August 11, 2012

Cukuplah dengan kesempurnaan itu.

Manusia satu ciptaan Allah yang sempurna,
Setiap satunya dijadikan berbeza-beza,
Baik dari segi fikiran mahupun rupa,
Terimalah semuanya dengan redha.


Janganlah terlalu taksub dengan kesempurnaan,
Percayalah sempurna itu tiada kesudahan,
Kerana setiap orang punyai persepsi berlainan,
Tiada yang sempurna dari-Mu ya Tuhan.


Yang cantik akan berkedut juga,
Yang muda akan tua pula,
Yang baru akan bertemu lama nantinya,
Sempurna mana yang tahan lama?


Saat kita menilai seseorang dari luaran,
Saat itu kita mula mengintai kesempurnaan,
Diharap sempurna luaran dan dalaman,
Jangan kecewa jika yang dicari tidak diketemukan.


Jangan berkawan atas kesempurnaan serba-serbi,
Hendakkan yang cantik dan bijak sahaja disisi,
Ditolak yang kurang-sempurna-dimatanya ke kanan kiri,
Sampai begitu harga dirinya ditolak ke tepi.


Sesungguhnya nasib seseorang boleh berubah,
Mungkin di atas pula tempat untuk yang di bawah,
Jika ianya terjadi janganlah gundah,
Aku hanya boleh cakap "Sudahlah..".







Cakap pasal Sempurna ni banyak yang aku nak kupas. Tapi cukuplah dengan apa yang aku karang diatas. Ingat, sekali kita buat dekat orang tak mustahil dua kali yang akan kena dekat batang hidung kita. Setiap perbuatan kita ada harga yang kita perlu bayar. 






Setiap hari jangan lupa bersyukur. Kunci untuk kita merasa cukup. Kunci untuk kita merasa sempurna. Walaupun kita tidak sempurna.

LIKE pon bolehh! :D

4 contengan berhias:

✿ Yana Malieya ✿ said...

terbaik lahh wunny ! xda sapa yg sempurna..kita just mampu jd yg terbaik jaa..insyaAllah :)

Asyraf Hamasaki said...

betul la tu kita ni dah sempurna habis dah sebaik2 ciptanyaNYA

aliazulkifli said...

wun, u remind me of someone ,cakap pasal sempurna nie. when i read this :)

( err ke sama kita?? )

wunny said...

yana: kannn..bersyukur dgn apa yg ada. :)


Asyraf Hamasaki: yes setuju. :)


alia: haaa...aku rasa kita sama. hehe ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...