Assalamualaikum!
Berita HOT sedang merebak.
Tentang budak perempuan 14 tahun itu sering sahaja diperkatakan sekarang ini. Aku pun dah baca ceritera adik tu. Memang dalam otak aku masa aku baca ceritera tu macam:
“ Huh! Gila berani budak ni. Buat statement macam ni. Pergh! ”.
Memang umur baru 14 tahun. Aku dulu umur cenggitu tak reti lah nak buat aktiviti yang dia buat tu. Aku tak kata yang aku ni baik. Cuma aktiviti yang dia buat mungkin terlalu advanced.
And mostly orang-orang yang comment pakat-pakat nak hentam dia. Ramai je yang mencarut-carut bagai. Aku paham kita semua marah. Tapi buat macam ni secara tak langsung sebenarnya lagi tambah kusut keadaan.
Semua orang pernah remaja kan?(untuk orang yang dah dewasa sikit) Semua tahu masa remaja ni lah dorang ni kuat memberontak di mana terjadinya kekeliruan identiti. Itu biasa sebenarnya. Masa nak dewasa ni lah kena pandai-pandai pilih kawan. Bagi kes adik 14 tahun tu, jangan jaja ceritera yang mengaibkan diri. Bukan diri sendiri yang malu. Family pon malu jugak. Jangan sebab nak tunjuk diri tu hebat sampai memalukan orang lain. Tambah-tambah lagi ianya ibubapa sendiri. Tak patut lah. Baik pergi study untuk PMR lah ye.
Maruah diri susah nak dijaga. Once dah tercalar tak mungkin dapat dielokkan kembali.
Relax dik, lelaki masih ramai kat dunia ni. Tak perlu cari. Tak perlu nangis-nangis. Jika sudah tiba masanya, akan datang dengan sendirinya.
And ingat ni,
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan.
*aku suka pakai ayat atas ni. Macam dalam sini.
Entry dia tu bulan December kan? Kenapa baru sekarang nak kecoh? Berita basi sebenarnya..