February 21, 2013

Jalan lurus tapi kenapa kita jatuh juga?


bila buat jahat, kenapa nak salahkan syaitan?
bila benda diharap tak menjadi, kenapa nak salahkan takdir?



Satu topik yang selalu orang katakan. PERUBAHAN. Either for good or bad. Tapi aku bukan nak cakap pasal perubahan kearah kebaikan atau sebaliknya. You know when we talk about ‘perubahan’, there will always be a reason why people do so. Atau lebih tepat menyalahkan orang lain.


Tapi selalu nya benda-benda ini terjadi bila perubahan tu daripada baik kepada jahat. Contoh paling senang, dulu dia baik(korang listkan segala yang baik-baik) tapi sekarang kau jumpa dialah ketua samseng, ketua penyamun dan bla-bla-bla(listkan yang jahat-jahat). Lebih kurang gitulah konsepnya.



Bila kau tanya “Kenapa kau dah berubah ni?”. Takkan lah dorang nak cakap “Aku memang jahat. Dulu-dulu tu aku berlakon je buat-buat baik.” Setakat ni aku tak pernah jumpa lagi orang cakap macam itu. Dorang mesti cakap yang dorang berubah sebab desakan hidup, sebab Allah dah takdirkan untuk dia, atau paling best dorang salahkan syaitan.


One of my lecturer pernah cakap; kita ni suka salahkan syaitan bila buat jahat sampai syaitan cakap “Asyik-asyik I, asyik-asyik I yang manusia salahkan!” Haaa! khelasss kau syaitan cakap omputih.


Kenapa kita tak pernah cuba salahkan diri sendiri. Bukankah setiap satu perbuatan kita, kita diberi pilihan. ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Kita yang bertanggungjawab atas setiap perbuatan kita. Sebab kita sendiri yang buat pilihan tersebut. Tak kisahlah masa yang diberi tu cukup atau tak untuk kita buat pilihan bijak. Macam kita jawab exam. Bila dah habis masa, kita hantar jawapan. Lepas tu redha lah apa keputusannya. Kita dah berusaha sehabis baik. Usaha sebelum redha tu sebaiknya. Bukan 100% berharap pertolongan Allah tanpa berusaha sendiri.

image from google



Kita diatas jalan yang lurus, tapi kita sering jatuh. Salah kita atau salah jalan tu?




tulis sikit: cuti dah nak habis. hai sem 4! ;)

LIKE pon bolehh! :D

3 contengan berhias:

Unknown said...

hehehe .. kelas syaiton tuuu .. hahaha .. terbaikk !! =D

vblogklasik said...

'Kita diatas jalan yang lurus, tapi kita sering jatuh. Salah kita atau salah jalan tu?'

Mungkin salah kita. Apa2 bukan salah ibu mengandung :D

wunny said...

Alia Az: haha kan..khelass gitu! ;D

Fikri: ibu kita takda kena mngena lah. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...