June 26, 2014

Imunisasi hati. Imunisasi rasa.

Mulanya aku tak kisah. Tapi baru tadi ada orang tegur. Lepas tu aku terfikir. Teruk sangat ke sampai ada orang yang tegur.

X: Macam mana eh kau boleh tahan dengan dorang?
Aku: Eh kau pun tahu dorang macam tu? Err macam mana eh kau tahu?
X: Dah dua tempat Wani..dorang buat benda yang sama. Teruk lah.
Aku: Hmm

Lepas tu aku duduk berfikir. Betullah teruk macam tu. Aku rasa aku dah imun nak terasa hati dengan dorang.

Takde niat nak cakap orang lain buruk, aku sorang je bagus. Tak pun. Tapi hidup ni kau kena dengar jugak orang lain punya pandangan.

Tak perlu pun jadi optimistik setiap masa.

Apa best sangat ke kalau korang je duduk,
Tapi aku sana sini sibuk.

Apa best sangat ke kalau korang je busy,
Tapi aku sibuk uruskan semua sendiri.

Don't test my patience.

Aku ni bukan nya suka marah orang. Jadi pemarah tak bagus pun. Tapi dah aku sendiri rasa penat. Tak dihargai pulak tu. Apa aku ni takde hati ke?


LIKE pon bolehh! :D

June 18, 2014

Betullah hati kita memang berbolak-balik

Betul orang kata.
Kalau sayang, jangan sayang sangat.
Kalau benci, jangan benci sangat.

Mana kami sangka orang yang kami tak suka dahulu tu lah yang paling kami serasi.

Tak kenal maka tak cinta.

Allah tu Maha Mengetahui.
Setiap yang terjadi ada hikmahnya.

Doakan kami disini.
:')


LIKE pon bolehh! :D

April 14, 2014

Cherating Lawatan Industri.

Pada mulanya takda mood sangat nak pergi. Ada lah problems yang tak best jadi. 

Menyampah betul dengan manusia yang banyak muka ni. Tak tahu nak tampar muka yang mana satu. 


Yang pesen buat muka pun satu hal. Sikit-sikit nak mengungkit. Sikit-sikit nak menjeling sambil mulut tak henti potpet. Amende doh? 


Lelaki perempuan sama je.



Eh yang atas tu pakai hood merah tu lecturer kami. Sporting habis. Kaki selfie juga. Hahaha







Tapi takpa, kami tahu nak hargai penat lelah orang yang organize program ni. We had a great time there. Alhamdulillah. Thank you semua. :))

LIKE pon bolehh! :D

March 29, 2014

Seoul Garden lah kiteee.

Ohkay. Ni cerita baru jadi Rabu lepas. Kami bertujuh ber-dating bersama. First time kami keluar bertujuh kalau tak silap. Selalunya berlima saje. Tapi sem ni ada pertambahan 2 ahli baru. Wiwiwi~

Memasing eksaited nak pergi Wednesdate ni. Habis kelas pukul 12tengahari tu terus pecut pergi Setia City Mall. Kalau harap aku sorang, memang tak jumpa la mall tu. Aku bukan jenis ingat jalan. Harhar





Ni bajet kiut je. Sorry. Kakaka

Ni kami berlima pada asalnya.

Ni pulak 2 orang ahli baru. Ehehe






Senaman sikit lepas makan banyak. Ahaha

;)
Best sangat keluar dengan dorang semua. Nanti kita pergi lagi ye. Hihi. Nak cakap sorry pada customer SG masa kami makan situ kot-kot ktorang bising or kecoh sangat. ><'
Thanks Falah belanja kami icecream Mekdi.  :*

Andddddd thanks to Dayah sebab bagi aku and Bella hadiah birthday. Walaupun birthday ktorang dah lepas dua minggu. Hahaha

Comel bear kaki panjang ni! :D



Thanks semuaaaaaa! :***





LIKE pon bolehh! :D

March 28, 2014

Dua-Tiga diriku. :)

Assalamualaikum. Lama tak singgah coret-coret disini. Kekeringan idea nak berblog ni. tapi ber-coolblog aku on selalu. Kahkah. K tak lawak.

Alhamdulillah 14 March lepas aku dah berusia 23 tahun. Tak sangka umur aku dah tua. Sobs. Kena mengaku lah dah tua. Heharapnya fikiran aku pun matang lah jugak. Hahah

Birthday aku jatuh hari Jumaat tahun ni. Bersemangat je rasa nak pergi kelas. Kakaka
Yelah seronok ramai orang wish birthday kat kitew. Lepas habis kelas pagi tu Bella belanja makan Resepi Rahsia. Bella belanja ktorang. Maceh Bella. Terharu I. :')







Oh ya. Birthday Bella 2 hari before birthday aku. Hihi so suwittt~

Lepas dah makan semua, aku balik rumah sewa kejap sementara tunggu kelas petang tu pukul 3. Boleh bayang betapa mengantuknya lepas makan kenyang-kenyang. Aku sedar-sedar je dah pukul 2.59 petang! ohdem!
Selepas berfikir dengan matangnya, aku pun teruskan niat pergi kelas. Hahaha pukul 3.45 baru aku masuk kelas. Ini first time aku masuk kelas lambat macamni. Dengan tersesat cari lab lagi. Isk. Matang nya aku rasa bila aku memilih untuk datang kelas instead of gerak balik rumah kat KKB. Berkat umur 23 kot. Kah sangat! Classmates semua dok bahan. Terpaksa la tebalkan muka. Birthday girl kan. Ceh. Not girl anymore patutnya. =.='

Lepas habis kelas pukul 5 petang, lepas selesai solat semua baru lah aku gerak balik KKB. Esoknya abah belanja Resepi Rahsia lagi. Mihihi tenkiuu~ :))

Isnin lepas tu, housemates pulak bagi surprise.



Agak-agak apa ada dalam box tu? Hahaha. Ada ke patut dorang bagi aku glove untuk masak tu and socks. Reasons dorang bagi glove; katanya aku suka baking cakes and bla bla. Socks; sebab aku suka pakai stokin bila tidur. Unik betul. Thanks anyway! ;) xoxo



ALHAMDULILLAH. :)






LIKE pon bolehh! :D

February 28, 2014

Lari

Korang hebat dalam berlari tak?
Mungkin kau juara dalam larian
Pemenang merentas desa
Johan marathon
Supporters tegar larian amal
Si jaguh yang handal
Ataukah cuma orang yang..
Lari dari kekusutan?
Lari dari beban?
Lari dari kesunyian?
Lari dari tanggungjawab?
Lari dari masalah?
Apa mungkin boleh menjulang piala?
Apa bisa diberi penghargaan?
Apa tenang menghadapi kehidupan?
Apa boleh kau kembali senyum?
Lari memang senang
Kau angkat kaki dan beredar
Ibaratnya kau temui jalan keluar
Tapi aneh kenapa kau sering bergusar?
Aku terkadang rasa aku orang itu
Lari lari dan lari
Sangkaku sudah hampir ke penamat
Rupanya masih di garisan permulaaan
Sayangnya...

LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...