May 19, 2011

Perempuan kena berubah, tak kesian ke kat makcek tu?

Keadaan pertama:

Aku dan kawan aku masuk toilet di satu shopping complex nih. Aku di bahagian tempat cuci tangan.  Ada tiga toilet(maksudnya bilik toilet)  disitu. Kawan aku menunaikan ‘hajat’ dia. Tiba-tiba terbuka salah satu pintu bilik toilet itu. Keluarlah amoi ni. Amoi itu terus keluar daripada toilet itu. Pada masa yang sama, makcek cleaner pun masuk untuk melaksanakan kerja dia untuk mencuci. Masuklah dia kedalam toilet amoi tu tadi.

“Eee! Harap muka saja lawa tapi pengotor. Tengoklah ni dah buang t*** tak reti nak flush.
Bukannya budak kecil lagi. Ni haa dah besar dah pun. Harap muka saja cantik tapi tak reti nak flush. Hish! Bla bla bla..” (dia membebel seorang diri.)
Aku hanya mampu tersenyum dan memandang makcek itu mencuci toilet itu. Kawan aku keluar dari toilet di sebelah toilet amoi tadi tu, kawan aku tergelak. 



Keadaan kedua:

Daripada stesen KL Sentral. Dalam tren. Tatkala itu tren baru saja sampai. Umat manusia berpusu-pusu masuk dalam perut tren itu. Ohh skema! Dalam koc wanita. Ehh ada seorang lelaki! Bukan budak. Remaja.

Terdengar suara dari hujung pintu koc wanita. Seorang makcek sedang bercakap.


“Lelaki tolong keluar!(time ni sume mata pandang makcek hujung pintu ni) . Ini koc untuk perempuan saja. Tak kiralah tu pakwe ke adik ke. Keluar lelaki! Keluar! Ni orang perempuan nak duduk(padahal makcek ni static jea kat tempat dia) . Koc kau dekat  sanalah.”

Lelaki tersebut rasa dimalukan lalu bangun tapi tak boleh kemana-mana sebab memang padat tren itu. Lelaki tu hanya senyap dan buat muka tak bersalah dan mata memandang depan tanpa menoleh-noleh.
Makcek itu menyambung lagi..

“..apa? nak suruh awek kau marah aku? Aku tak kisah lah. Marilah. Tak takutlah. Beranilah nak marah orang. Dah lah buat salah. Bla bla bla…”
Entah kenapa, tiba-tiba pintu tren terbuka. Terus la lelaki tu keluar.
“ Haa..!Pandai pun keluar. Pergilah kat tren kau tuuu..”


Keadaan dalam tren kembali seperti biasa. Tanpa lelaki.


Sepatah dua kata untuk dirasa-dibau-dibaca:

Perempuan,
kena pandai flush tandas. Jangan lupa. Kalau muka cantik tapi 'membuang' pun orang yang tolong flushkan tak ke maluu?

Perempuan,
kalau keluar dengan partner lelaki kena beritahu lelaki tu yang masa naik tren kena berpisah sekejap. Sebab nanti lelaki tu akan kena marah dengan 'makcek' tadi. Maluu kot. Tak pasal-pasal kena marah secara public. Lainlah kalau cik perempuan tak masuk koc wanita.


Hari yang tough bagi dua makcek tadi. Mungkin.


LIKE pon bolehh! :D

4 contengan berhias:

dayaaaaaah! said...

eeeeee, tak flush? GELI NAK MAMPUUUSSSS

wunny said...

nabila: kannn~ kesian makcek tuu..

Ain Zulaikha said...

yang kat tren tu, ada cite my friend, dia lelaki.. dia masuk terus masuk, lepas tu dia berdiri tepi pintu.. tetibe dia tersedar apa sal semua perempuan , pastu bila dia turun dia tengok kaler pink hahahha rupa2nya dia tak tahu ktm ada tempat utk perempuan

wunny said...

ainzulaikha: haha nasib baik takde makcek perli dia. xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...