June 27, 2012

Benci Tak Bersebab.

Assalamualaikum kawan-kawan semua. Lama tak jumpa korang! :D


Pernah tak korang jumpa orang tiba-tiba korang rasa tak suka dia? Pernah kan? I bet mesti pernah punyaaa..contohnya macam Fasha Sandha. Eh? ;p

Masa kecik-kecik dulu means masa aku tadika lah. Tiba-tiba masa aku sampai sekolah, ada someone ni suruh aku jangan kawan dengan kawan aku yang sorang ni. Sebab nya korang nak tahu tak apa? Sebabnya kawan aku yang sorang ni kulit dia gelap. What a stupid reason.  Tak lama lepas tu rumors ni tersebar.. kesian kawan aku tu tiba-tiba kena pulau.


Kawan 1: Eh kalau dia cakap dengan kita macam mana? (dulu-dulu guna ‘kita-kita’ okay :P)
Kawan 2: Alaaa kau kawan je olok-olok. 

Istilah kawan olok-olok tu memang pemes kan dulu? Hahaha. It means kawan main-main. Bukan kawan untuk main-main. Tapi kawan bukan betul-betul. Alaa pepaham sendiri la k. :D

Tapi aku dulu pun bodoh jugak ikut je. Tapi rasa nya benda ni tak lama. Sebab lepas tu kami kawan balik. Biasa la bebudak kannnn.


Benci tak bersebab.


Kalau budak-budak kecik buat benda-benda macam ni boleh la dimaafkan. Ni kalau dah dewasa pun buat perangai sama macam budak kecik tu sangat tak matang okay.

Takkanlah sebab kawan kau tak kawan dengan dia, kau pun kena tak kawan dengan dia? Apa yang dia buat dekat kau sampai kau taknak tegur dia? Selisih bahu pun buat tak tahu saje? Biarlah personal problem kawan kau tu dia selesaikan sendiri. Tak perlu nak ajak orang lain join problem dia. Bosan betul tengok kejap kawan, kejap tak kawan. Childish enough.


Bagi aku, kalau kawan aku tak suka sorang kawan tu. Aku takde la join membabi-buta benci kawan tu. Tanya dulu apa sebab dia. Kalau rasa macam takde sebab aku nak benci dia, aku go on kawan dengan dia. Lain lah kot-kot nanti dia buat benda yang membencikan aku ke kan. Then, waktu tu barulah takyah kawan. And, aku tak kisah pun kalau kawan aku berkawan dengan orang yang aku tak berapa suka.


Tapi ayat ‘takyah kawan’ tu sangat childish kan? Huh~ dah la jom semua matang!


jom la kita jadi macam Spongebob and Patrick ni. *hugs reramai* <--pompuan je.hihi



LIKE pon bolehh! :D

June 21, 2012

Cerita Ceriti Kita Masa Kecik-Kecik

Assalammualaikum kawan-kawan semua. Tak kisah lah awak kenal kita ke tidak. :P




Haaa..Blog kita ni dah bertukar baju. Semoga dengan tertukarnya baju ini, membolehkan tuan empunya blog mengupdate selalu blog nyee..Aku lah tuu~ Sebenarnya aku tak tahu nak update apa. Puas dah aku perah otak ni. Otak aku dah berkarat sikit sebab terperap dalam rumah je. Jarang keluar rumah. Apatah lagi beriadah. Aiyoo~ Ada satu hari tu baru plan dengan adik aku nak pergi jogging. Bila bukak pintu rumah je, JEREBU pulak. Tutup pintu. Duduk rumah. Tengok tv. ==’

Sebenarnya aku nak cerita pasal aktiviti aku dan adik-adik aku masa kecik-kecik dulu. Kami ni semuanya perempuan dan aku yang sulung. Haritu terbukak cerita pasal memori-memori ni. Bila ingat balik memang kelakar. Bagi kami la. Korang aku tataw la. Heh. ;p


Kecik-kecik dahulu kami berempat suka betul masuk bilik air ramai-ramai. Means, empat-empat sekali masuk dalam tu. Haaa tu waktu kecik-kecik laa. Entah kenapa dulu tu rasa bilik air tu macam besar gila. Padahal takde la besar sangat. Dah nama pun bilik air kan..Hehe Okay meh nak sambung cerita lagi. Yang aku masih ingat kami pernah buat ni..




riangnyaaaaaaaaaaa! ^^



 Main slide-slide dalam bilik air.
  • Caranya ialah sabun tu kita tonyoh-tonyoh kat lantai. Dulu pakai sabun buku tu haa..Ni kalau mak aku taw ni, habis kitorang! >< Lepas tu ikut turn slide. Perasaan masa tu memang best la. Ala-ala main gelongsor air tuuu. HAHA


    Bawak masuk portable pool.
  • Ahaa macam aku cakap tadi, kitorang bayangkan bilik air tu besar. Tu pasal portable pool pun kitorang angkut masuk. Tapi kena bawak masuk curi-curi lah. Pastu kena tiup sendiri. Penat woo! Masa tu tak reti guna pam lagi. Apatah lagi nak suruh abah tiupkan. Kang tak boleh la bawak masuk pool tu.



  Bawak masuk colour pencil.
  • Ni aku tataw la adik-adik aku ada buat ke tak. Tapi aku lah yang buat. Dinding bilik air tu la aku conteng. Sebab ada tiles la aku berani conteng-conteng dalam tu. Bebajet boleh padam habis la. Haha padahal kesan contengan tu kalau tengok betul-betul still ada kot. Yang pelik nya aku tulis subject sekolah agama kat situ. Entah aku pun tak paham apa aku buat. Hehe



    Buat-buat banjir.
  • Ni pun pernah kitorang buat. Senang je caranya. Tutup lubang air keluar. Pastu biarkan air terpasang. Haaa jadi lah banjir! Feeling best bila masa kita jalan tu air penuh kaki. Huihh best! Hahaha Tapi sebenarnya cuak jugak kot-kot air tu terkeluar dari bilik air tu. Kantoi laaa.. 



   Bawak masuk radio.
  • Ni aku je kot.  Tapi radio kecik je. Yang pakai bateri tuu. Dulu-dulu sekolah rendah aku suka dengar lagu masa mandi. Tapi aku selalu buat masa pagi laa. Dah la kena bangun pukul 6pagi. So, bila dengar lagu masa mandi kekonon lagi segar. Tapi part tak best bila lagu Misha Omar yang Pulangkan. Cepat-cepat aku habiskan mandi aku. Spoil betul! Yelah masa tu dah la tengah gelap lagi, dengar pulak lagu seram cenggitu. Hishhh~





Okay dah habis dah memori yang aku ingat. Setahu aku ini je la aktiviti kitorang dulu. Bising jangan cakap lah. Sampai abah aku and mak aku marah-marah suruh mandi cepat-cepat. Hehehehe ke korang dulu pun macam ni gak? xD


LIKE pon bolehh! :D

June 6, 2012

Jodoh yang Tak Berapa Nak Ada.

Assalamualaikummmm! <--tanda seru maknanya tengah jerit kuat-kuat.
Hehe ada orang lagi ke nak jenguk blog kita ni? *tutup muka* Okay, berdasarkan tajuk atas tu aku nak habaq kat hampa suma pasai benda-benda yang selalu jodohnya tak panjang dengan aku. Hmm okay tak aku speaking utara? Well, aku lahir kat Kedah kot. Hehehe.. Jodoh dengan lelaki tu cerita lain okay. Takda kena mengena dalam ini ceritaaa! Hahaha..Berikut adalah benda-benda yang amat bermasalah untuk aku. 








Ni lah tudung kelabu aku yang kena makan dek iron tuu. Sedeyyy~ 




1. Tudung kelabu
Tak kisahlah tudung jenis apa pun. Aku memang suka colour kelabu ni. Sebab senang matching dengan semua colour. First tudung kelabu aku beli, memang teruja la. Rasa nak pakai selalu je. Haha padahal pemalas nak iron tudung lain. :P Bukan apa, kalau pakai tudung hitam nanti aku boring. Dah laa kitorang adik-beradik pernah digelar 'Gagak Hitam' oleh parents kitorang sebab dulu-dulu asal keluar je semua pakai tudung hitam. Sekarang ni, aku dah keluar dari GH tuu. Adik-adik aku je still tak berubah-ubah. Okay, berbalik cerita tudung kelabu tu..Tak sampai lima kali kot aku pakai tudung tu, dah berlubang akibat iron. Hancur hatikuu~ wuuuu.~~ Yang buat aku tertanya, sampai sekarang aku tak buang tudung tu. Walhal bukan boleh pakai lagi punnn. Tragik kan? Hmm.. Selepas tu, aku beli lagi tudung kelabu. Nasib baik tudung tu masih bertahan sampai sekarang. Cuma adalah benang dia macam terkeluar sikit. Tapi yang tak best nya tudung tu bila pakai tak menjadi lah. Dah la tabiat aku kalau pakai tudung bawal, memang tak berapa kisah senget ke apa ke. Aku bukan jenis belek tudung lama-lama depan cermin. Kadang-kadang aku pakai shawl tu takyah tengok cermin pun. Tu selalu nya kat dalam surau la. Kan kalau lepas solat, semua orang berebut-rebut pergi depan cermin. Aku tak berapa suka sesak-sesak gitu..












Aku tak pernah try lagi pakai mouse cenggini. Ermm boleh rosak tak mouse camni?




2. Mouse
Haa ni lagi satu hal. Mouse ataupun tetikus. Dah berpuluh-puluh (sesaje nak hiperbola) aku beli, tak pernah satu pun melekat or tahan lama. Aku pun tak faham lah. Tapi kalau aku pakai mouse orang lain, okay la pulak. Tak kiralah murah ke mahal aku beli, still tak tahan lama. So, ini membantutkan hasrat untuk main game lelama. Alaahhh, main The Sims kalau takde mouse tak feel kot. Tapi tu dulu laa..Sekarang tak main dah. Yelaaa Facebook dah takde. Kalau tak menganga depan laptop je la kannn..












Kasut ni laa yang tercabut tapak tu. Haha puihhh la~ aku tak pakai kasut cenggini pergi kelas k. Buat penat kaki aku nak melangkah je.




3. Kasut
Sejak masuk UiTM, aku tataw berapa banyak kasut yang aku pernah ada. Kalau orang lain, kasut dari sem 1 boleh simpan sampai sem 6. Aku? Memang taklah..Bukan sebab aku ni suka buang-buang kasut weh~ Memang kasut-kasut yang aku beli semuanya tak kekal lama. Asal aku balik rumah bila cuti, dialog mak aku yang common pasal kasut la "Ishhh kasut baru lagi. Aaaaasyik beli kasut." Padahal mak aku bukan tahu anak dia ni kaki spesies apa. Hehe sebenarnya aku pun tataw kaki aku ni kenapa. Ganas betul kaki aku. Haha boleh kaki ganas? xD Pernah je sekali tu aku dah lambat nak pergi kelas, masa tu aku duduk Mutiara(hostel dekat luar). So, kenalah naik bas untuk ke kelas. Dah sampai kat bus stand tu baru aku perasan kasut aku dah tercabut tapak. Takkan aku nak patah balik kan. Dah la panas, jauh pulak tuuu. Dengan susah-payahnya aku jalan. Sambil cover-cover taknak bagi orang perasan betapa kroniknya kasut aku tu. Nasib baik dalam bas tu tak ramai orang. Lepas tu aku terpaksa pinjam kasut member(dia duduk hostel dalam kampus) aku sebaik saja aku dah sampai kampus. Kawan-kawan aku pun perasan tentang masalah kasut dan aku. Aku pun tataw punca sebenar. Kaki aku ni demand kot. == Sekarang sementara duduk rumah ni boleh la berjimat beli kasut. Hahaa jimat ke?










Aku tataw la kot-kot orang lain pun ada masalah macam aku ni ke kan..Hahaha kalau sama boleh la kita geng! ;D








LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...