May 25, 2011

cubalah menjadi daripada mencari

Dalam hidup ni semua benda kalau nak diikutkan serba tak kena dengan mata orang lain. Kau baik salah, kau jahat lagi lah salah. Mulut orang memang susah nak tutup. Sebab tu ada pepatah kata,


‘ mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya ‘.




Betulkan? Tempayan tu pakai je penutupnya kalau nak ditutup. Kalau manusia? Nak pakai apa? Bibir? Memanglah pakai bibir tapi kalau bibir tu boleh ‘paham bahasa’ takpe jugak. Ni ada je yang terlajak cakap. So istilah ‘zip mulut’ sangat tak boleh pakai. Sebab kat mulut takde zip. Kalau nak ada jugak, boleh jahit sendiri. Rasanya takde tukang jahit boleh jahit mulut kecuali doktor tapi tu pun kalau bibir korang luka. Doktor pun takde kerja nak suka-suka jahit mulut orang.




Jadi, pedulikan kata-kata orang. Aku selalu cakap kat kawan aku;


‘ Kalau sibuk sangat nak fikir apa yang orang akan cakap, sampai bila pun tak jadi kerja ’.




Kalau satu dunia sibuk berfikir tentang respons orang lain, sampai bila nak berjaya? 
Manusia berjaya bangun dari kejatuhan. Manusia yang berlari setelah tersungkur.




Manusia ni kalau bercakap pasal orang ada dua benda je, satu sebab dia jeless dengan kau. Kedua sebab dia nak nasihat kan kau. Tapi selalu yang jadi yang pertama tadi tu lah. Kawan tu pakai segala jenis baju pun dia kutuk. Kawan tu buat segala benda pun dia kutuk. Camne nak puaskan hati dia? Sampai ke sudah kawan tu dapat pahala free. Lebih baik jadi orang yang dikutuk daripada orang yang mengutuk. Sekurang-kurangnya kau boleh tahu yang dalam diri kau tu ada something special.




Tapi kadang-kadang kau kena muhasabah diri jugak. Mana tahu kot-kot apa yang dia kata tu benar. Karang, kau jugak yang perasan diri kau bagus. Jadi, dari situ kau perlukan seorang yang dinamakan kawan. Kawan pun bukan semua boleh didengar cakapnya. Ada kawan yang gembira atas kesusahan orang lain.




Carilah kawan yang bukan membenarkan setiap kata-kata dan perlakuan kita tetapi yang selalu berkata benar tentang apa yang kita lakukan dan percakapan kita.




Memang susah cari yang sebegini. Tapi, kalau kita tak boleh cari yang sebegini mengapa tidak kita yang menjadi sebegini. Sooner or later you will get what you want.






Si mulut kerjanya mudah tetapi selalu menyakitkan si hati.





LIKE pon bolehh! :D

30 contengan berhias:

Scya Lollita said...

btol2 .
kdg2 cik scya senyapkan je . ade gak mber yg slalu komen2 tp dpt tahu dia jeles drpd kwn lg stu . mcm klaka je rasa hehehe

wunny said...

scya: kan? biasalah ada manusia tak happy tengok kegembiraan org lain. :) cool k.

Shamsuddin Amin said...

ingin dilihat, berdiri...
ingin didengar, bercakap...
ingin dihormat, diam...^^

wunny said...

Shamsuddin Amin: nice comment! ^^

Efek Jiwa Klasik said...

berkhayal di khayalan lama seperti berdiam sebalik kalbu. bila tiba suatu masa kelak, semuanya akan kembali seperti pelangi muncul pabila hujan redup....

wunny said...

Efek Jiwa Klasik: semoga hujan cepat redup agar pelangi boleh cpat2 tunjukkan diri. :)

miss.Addin said...

mulut orang kan, siapa la kita nak tutup. HUHU kadang2 makan hati juga .

wunny said...

miss.Addin : btol tu. buat hati kebal lah. :)

Syafiq Salim said...

Btul tu,...

Kadang2, be silent is better than talkative...

Lagi banyak kita bersuara lagi byk kebarangkalian untuk kita menyakiti org lain....

Salam kenal V(^_^)

shafmechy said...

sangat setuju la...manusia yg pertama tu mmg xkn pernah berhenti utk cari kelemahan kita...

wunny said...

Syafiq Salim: setuju. sebab kadang2 kita terlajak kata. akhirnya, menyesal kemudian..

salam kenal~ :)

wunny said...

shafmechy: tiada apa yang diingini selain kita rasa putus asa.

Siti Aziz said...

manusia bersifat hasad mmg mcm tue..sampai bila2 tak berubah perangai melainkan terkena kat hidung sendiri... i2 pun kalau hati tue terbuka untuk berubah..

^_^V

ABU said...

keh keh..mulut manusia ni kena selotep baru diam...:D

manusia, semua benda pun mau dikritik..haha aku pu sama jugak sbb aku pun manusia..:D

btw, i like entry ni..

wunny said...

Siti Aziz: kan? manusia. semoga dibukakan hatinya.. :)

wunny said...

ABU: alangkah best kalau boleh selotep mulut org. haha ! :D

ABU said...

mari la i selotep mulut u..pas tu u selotep mulut i..hehehe

Rtp Farra Arisha said...

what comes around goes around. let it go! be hard and be strong! take care! ;))

pena said...

istilah zip mulut, cikgu waktu sekolah rendah dulu selalu guna bila kelas bising..

Betul la, dalam dunia nyata semua tu dah tak boleh pakai..

kalau dapat jadikan kritikan tu pembina semangat lagi bagus..

Aisyah Aina said...

yey! sokong...rasa macam sakit hati je bila ada kawan macam tu...:P

wunny said...

ABU: pon boleh gitu ye? haha jap nak g beli selotep. xD

wunny said...

Rtp Farra Arisha: yup! just ignore them. life must go on. :)

wunny said...

pena: hehe betol tu. time zaman skola boleh la nak suruh diam buat 'zip mulut'.

wunny said...

Aisyah Aina: memang sakit hati. tp nak buat camne, tak semua orang boleh suka kita. :)

cayob said...

biasalah manusia...unik.....waaa byknya orang comment....


Alang-alang saya dah datang, nak jemput awk dan rakan-rakan awk...datanglah p rumah...... :) Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

APAN said...

aku x suka ckap bnyak...suka sembang ngan orang yg boleh masuk kepala ngan aku je. tpi mende tu salah 1 kelemahan aku bila dah kerja ni...payah2...

ABU said...

anda di tag..:D

cik bunbun said...

btol btol btol! =)



first time datang sini =D

Ain Zulaikha said...

1 word : dengki..

hahahhaha apa2 pun kita doa lah banyak2 sebab Allah ada even kita sakit hati dengan perangai kawan macam tu

wunny said...

cayob: manusia mmg camtu kan..kita pon manusia. hehe. :D

apan: ohh gitu yer..kalau camtu mmg kena jadi seseorang yang boleh bercampur dgn semua orang kan.. :)

abu: yelahhh abu...~ haha xD


cik bunbun: btol! hehe thx singgah! :D


ain zulaikha: yup! insyaAllah~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...