February 21, 2013

Jalan lurus tapi kenapa kita jatuh juga?


bila buat jahat, kenapa nak salahkan syaitan?
bila benda diharap tak menjadi, kenapa nak salahkan takdir?



Satu topik yang selalu orang katakan. PERUBAHAN. Either for good or bad. Tapi aku bukan nak cakap pasal perubahan kearah kebaikan atau sebaliknya. You know when we talk about ‘perubahan’, there will always be a reason why people do so. Atau lebih tepat menyalahkan orang lain.


Tapi selalu nya benda-benda ini terjadi bila perubahan tu daripada baik kepada jahat. Contoh paling senang, dulu dia baik(korang listkan segala yang baik-baik) tapi sekarang kau jumpa dialah ketua samseng, ketua penyamun dan bla-bla-bla(listkan yang jahat-jahat). Lebih kurang gitulah konsepnya.



Bila kau tanya “Kenapa kau dah berubah ni?”. Takkan lah dorang nak cakap “Aku memang jahat. Dulu-dulu tu aku berlakon je buat-buat baik.” Setakat ni aku tak pernah jumpa lagi orang cakap macam itu. Dorang mesti cakap yang dorang berubah sebab desakan hidup, sebab Allah dah takdirkan untuk dia, atau paling best dorang salahkan syaitan.


One of my lecturer pernah cakap; kita ni suka salahkan syaitan bila buat jahat sampai syaitan cakap “Asyik-asyik I, asyik-asyik I yang manusia salahkan!” Haaa! khelasss kau syaitan cakap omputih.


Kenapa kita tak pernah cuba salahkan diri sendiri. Bukankah setiap satu perbuatan kita, kita diberi pilihan. ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Kita yang bertanggungjawab atas setiap perbuatan kita. Sebab kita sendiri yang buat pilihan tersebut. Tak kisahlah masa yang diberi tu cukup atau tak untuk kita buat pilihan bijak. Macam kita jawab exam. Bila dah habis masa, kita hantar jawapan. Lepas tu redha lah apa keputusannya. Kita dah berusaha sehabis baik. Usaha sebelum redha tu sebaiknya. Bukan 100% berharap pertolongan Allah tanpa berusaha sendiri.

image from google



Kita diatas jalan yang lurus, tapi kita sering jatuh. Salah kita atau salah jalan tu?




tulis sikit: cuti dah nak habis. hai sem 4! ;)

LIKE pon bolehh! :D

February 11, 2013

Dugaan Lepas Eksesais


Assalamualaikum kekawan. Sekarang tengah cuti semester. Wah rasa sekejap sangat satu semester dah berlalu. And now tengah membilang hari untuk keluar result. Brrr~

A few weeks ago rajin pergi jogging teman mak. Adik aku, Ana pun join jugak. Abah join breakfast je.
 -___-



Terasa lah badan sihat lepas buat aktiviti macam tu. Tapi tapiii.. mak saja je menggoda selera anak-anak nya. Plan masak sedap-sedap. Macam harini sepatutnya nak masak nasi ayam. Well, yang ni aku yang request. Tapi abah beli kepsi pulak, cancel lah masak nasi ayam. Tunda ke esok nya. Esok mak cakap nak buat pudding sagu gula Melaka gitu la nama nya. Homaii rugi ah jogging-jogging semua ni.



And..Ana meluahkan frust nya selepas Mak membentangkan plan menu nya untuk esok,

Ana: Eee Mak ni..buat penat lah jogging semua tadi..

Mak: Apa salahnya? Habis tu takyah makan? *nada kerek yang mak selalu buat ;p*



Kuatkan semangat je lah. Aha.

LIKE pon bolehh! :D

December 9, 2012

One Victory.


Assalamualaikum. Lama bebenor aku tak menjenguk blog ni. Ni pun curi sedikit masa nak update ni. Al-maklumlah banyak assignment kan. Banyak assignment pun sempat gak online and layan movie sedas dua. Hahaha 
Okay, nampak sangat lah yang aku ni malas nak update. ><'

Cut the story short. Banyak sangat merapu. 

28 November lepas, aku dah konvo dengan jayanya. Yeayy! <-- lompat- lompat
Tahniah kepada diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah satu kejayaan dah kita dapat. Kita tak dapat ANC pun takpa, dapat grad on time pun dah syukur. Setelah pelbagai liku-liku yang mencabar, telah selamat ditempuh. Kejayaan yang ditunggu selamat 3 tahun ni. Rasa macam kejap sangat lah pulak. Hahaha. Kejap tak kejap jugak lah, umur pun dah bertambah. 20s already! muehehe

Oh ya..Konvokesyen untuk students UiTM Penang diadakan kat UiTM Shah Alam. Malas nak cerita sebab apa, karang panjang pulak explanation aku. Oh satu lagi, kami sesi petang. Students Fakulti Kejuruteraan Elektrik and Perladangan gitu la kot. Tak ingat dah. Haha


Layan je la gambar seketul dua ni. 

Kena naik bas since jammed gila and tetamu sesi pagi pun tak balik lagi. Bas UiTM disediakan sangat banyak okay. Takde masalah kena tunggu lama apa bagai.



Lepas keluar dari dewan. Dua orang adik aku kena tunggu kat luar. Seronok lah dorang, makannnn je. Adik aku lagi satu takde. Yelah hari Rabu kan. Dia kat USM nunn..




Ahaa..tunggu lagi 3 tahun ye nak pegang skrol diploma. :D





Ni pulak kena habiskan SPM dulu la ye apa-apa hal pun..Haha




Proud. ^__^




Pictures speak everything.
Well, yeayyyyyyyy!


Now, new journey to go. 3 more years to finish it. Degree, come to mama !

InsyaAllah. Pray for me okay. ;)


LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...