March 28, 2014

Dua-Tiga diriku. :)

Assalamualaikum. Lama tak singgah coret-coret disini. Kekeringan idea nak berblog ni. tapi ber-coolblog aku on selalu. Kahkah. K tak lawak.

Alhamdulillah 14 March lepas aku dah berusia 23 tahun. Tak sangka umur aku dah tua. Sobs. Kena mengaku lah dah tua. Heharapnya fikiran aku pun matang lah jugak. Hahah

Birthday aku jatuh hari Jumaat tahun ni. Bersemangat je rasa nak pergi kelas. Kakaka
Yelah seronok ramai orang wish birthday kat kitew. Lepas habis kelas pagi tu Bella belanja makan Resepi Rahsia. Bella belanja ktorang. Maceh Bella. Terharu I. :')







Oh ya. Birthday Bella 2 hari before birthday aku. Hihi so suwittt~

Lepas dah makan semua, aku balik rumah sewa kejap sementara tunggu kelas petang tu pukul 3. Boleh bayang betapa mengantuknya lepas makan kenyang-kenyang. Aku sedar-sedar je dah pukul 2.59 petang! ohdem!
Selepas berfikir dengan matangnya, aku pun teruskan niat pergi kelas. Hahaha pukul 3.45 baru aku masuk kelas. Ini first time aku masuk kelas lambat macamni. Dengan tersesat cari lab lagi. Isk. Matang nya aku rasa bila aku memilih untuk datang kelas instead of gerak balik rumah kat KKB. Berkat umur 23 kot. Kah sangat! Classmates semua dok bahan. Terpaksa la tebalkan muka. Birthday girl kan. Ceh. Not girl anymore patutnya. =.='

Lepas habis kelas pukul 5 petang, lepas selesai solat semua baru lah aku gerak balik KKB. Esoknya abah belanja Resepi Rahsia lagi. Mihihi tenkiuu~ :))

Isnin lepas tu, housemates pulak bagi surprise.



Agak-agak apa ada dalam box tu? Hahaha. Ada ke patut dorang bagi aku glove untuk masak tu and socks. Reasons dorang bagi glove; katanya aku suka baking cakes and bla bla. Socks; sebab aku suka pakai stokin bila tidur. Unik betul. Thanks anyway! ;) xoxo



ALHAMDULILLAH. :)






LIKE pon bolehh! :D

0 contengan berhias:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...