengan mak/ayah - TERUK


Lambat pick-up masa dalam kelas, padahal kawan-kawan yang lain kata 'oooo...' sambil kepala terangguk-angguk masa lecturer mengajar - TERUK


Tengok orang lain bahagia, diri sendiri masih single - TERUK *jadahhnye


Ahh memacam lagilah nak cerita pasal rasa teruk tu. Tapi nak habaq mai, ehh ter'utara' pulak kannn.. Manusia mana lari dengan masalah. Kadang tu, masalah takde kita pulak yang cari. Macam kau tengah rasa bosan masa duduk rumah, pastu datang idea nyetan kau nak kacau-kacau budak rumah kau. Budak rumah kau lak masa tu tengah tension buat assignment. Memang annoying gila lah budak rumah kau rasa kan. Lepas tu memang dia buat muka taik je lah kat kau. Nak lagi best, dia marah kau. Tengokk. Kan ke dah jadi masalah kat kau nak calm down dia balik, niat asal nak melawak tapi kena sembur. 

Masalah tu memang kawan kita dalam hidup ni. Ingat senang ke nak tahu apa itu bahagia kalau tanpa masalah. Jadi bergembiralah kalau ada masalah. At least kau boleh guna otak untuk fikir cara nak selesaikannya. Asyik perap otak tu, lama-lama lembab( ke lembap haa) lah dia kan. Hek hek. 

Cara aku cakap ni macam aku dah rasa semua masalah kat dunia ni je kan.

 

Bukan camtu, aku pun manusia. Aku pun ada masalah. Cuma kadang-kadang aku tak suka fikir masalah tu. Saje malas nak serabut. Tapi kalau assignment tak siap, haaa tu memang kena fikir lah. Kalau setakat gaduh ngan pakwe, takyah la nak bising-bising. Lagipun masalah tu korang dua yang reka. Orang lain pun ada masalah sendiri. Kalau tukang dengar boleh lah, ni kalau nak ajak berkomplot buat bukan-bukan..Takpe lah yee...





Sekarang tengah berjumpa dengan FINAL EXAM. Final Exam tu pun kawan baru aku. Tapi tak selalu lah jumpa. Sekali satu sem. Nak kata rindu tu takdelahh.. Kalau boleh nak suruh 'dia' cepat-cepat balik. Hahaha














Do wish me luck, kids! :D

LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...