June 21, 2012

Cerita Ceriti Kita Masa Kecik-Kecik

Assalammualaikum kawan-kawan semua. Tak kisah lah awak kenal kita ke tidak. :P




Haaa..Blog kita ni dah bertukar baju. Semoga dengan tertukarnya baju ini, membolehkan tuan empunya blog mengupdate selalu blog nyee..Aku lah tuu~ Sebenarnya aku tak tahu nak update apa. Puas dah aku perah otak ni. Otak aku dah berkarat sikit sebab terperap dalam rumah je. Jarang keluar rumah. Apatah lagi beriadah. Aiyoo~ Ada satu hari tu baru plan dengan adik aku nak pergi jogging. Bila bukak pintu rumah je, JEREBU pulak. Tutup pintu. Duduk rumah. Tengok tv. ==’

Sebenarnya aku nak cerita pasal aktiviti aku dan adik-adik aku masa kecik-kecik dulu. Kami ni semuanya perempuan dan aku yang sulung. Haritu terbukak cerita pasal memori-memori ni. Bila ingat balik memang kelakar. Bagi kami la. Korang aku tataw la. Heh. ;p


Kecik-kecik dahulu kami berempat suka betul masuk bilik air ramai-ramai. Means, empat-empat sekali masuk dalam tu. Haaa tu waktu kecik-kecik laa. Entah kenapa dulu tu rasa bilik air tu macam besar gila. Padahal takde la besar sangat. Dah nama pun bilik air kan..Hehe Okay meh nak sambung cerita lagi. Yang aku masih ingat kami pernah buat ni..




riangnyaaaaaaaaaaa! ^^



 Main slide-slide dalam bilik air.
  • Caranya ialah sabun tu kita tonyoh-tonyoh kat lantai. Dulu pakai sabun buku tu haa..Ni kalau mak aku taw ni, habis kitorang! >< Lepas tu ikut turn slide. Perasaan masa tu memang best la. Ala-ala main gelongsor air tuuu. HAHA


    Bawak masuk portable pool.
  • Ahaa macam aku cakap tadi, kitorang bayangkan bilik air tu besar. Tu pasal portable pool pun kitorang angkut masuk. Tapi kena bawak masuk curi-curi lah. Pastu kena tiup sendiri. Penat woo! Masa tu tak reti guna pam lagi. Apatah lagi nak suruh abah tiupkan. Kang tak boleh la bawak masuk pool tu.



  Bawak masuk colour pencil.
  • Ni aku tataw la adik-adik aku ada buat ke tak. Tapi aku lah yang buat. Dinding bilik air tu la aku conteng. Sebab ada tiles la aku berani conteng-conteng dalam tu. Bebajet boleh padam habis la. Haha padahal kesan contengan tu kalau tengok betul-betul still ada kot. Yang pelik nya aku tulis subject sekolah agama kat situ. Entah aku pun tak paham apa aku buat. Hehe



    Buat-buat banjir.
  • Ni pun pernah kitorang buat. Senang je caranya. Tutup lubang air keluar. Pastu biarkan air terpasang. Haaa jadi lah banjir! Feeling best bila masa kita jalan tu air penuh kaki. Huihh best! Hahaha Tapi sebenarnya cuak jugak kot-kot air tu terkeluar dari bilik air tu. Kantoi laaa.. 



   Bawak masuk radio.
  • Ni aku je kot.  Tapi radio kecik je. Yang pakai bateri tuu. Dulu-dulu sekolah rendah aku suka dengar lagu masa mandi. Tapi aku selalu buat masa pagi laa. Dah la kena bangun pukul 6pagi. So, bila dengar lagu masa mandi kekonon lagi segar. Tapi part tak best bila lagu Misha Omar yang Pulangkan. Cepat-cepat aku habiskan mandi aku. Spoil betul! Yelah masa tu dah la tengah gelap lagi, dengar pulak lagu seram cenggitu. Hishhh~





Okay dah habis dah memori yang aku ingat. Setahu aku ini je la aktiviti kitorang dulu. Bising jangan cakap lah. Sampai abah aku and mak aku marah-marah suruh mandi cepat-cepat. Hehehehe ke korang dulu pun macam ni gak? xD


LIKE pon bolehh! :D

13 contengan berhias:

✿ Yana Malieya ✿ said...

haha..lawak kot baca..ak pun pnah gk mnd gn kazen tme blik kg..hihi.. ;)

Unknown said...

naseb baik bukak pintu jer, JEREBU... jangan terkejut la, bukak2 pintu jer dahkat Jelebu... ahakz... bila lak gi NS... hahahahah

✿ Yana Malieya ✿ said...

haha..lawak laa weh..kntoi2..ak pun pnah gk kot mnd rmi2 cmtuu..gn kazen tme blik kg..ekekeke ;)

wunny said...

✿ Yana Malieya ✿: haha tu semua cerita muda muda duluu.. kikiki xD


sedutzone: aikk~ kalau dah ke JELEBU tu lain pulak cerita dia..haha

cik Lilis said...

comel jer masing masing time kecik :D

aliazulkifli said...

ishhh tak sangka ko camtu... haha =.='

wunny said...

cik Lilis: haha time kecik2 kita sume comel, bila dah besar alahaii.. ;p


alia: haha elelehh kau taknak cerita kau plak ke? :P

Nora Karim said...

hahah kelakar pulak baca... kenapa tak pernah buat cam gini yek masa kecik2 dulu... hm... teringin lak nak buat slide tu... hahahah tapi dah tuo bangko!!! huhuhu

wunny said...

Nora Karim: ekeke dulu imaginasi terlebih kot. tambah2 idea berempat~ >< tua pun still boleh buat, cuma nak ngan taknakk je. ;p

Nazatulwanis said...

ahaks .. kantoi ni kalau bakal mak mentua baca =D hehe .. nice2

wunny said...

Mawar berduri: kakakaa nanti kita nk ajar cucu dia main cemnii..hikhik ;D

izyantyPersonalTaste said...

sy kecik2 dlu suka masuk mandi dlm kolah air, feeling mandi kolam hahah...teruk giler kan pastu nak kena buang semua air balik.

wunny said...

izyantyPersonalTaste: hihi kita buat jugak tp tu time nk tukar air kolah laa.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...