August 29, 2012

Raya tak habis lagi. ;D

Assalamualaikum kengkawan. ;D First of all nak cakap Selamat Hari Raya! Maaf zahir dan batin. Semoga di bulan baik ini kita saling memaafi satu sama lain.

Macam tahun-tahun sebelum ni, aku dan family beraya di Kedah. Takde tempat lain dah selain Kedah. Parents aku dua-dua orang Kedah. So, soal balik kampung siapa setiap tahun tu takde hal laaa..Hahaha. Tapi tahun ni ada kelainan sikit sebab buat pertama kalinya family aku balik sebelum hari raya. Sebabnya, adik aku yang belajar kat Muadzam Shah tu balik lambat. Tapi tak boleh salahkan dia jugak, yelah dia baru semester 1. Ikut je laa apa yang ditulis. Sebab ikutkan yang diberitahu hari Jumaat tu dia still ada class. So, dia ambil la tiket hari Sabtu. Tup-tup hari Jumaat dah boleh balik. Kalau aku, dah lama cabut balik awal. Aku pun ada jugak suruh dia ponteng kelas, tapi kena marah balik. Aiceh~ pelajar berdedikasi kununn..*batuk-batuk* ;p

Jadinya, hari Sabtu tu lepas tunggu adik aku balik terus balik kampung. *nyanyi lagu Balik Kampung*
First time jugak la aku berbuka puasa tepi jalan. Beli makanan awal-awal kat bazar sebab memang boleh agak la RnR mestiii penuh. Tambah-tambah lagi ikut jalan lama. Jammed ada la sikit. Tapi takde la sampai stuck tak bergerak-gerak.

adik aku lagi satu hilang. ahahaha ;p


Officially sampai Sungai Petani around 11pm jugak. Singgah kat Jam Besar Sungai Petani tuu.. Seriously, aku memang tak suka keadaan busyyy macam tu. Pening kepala aku. Nak mengamuk pun ada sebenarnya. Huhu Happening memang la happening sampai pening aku. Lepas tu biarkan Mimi dan Pikah beli barang dorang. Kita orang yang lain pergi makan bihun sup kat situ. Abah lapar. Yelah tadi berbuka makan kuih gitu je. 

Pukul 1am gitu sampai la kampung..apa lagi bersihkan badan anddd zzzz~ hihi

my family and atok. ;D
Tahun ni special sebab Abah pakai baju melayu. Hahaha. Before this Abah pakai baju jenis labuh tu je. ;D

Taraaa! Ni belah mak aku. Tahun ni kami berCOKLAT. Hehe.


chocolateyy on 2012 ;)

Tengahari camtu sesi tangkap-tangkap gambar. Macam-macam dari sesi setiap family, dengan menantu, dengan anak and dengan cucu. Oh yee..watak utama ialah Atok. Hehehe. So, setiap gambar ada Atok. ;))

Lepas Zohor, gerak pergi  family belah Abah pulak. Andd Raya Kedua malamnya, ada BBQ kat rumah family belah Abah aku ni. Gambar takde pulak. Hehe Kalau ada pun, hasil tag dari orang kat facebook. Hihi.

Hari raya kelima barulahh kami pulang ke rumah. Sebab adik aku nak balik dah Sabtu tu ke Muadzam Shah. Esoknya buat makan-makan sikit kat rumah. Tapi kawan-kawan adik aku tu je la yang datang. Sebab dorang kan da lama tak jumpa. Lama lah sangat kan. Hahaha ;p


Okay settle raya-raya belah family aku.

Lepas tu Ahad lepas malamnya, aku dengan kawan-kawan aku serbu rumah sorang kawan aku. Katanya ada makan-makan. Makan free haruslah pergi kan? hahaha


masa ni Amal dah balik sebab ngantuk. hehe







tenkiuuu nard, bagi duit rayaaa! ;D



Okay sekian cerita raya dari aku. Sekarang ni busy untuk preparation degree. Aicehh.. Last minute punya kerja deyyh..Yelah dulu postponed sume kerja ni semua sebab nak raya dulu. Hahaha 

Babai dan assalamualaikum..! ;D

LIKE pon bolehh! :D

3 contengan berhias:

aliazulkifli said...

adik ko student berdedikasi macam aku laaa. hehehehe :D

cik jannah said...

haiiippp. lamanya tak masuk sini. :(

wunny said...

alia: ye lettewww.. ;p

cik jannah: hai! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...