Macam tahun-tahun sebelum ni, aku dan family beraya di Kedah. Takde tempat lain dah selain Kedah. Parents aku dua-dua orang Kedah. So, soal balik kampung siapa setiap tahun tu takde hal laaa..Hahaha. Tapi tahun ni ada kelainan sikit sebab buat pertama kalinya family aku balik sebelum hari raya. Sebabnya, adik aku yang belajar kat Muadzam Shah tu balik lambat. Tapi tak boleh salahkan dia jugak, yelah dia baru semester 1. Ikut je laa apa yang ditulis. Sebab ikutkan yang diberitahu hari Jumaat tu dia still ada class. So, dia ambil la tiket hari Sabtu. Tup-tup hari Jumaat dah boleh balik. Kalau aku, dah lama cabut balik awal. Aku pun ada jugak suruh dia ponteng kelas, tapi kena marah balik. Aiceh~ pelajar berdedikasi kununn..*batuk-batuk* ;p
Jadinya, hari Sabtu tu lepas tunggu adik aku balik terus balik kampung. *nyanyi lagu Balik Kampung*
First time jugak la aku berbuka puasa tepi jalan. Beli makanan awal-awal kat bazar sebab memang boleh agak la RnR mestiii penuh. Tambah-tambah lagi ikut jalan lama. Jammed ada la sikit. Tapi takde la sampai stuck tak bergerak-gerak.
adik aku lagi satu hilang. ahahaha ;p |
Officially sampai Sungai Petani around 11pm jugak. Singgah kat Jam Besar Sungai Petani tuu.. Seriously, aku memang tak suka keadaan busyyy macam tu. Pening kepala aku. Nak mengamuk pun ada sebenarnya. Huhu Happening memang la happening sampai pening aku. Lepas tu biarkan Mimi dan Pikah beli barang dorang. Kita orang yang lain pergi makan bihun sup kat situ. Abah lapar. Yelah tadi berbuka makan kuih gitu je.
Pukul 1am gitu sampai la kampung..apa lagi bersihkan badan anddd zzzz~ hihi
my family and atok. ;D |
Taraaa! Ni belah mak aku. Tahun ni kami berCOKLAT. Hehe.
Okay sekian cerita raya dari aku. Sekarang ni busy untuk preparation degree. Aicehh.. Last minute punya kerja deyyh..Yelah dulu postponed sume kerja ni semua sebab nak raya dulu. Hahaha
Babai dan assalamualaikum..! ;D