January 16, 2011

cuba nak bagi dia gembira lah. eleh tu pun salah ke?

Pukul 7malam baru makan. Setelah menikmati makan sarapan-tengahari-malam. Complete kan? Apsal tak makan esok jea? Baru lah jimat ye takk?. Pagi tu aku adalah buat sarapan. Tapi untuk aku sorang je lah. Sebab housemates aku semuanya tak kelihatan di pagi itu. Bila entah nak timbul. Biasalah hari minggu. Ehehe!  Aku buat sechawan(sebut betul-betul ‘chawan’) teh. Sebelum ni buat milo tapi sejak minggu lepas perut aku tak boleh terima kehadiran milo pula. Demand betol!. Lepas tu aku buat mi segera tapi bukan maggi lah jauh sekali mamee. Masak guna air panas je. Nak masak guna kuali malas. Biasalah tuuu malas. Itupun aku dua kali rendam mi segera tu konon-konon nak bagi berkhasiat kan. Hakhakhak. Baru berapa sudu aku dah lempar dalam tong sampah. Sampah betol! Aku tak faham lah perut aku akhir-akhir ni. Demand bukan main sekarang. Hish!

Petang pukul 6petang(cuba kalau aku buat ayat ‘petang pukul 6pagi’ pelik tak? Haha dang!) baru keluar rumah sebab masing-masing perut dah merengek manja minta diisi. Hew! Sebelum tu singgah dobi hantar baju untuk dicuci. Yelah takkan nak makan kat situ pulak. Sejak sem baru ni aku memang malas dah basuh baju. Selepas tu barulah ke Jusco. OldTown. Lepas tu beli barang makan kejap bajet esok nak masak lah kan. HAHA. Nak gelak jap.

Sampai rumah, Maghrib dah di penghujung waktu dah jadi kena cepat-cepat. Hemm! Busuk lah pulak. Nak mandi lah.

Ku ambil tuala biruku dan bakul mandi menghala ke bilik air. Takkan pergi dapur pulak kan. Tutup pintu. Aku letak bakul mandi dalam bilik air tu. Mata aku ternampak sesuatu bergerak. Makhluk sekor ni memang suka buat budak perempuan menjerit bila dia muncul. Budak-budak-rumah aku kalau nampak dia memang berlari keluar dari bilik masing-masing sambil ‘nyanyi-nyanyi merdu’ selepas tu, selamat lah dia dengan penyembur ajaib kawan aku tu. Entah cecair apa entah kawan aku sembur.  Nasib baik aku tak takut dengan dia.

Dengan cool nya (hew hew hew) aku keluarkan semua barang mandi daripada bakul mandi aku tu. Aku biarkan dia dalam bakul tu. Terbalikkan bakul tu. Aku ingat nak bagi dia mandi lah sebab tu dia duduk dalam bakul mandi aku. Mesti dia dah lama tak mandi kan? Hew hew. Aku masukkan dia dalam ‘kolam’. Boleh lah dia berenang-renang. Tapi aku ingat nak bagi dia rasa roller-coaster air lah. Sebab aku tengok dia macam seronok je.  Apa lagi untuk menambah keseronokan dia, aku tekan flush. Oops! Dia dah hilang pulak. Baibai.

dia yang kata. aku tak kata. hem hem hem. :P


LIKE pon bolehh! :D

January 11, 2011

ada hati, rasa. tapi kalau tak boleh rasa, tak bermaksud takde hati kan?

Agak-agak nya betul tak apa aku tulis tu? betul kan jea lah yer. :)






" Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya Matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita Pelangi yang indah. "








p/s= lagu sedap boleh makan. nyumm!

p/s 2= entry ni tak jiwang kan kan kan?




buibui!


LIKE pon bolehh! :D

January 5, 2011

dup dap dup dap

Hati berdegup kencang ibarat berlari 1000km tanpa henti.






Walaupun tak pernah lari sebegitu jauh. Itulah perasaan rasaku.






WAHHH! WAHHH!


Hariharihari ada je. Lepas ni apa lagi yer? 

SURPRISE!
:O


cant wait.

LIKE pon bolehh! :D

oh cik adik, saya ni bukan junior lah.

Sebelum masuk kelas pukul 12 tadi, singgah makan dekat Kolej Kristal. Yelah, kolej yang baru tuu. Lawa memang lah lawa tapi...dua bijik kedai je yang bukak. haipshh! Yang kawan aku pulak pergi cop tempat duduk yang jauhhhh nunnn. Haiyaa! 
Ehh ehh sapa lelaki yang angkat-angkat kening kat aku ni? Ohh Sir Abas rupanya. Eheh lecturer BEL ku duluu. :)
Masa nak ambil makanan..
Memang ramai muka yang tak pernah nampak. Yelahh bukannya aku kenal satu UiTM ni ye dak. Ahah! 
Ohh yer, masa nak beli makanan. Di waktu sesi mencedok lauk di dalam mangkuk plastik ( aku tataw mana pergi pinggan nya )..Ada sorang budak beratur kat belakang aku..Dia mintak tolong aku pass kan mangkuk plastik yang dia pegang ke kawan dia yang berada depan aku..



Nada suara dia kalau baik-baik takpe lah. Ni macam nak tengking aku pulak. Hallamakkayam! Memang taklah en aku nak pandang dia. Last-last aku buat tataw jea. Padan muka dia. Kenal pun tidak, tiba-tiba nak marah-marah aku kan? Haa..marah la kau sorang-sorang kat situ.

Macam mana aku taw dia junior? Sebab kawan dia yang depan aku tu, memang glamour youuu!. * kalangan kami lah * eheheh


Awak bajet awak tu senior awak hebat ke?



Ehem, saya lagi senior lah cik junior.

*ni yang malas ni bajet senior. haih*

sorry lah.









LIKE pon bolehh! :D

January 3, 2011

wow! apa yang special??

Esok bermula hari sibuk-sibuk. Budak sekolah ke sama jea lah. Pandai-pandai lah mengadap buku yer. Jangan mengadap muka-buku. Aiceh! Aku pun sama lah. Lepas ni aku nak on kadang-kadang jea lah. Hak hak hak! Boleh ke? tettt! :P



Aku taktahu lah apesal ada orang tiba-tiba nak jealous-mealous dengan aku ni kan. Lepas kutuk aku pakai anonymous kan. Entah bila entah aku ada musuh dengan orang kan. Entah bila aku kawan dengan anonymous kan. Entah bila pulak semua itu kan. Banyak pulak kan-kan-kan aku kan.


Cakap lah apa kau nak. Tulis lah apa kau suka. 


Semoga hidup kau lebih aman lepas ni.


Memang aku tersentap. Sebab aku kalau boleh taknak musuh. Kalau boleh taknak hati aku jadi keras. 


Tapi bagi aku kau jealous kot. Hoho. Entah apa yang aku ada sampai kau jealous kat aku. WOW! Tak sangka aku ada kelebihan. WOW! Lepas ni aku nak cuba cari apa yang specialnya aku.


Terima kasih lah sedarkan aku.



To anonymous: Kalau rasa hidup kau lebih aman lepas buat aku macam tu. Silakan buat lagi. Aku memang suka bagi orang kehidupan yang harmoni. Yelah hidup kan singkat. Hargai lah hidupmu.


loser.






P/S= Sorry takleh selalu blogwalking.Line disini memang 'laju'.

LIKE pon bolehh! :D

January 1, 2011

wah! aku ada azam.


Haaa.. Hambek sekali tiga entry aku bagi satu malam. Okay lah, selamat tahun baru yer. Dimulakan dengan azam dan semangat yang baru!

2010, selamat tinggal dan kau tak mungkin akan kembali.

2011, selamat datang dan semoga penuh dengan keberkatan.

Dah pasang azam? Sebelum sebelum ni aku takde lah nak ada azam-azam bagai ni. Tapi tahun ni, inilah azam aku..meh tengokk...


Kalau tak nampak or rasa tak percaya, boleh la zoom. Hak hak hak! Ni sempena umur aku ke 20 tahun ni. Wahhh! Tak caye kot weyh. Fakta!

Setengah jam sebelum pukul 12 atau sebelum ke tahun baru, sempat lah aku buat pizza ni.  



 Ha...fresh lagi ni. Hik~


 Entah lah apsal aku rajin sangat aku buat pizza pun tak tahu lah aku. Alahhhh instant pizza jea kot. Ingat aku rajin ke nak buat pizza ori tuh? citt~
Padahal takde lah lapar pun, baru jea balik dari dating ngan abah aku kat mapley tadi. Hahaha. Tettt! :D


Sebenarnya, aku taw kalau bukan aku yang masak kan pizza tuu, takde orang dah nak buat. Nak harap adik aku? aihh~ tunggu lah 20 tahun lagi. Ngahaha. So, taknak membazir aku pun masak lah. Tangguh kejap packing barang semua.


Hurm. Esok dah nak balik Penang. Huwaaa! Apasal macam kejap cuti ni? Sobz. 





LIKE pon bolehh! :D

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

got this tag, ish ish jaja suka bagi aku tag. bukan dia tataw aku malas. hua hua hua! nahh..







Anda hanya perlu ikut syarat-syarat di bawah:

1. Jadi Followers eqbalzack.com.

2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com.

4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.

5. Tinggalkan link anda pada entry ini.

Tarikh Tutup:
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan:
1.1.11 jam 11.11 pagi




tagging : anyone. * huwaa! sorry sebab macam dah terlambat jea dengan tarikh tutup. *


bytheway, nak wish birthday to Jaja dan Afiqah! :)
may ALLAH bless you!
<3

LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...