January 16, 2011

cuba nak bagi dia gembira lah. eleh tu pun salah ke?

Pukul 7malam baru makan. Setelah menikmati makan sarapan-tengahari-malam. Complete kan? Apsal tak makan esok jea? Baru lah jimat ye takk?. Pagi tu aku adalah buat sarapan. Tapi untuk aku sorang je lah. Sebab housemates aku semuanya tak kelihatan di pagi itu. Bila entah nak timbul. Biasalah hari minggu. Ehehe!  Aku buat sechawan(sebut betul-betul ‘chawan’) teh. Sebelum ni buat milo tapi sejak minggu lepas perut aku tak boleh terima kehadiran milo pula. Demand betol!. Lepas tu aku buat mi segera tapi bukan maggi lah jauh sekali mamee. Masak guna air panas je. Nak masak guna kuali malas. Biasalah tuuu malas. Itupun aku dua kali rendam mi segera tu konon-konon nak bagi berkhasiat kan. Hakhakhak. Baru berapa sudu aku dah lempar dalam tong sampah. Sampah betol! Aku tak faham lah perut aku akhir-akhir ni. Demand bukan main sekarang. Hish!

Petang pukul 6petang(cuba kalau aku buat ayat ‘petang pukul 6pagi’ pelik tak? Haha dang!) baru keluar rumah sebab masing-masing perut dah merengek manja minta diisi. Hew! Sebelum tu singgah dobi hantar baju untuk dicuci. Yelah takkan nak makan kat situ pulak. Sejak sem baru ni aku memang malas dah basuh baju. Selepas tu barulah ke Jusco. OldTown. Lepas tu beli barang makan kejap bajet esok nak masak lah kan. HAHA. Nak gelak jap.

Sampai rumah, Maghrib dah di penghujung waktu dah jadi kena cepat-cepat. Hemm! Busuk lah pulak. Nak mandi lah.

Ku ambil tuala biruku dan bakul mandi menghala ke bilik air. Takkan pergi dapur pulak kan. Tutup pintu. Aku letak bakul mandi dalam bilik air tu. Mata aku ternampak sesuatu bergerak. Makhluk sekor ni memang suka buat budak perempuan menjerit bila dia muncul. Budak-budak-rumah aku kalau nampak dia memang berlari keluar dari bilik masing-masing sambil ‘nyanyi-nyanyi merdu’ selepas tu, selamat lah dia dengan penyembur ajaib kawan aku tu. Entah cecair apa entah kawan aku sembur.  Nasib baik aku tak takut dengan dia.

Dengan cool nya (hew hew hew) aku keluarkan semua barang mandi daripada bakul mandi aku tu. Aku biarkan dia dalam bakul tu. Terbalikkan bakul tu. Aku ingat nak bagi dia mandi lah sebab tu dia duduk dalam bakul mandi aku. Mesti dia dah lama tak mandi kan? Hew hew. Aku masukkan dia dalam ‘kolam’. Boleh lah dia berenang-renang. Tapi aku ingat nak bagi dia rasa roller-coaster air lah. Sebab aku tengok dia macam seronok je.  Apa lagi untuk menambah keseronokan dia, aku tekan flush. Oops! Dia dah hilang pulak. Baibai.

dia yang kata. aku tak kata. hem hem hem. :P


LIKE pon bolehh! :D

9 contengan berhias:

fadzalina ali said...

hahaha...ngek laaa kau!

kau bg lipas tu mandi ea?hahah!

sweet yooouuu!

nelly said...

hahaha . .
kelakar lah . .

nely tag kamu : http://nellythestrange.blogspot.com/2011/01/giveaway-pertama-blog-sembang-hari-hari.html

wunny said...

jaja: ehehe i'm sweet like always. :P

wunny said...

nelly: haha lepas ni boleh la try. :)

nelly said...

yup .
try nti .
hahahaha

wunny said...

nice! :D

Yuni Aisyah said...

haha..lawak la wunny...:D

Yuni Aisyah said...

wunny jom kte exchange link..:D

wunny said...

yuni, hehe jom gelak! err camne nk exchange link eh? :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...