November 2, 2013

Tolong

Kau minta tolong
Tapi orang berpaling
Mohon jangan melenting

Kemudian kau berdoa menadah tangan
Meminta dia diberi balasan
Apa kau rasa betul tindakan?

Pernah tanya kenapa dia tak bantu?
Jangan hentam terburu-buru
Jangan terikut sangat amarahmu

Aku tahu kau orang berilmu
Malah lebih tahu dariku
Kaji dahulu sebelum mengulas sesuatu

Kita kawan
Jangan jadikan aku umpan
Untuk kau punya kepentingan


LIKE pon bolehh! :D

August 31, 2013

Erti merdeka

Terkenang diriku
Suatu ketika dahulu
Saat masih mentah
Penuh semangat menyambut hari merdeka
Meski tidak mengenal maksudnya sebenar

Namun, kemudiannya...

Telah banyak dipelajari melalui buku-buku
Diajar guru-guru
Penat pengorbanan parajurit terdahulu
Dalam usaha mendapat merdeka itu

Semoga aku bisa menghargainya
Bisa aku mengertinya
Merdeka itu sendiri luas maknanya
Bukan hanya negara, juga pada minda
Bebas kita dari penjajah

Selamat hari merdeka, Malaysia ku sayang.


LIKE pon bolehh! :D

August 26, 2013

Tak rapat jangan dekat

Bergurau biar berpada,
Jangan ada yang terasa.

Tak semua benda kau boleh buat jenaka,
Takut ada hati yang terluka.

Hati orang jangan buat main,
Perasaan kita lain-lain.

Kau nampak dia ketawa mesra,
Kau tahu dia punya lara?

Hati-hati dengan hati,
Kau takkan mengerti.



Bergurau biar bertempat,
Jaga adab bersahabat.


LIKE pon bolehh! :D

August 24, 2013

Pengorbanan

Bila kau memberi dan menerima,
Adakah kau bahagia?
Bila kau memberi tanpa menerima,
Adakah kau derita?
Bila kau cuma menerima,
Adakah kau sengsara?

Bertanya dan bertanya
Maksud pengorbanan itu apa
Tapi cuma kau seorang tahu jawapannya
Ianya pabila kau rasa sakit demi bahagia dia

Ini bukan pasal cinta semata
'Dia' bisa jadi kau juga
Mungkin kau tak sedar ini semua
Nah ini aku bukakan mu mata

Pengorbanan seseorang usah disia
Kerna kau tak mengerti susahnya dia
Belajarlah menghargainya
Agar sakitnya itu tak menjadi luka






Pengorbanan dibalas dengan penghargaan,
Bersama kita ukir senyuman.


LIKE pon bolehh! :D

July 17, 2013

Pahitnya susah, manisnya pengalaman

Semua benda kalau diikutkan susah. Tak ada yang senang. Nak mandi pun susah kalau tak ada air. Nak makan pun susah kalau tak ada makanan. Susah susah dan susah. Tapi sesusah-susah nak mandi, nak makan tu, kita cari jugak alternatif lain untuk buat dia kan. Why not apply juga konsep yang sama untuk benda yang lain?


Please..jangan susahkan benda yang remeh.

Kadang-kadang peluang dah ada depan mata. Kita tak nampak. Atau mungkin saja buat-buat tak nampak. Untung kalau ada teman yang tolong tunjukkan jalan. Buka mata luas-luas. Optimistik bukan pesimistik.


Sebabnya kadang-kadang ada benda yang kita tak perlu pun pandang, tapi kita terpandang juga. Akhirnya, benda-yang-tak-perlu-pandang tu jadi titik fokus kita. 




Stop making an excuses. Start create your way of success.



 p/s: Salam Ramadhan, semua. Seronok dapat puasa di rumah. Alhamdulillah. :)

LIKE pon bolehh! :D

May 30, 2013

That time. Just missing.

I'm just missing the old times.

I miss the old us.

The 'US' that we used to be.

Just missing those moments.

The time when we have nothing.

The time when we are nobody.

The time when we only have each other.

That time.

That time.

That time!

When you see me not as your enemy.

When you talk to me like I am your best friend.

When we laugh at the stupid jokes we made.

When we share our problems together.

When we talk about whatever we want.





Could we have all  those great times back?

Am I being selfish?

Or maybe I have to accept the reality..

People change.

Me or you? Or maybe me and you.






LIKE pon bolehh! :D

February 23, 2013

Diskriminasi

Lain kali jangan cakap pasal Diskriminasi.,
Kalau kau sendiri tak tahu makna dan erti.


Lain kali jangan cakap pasal Diskriminasi,
Kalau kau sendiri tak cuba pelajari.



Lain kali jangan cakap pasal Diskriminasi,
Kalau cuma bisa bertempik dan berkelahi.



Lain kali jangan cakap pasal Diskriminasi,
Kalau cuma tahu menunding jari.



Lain kali jangan cakap pasal Diskriminasi,
Kalau itu memang engkau si empunya diri.




Kita selalu menyalahkan masyarakat. Tapi kitalah masyarakat itu.
Sedar?


LIKE pon bolehh! :D

February 22, 2013

Buah tangan untuk mata. eh!

Assalamualaikum! Harini entah mood apa boleh rajin tung-tang-tung-tang kat dapur pepagi morning lagi. Sangatlah pelik dan hairan. Selalu nya kalau tung-tang kat dapur aku suka buat tengah-tengah malam. Haa mana lah mak aku tak marah kan. Orang nak tidur lah, baru nak pergi dapur. Tapi masa orang pergi dapur, kau tidur. Ehh!  Aahahaha 

Taraaaaa! 


Sisi paling hensem


Cukuplah satu je gambo nye. Nak tunggu sejuk dulu. Marilah berdoa semoga rasa nya sedap. Aku ni bukan betul, kang aku sorang je sedap. Orang lain rasa tak sedap. Huh. 

Eh kan tadi kata buah tangan kan. Ni buah tangan untuk korang sepanjang aku balik kampung kat Kedah. Buah tangan untuk mata lah kiranya. Err paham? Buat-buat paham je la ye. Kikiki

Andd kalau kami sekeluarga tak macam dinosaur japg, sempat lah kek ni nak sampai kampung. Hehehe


Okay nak pergi packing baju. Phew~ Padahal balik 3 hari je pong!








notakecik: Kesian student letrik UiTM Shah Alam kan..kalau tak mesti harini dah boleh daftar kelas. Kenapa kena tukar code kursus? *monolog dalaman*




notakeciklagi: Eh kalau aku tak bagitau korang nama kek tu, tau ke kek apa tu? Muehehe

LIKE pon bolehh! :D

February 21, 2013

Jalan lurus tapi kenapa kita jatuh juga?


bila buat jahat, kenapa nak salahkan syaitan?
bila benda diharap tak menjadi, kenapa nak salahkan takdir?



Satu topik yang selalu orang katakan. PERUBAHAN. Either for good or bad. Tapi aku bukan nak cakap pasal perubahan kearah kebaikan atau sebaliknya. You know when we talk about ‘perubahan’, there will always be a reason why people do so. Atau lebih tepat menyalahkan orang lain.


Tapi selalu nya benda-benda ini terjadi bila perubahan tu daripada baik kepada jahat. Contoh paling senang, dulu dia baik(korang listkan segala yang baik-baik) tapi sekarang kau jumpa dialah ketua samseng, ketua penyamun dan bla-bla-bla(listkan yang jahat-jahat). Lebih kurang gitulah konsepnya.



Bila kau tanya “Kenapa kau dah berubah ni?”. Takkan lah dorang nak cakap “Aku memang jahat. Dulu-dulu tu aku berlakon je buat-buat baik.” Setakat ni aku tak pernah jumpa lagi orang cakap macam itu. Dorang mesti cakap yang dorang berubah sebab desakan hidup, sebab Allah dah takdirkan untuk dia, atau paling best dorang salahkan syaitan.


One of my lecturer pernah cakap; kita ni suka salahkan syaitan bila buat jahat sampai syaitan cakap “Asyik-asyik I, asyik-asyik I yang manusia salahkan!” Haaa! khelasss kau syaitan cakap omputih.


Kenapa kita tak pernah cuba salahkan diri sendiri. Bukankah setiap satu perbuatan kita, kita diberi pilihan. ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Kita yang bertanggungjawab atas setiap perbuatan kita. Sebab kita sendiri yang buat pilihan tersebut. Tak kisahlah masa yang diberi tu cukup atau tak untuk kita buat pilihan bijak. Macam kita jawab exam. Bila dah habis masa, kita hantar jawapan. Lepas tu redha lah apa keputusannya. Kita dah berusaha sehabis baik. Usaha sebelum redha tu sebaiknya. Bukan 100% berharap pertolongan Allah tanpa berusaha sendiri.

image from google



Kita diatas jalan yang lurus, tapi kita sering jatuh. Salah kita atau salah jalan tu?




tulis sikit: cuti dah nak habis. hai sem 4! ;)

LIKE pon bolehh! :D

February 11, 2013

Dugaan Lepas Eksesais


Assalamualaikum kekawan. Sekarang tengah cuti semester. Wah rasa sekejap sangat satu semester dah berlalu. And now tengah membilang hari untuk keluar result. Brrr~

A few weeks ago rajin pergi jogging teman mak. Adik aku, Ana pun join jugak. Abah join breakfast je.
 -___-



Terasa lah badan sihat lepas buat aktiviti macam tu. Tapi tapiii.. mak saja je menggoda selera anak-anak nya. Plan masak sedap-sedap. Macam harini sepatutnya nak masak nasi ayam. Well, yang ni aku yang request. Tapi abah beli kepsi pulak, cancel lah masak nasi ayam. Tunda ke esok nya. Esok mak cakap nak buat pudding sagu gula Melaka gitu la nama nya. Homaii rugi ah jogging-jogging semua ni.



And..Ana meluahkan frust nya selepas Mak membentangkan plan menu nya untuk esok,

Ana: Eee Mak ni..buat penat lah jogging semua tadi..

Mak: Apa salahnya? Habis tu takyah makan? *nada kerek yang mak selalu buat ;p*



Kuatkan semangat je lah. Aha.

LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...