September 22, 2011

teruknya rasa teruk.

Dapat markah exam paling rendah - TERUK


Kena marah dengan mak/ayah - TERUK


Lambat pick-up masa dalam kelas, padahal kawan-kawan yang lain kata 'oooo...' sambil kepala terangguk-angguk masa lecturer mengajar - TERUK


Tengok orang lain bahagia, diri sendiri masih single - TERUK *jadahhnye


Ahh memacam lagilah nak cerita pasal rasa teruk tu. Tapi nak habaq mai, ehh ter'utara' pulak kannn.. Manusia mana lari dengan masalah. Kadang tu, masalah takde kita pulak yang cari. Macam kau tengah rasa bosan masa duduk rumah, pastu datang idea nyetan kau nak kacau-kacau budak rumah kau. Budak rumah kau lak masa tu tengah tension buat assignment. Memang annoying gila lah budak rumah kau rasa kan. Lepas tu memang dia buat muka taik je lah kat kau. Nak lagi best, dia marah kau. Tengokk. Kan ke dah jadi masalah kat kau nak calm down dia balik, niat asal nak melawak tapi kena sembur. 

Masalah tu memang kawan kita dalam hidup ni. Ingat senang ke nak tahu apa itu bahagia kalau tanpa masalah. Jadi bergembiralah kalau ada masalah. At least kau boleh guna otak untuk fikir cara nak selesaikannya. Asyik perap otak tu, lama-lama lembab( ke lembap haa) lah dia kan. Hek hek. 

Cara aku cakap ni macam aku dah rasa semua masalah kat dunia ni je kan.

 

Bukan camtu, aku pun manusia. Aku pun ada masalah. Cuma kadang-kadang aku tak suka fikir masalah tu. Saje malas nak serabut. Tapi kalau assignment tak siap, haaa tu memang kena fikir lah. Kalau setakat gaduh ngan pakwe, takyah la nak bising-bising. Lagipun masalah tu korang dua yang reka. Orang lain pun ada masalah sendiri. Kalau tukang dengar boleh lah, ni kalau nak ajak berkomplot buat bukan-bukan..Takpe lah yee...





Sekarang tengah berjumpa dengan FINAL EXAM. Final Exam tu pun kawan baru aku. Tapi tak selalu lah jumpa. Sekali satu sem. Nak kata rindu tu takdelahh.. Kalau boleh nak suruh 'dia' cepat-cepat balik. Hahaha














Do wish me luck, kids! :D

LIKE pon bolehh! :D

2 contengan berhias:

J.Syazwana said...

gud luck yaw :D

eh single best ape. hehehe

wunny said...

hehe mekasih. kan kan? sepp! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...