Perubahan adakalanya baik dan adakalanya tidak. Semuanya bergantung kepada penilaian orang lain. Yelah, kalau bergantung kepada penilaian kita sendiri sudah tentu bagi kita perubahan yang kita buat itu baik. Mana ada orang yang berubah untuk menjadi tidak baik bukan? Semuanya hendakkan yang baik-baik belaka.
Boleh jadi perubahan yang kita lakukan berdasarkan beberapa faktor. Antara faktornya adalah daripada orang yang kita suka ataupun orang yang kita admire. Kalau boleh, kita nak jadi macam orang yang kita suka tu. Apa dia makan, apa dia buat dan lain-lain kalau boleh kita nak ikut. Ikut kata lainnya tiru. Tanpa kita sedar apa yang kita buat itu sebenarnya hanyalah dorongan perasaan semata-mata. Memang hati akan rasa bahagia kalau boleh kongsi rasa. Tapi selama mana?
Faktor lain daripada orang sekeliling. Benda ni senang jadi pada remaja-remaja. Diri aku termasuk sekali sebab aku kan remaja, kan? Yes! Tapi kalau boleh jangan lah sampai memudaratkan diri sendiri. Senang cerita bab berfesyen lah. Yang perempuan sibuk dengan gaya tudung yang kalau boleh gabak-gabak kat kepala tu. Salah pakai macam singa pula kan. Baju-baju yang cantik pada patung pun bantai beli. Sebab tengok patung tu pakai cantik, jadi dia pun belilah. Tapi lepas dah beli...(pandai-pandailah isi). Yang lelaki pula, aku tengok sekarang ramai pula mencedok gaya Korea. Hurm malas la nak ulas.
Kadang-kadang aku rimas tengok orang yang terlalu ikut flow ni. Apa yang dikejar aku pun taktahu. Tak jenuh ke? Tak penat ke? Haish! Aku yang tengok ni lemas dah.
Apa rasa bila diri sendiri disamakan dengan orang lain? Bangga? Mestilah bangga kan sebab boleh jadi orang pemess. Hmph.
Jangan buat satu-satu perkara kalau tak selesa. Jangan ikut orang lain kalau itu bukan diri kau. Nanti kau dah takde special. Tak semua perubahan itu bagus. Sebab bagi aku bagus itu bila kau jadi diri kau. Bukan jadi seorang yang bagus. Kerana seorang yang bagus tak semestinya bagus dimata orang lain.
Kesian kat kau. :(
It sucks when someone you know turns into someone you knew.
P/S: Sorry if ada antara korang yang terasa. Aku just bagi pendapat. But, if aku over react forgive me. Aku just cakap apa yang aku nampak. Aku geram sebenarnya dengan certain peoples yang cuba jadi orang lain, tanpa tahu yang diri sendiri lebih berbaloi untuk ditonjolkan. Be true to yourself. A reminder to myself. Bye.