November 24, 2010

aku lah kot.

berjalan-jalan di blog orang, terjumpa satu khazanah. haha tipu jea lah. ape ke mende nye khazanah dalam blog. sebab apa aku panggil khazanah? err sebab tag ni dah lama, aku yang baru nak buat. since takde mende nak dibuat boleh lah aku layan mende ni.

Rules: once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 10 people to be tag. *okay okay i understand! hoho




1. Aku sayang family aku. *iye iye macam orang lain jugak. Hehe

2. Juga sayang kawan-kawan yang sayang aku. Aicehh

3. Aku lahir kat Kedah dan dibesarkan di Selangor. jadi, kalau orang tanya aku orang mana? aku pun tataw nak jawab apa, kadang-kadang aku jawab Kedah pastu kadang-kadang Selangor. split personality kah? =.=

4. Suka warna hijau. putih juga. orange juga. merah juga. hehe ada lagi... :P

5. Suka wangi-wangi. bilik aku selalu di lilin-wangikan. hoho

6. Masih menonton cartoon. oii tak boleh lari kot. terutama Detective Conan dan Ninja Boy.

7. Seorang yang suka buat benda yang orang tak buat ataupun sikit-sikit orang yang buat, hingga ada beberapa orang panggil aku si pelik. T____T

8. Kalau bangun pagi mesti terus kena mandi. dah jadi tabiat, ehh bagus lah kan?

9. Selagi tak mandi pagi, aku takkan bersarapan. aku rasa mulut aku busuk so tak selesa walaupun malamnya sebelum tidur sudah gosok gigi. hehe

10. Aku tak suka cakap banyak kali benda yang sama. Sekali aku cakap denga elok-elok. Hoho garang tak? Hehe

11. Tak suka dimarah, kena marah, atau menjadi seorang yang pemarah.

12. Sebab itu bila aku marah, aku akan senyap. Kecuali bila aku betul-betul tak tahan. *hmm dah lama aku tak marah orang.

13. Kalau aku tengah cuak, terutama bila nak exam tuu..aku akan duduk senyap-senyap. Sebab kalau aku buat sesuatu aku akan menjadi kelam-kabut. Ohh~

14. Tak suka menunggu. Terutama kalau aku sorang-sorang kena tunggu. Tak suka sebab tak boleh cakap ngan sape-sape.

15. Banyak cakap? kot lahh.. merapu lebih adalah.. Pendiam? Mungkin lah. Hehe *aicehhh

16. Aku suka tengok movie yang hantu-hantu ni pastu dengan romantic yang tak heavy. Kang aku geli. Mungkin aku tak romantic. huakakaka

17. Aku suka sangat Harry Potter. Ini semua sejak aku baca novel dia. Bukan sebab aku tengok movie dia. Novel HP yang first aku bace yang kedua tu. J

18. Aku tak berapa suka kucing. Sebab kecik-kecik dulu dia pernah cakar aku. Jahat! Tapi aku tak takut or geli dengan kucing. Kucing kan haiwan kesayangan Nabi. Anak kucing aku suka lah. Haha

19. Suka kanak-kanak. Haha ayat macam apa jea kan? Terutama yang comel-comel tu. Rasa nak cubit-cubit jea pipi dia. xD

20. Aku suka kumpul benda-benda yang orang bagi. Kalau korang bagi aku barang, insyaAllah aku simpan elok-elok. Duit raya pun kadang-kadang aku tak bukak. Aku anggap itu semua mempunyai sentimental value.

21. Aku tak suka rasa menyesal dengan benda yang aku buat. Maksudnya macam aku rasa benda itu memang akan terjadi so tak payah nak menyesal. Life must go on!

22. Pemalu? Aku memang pemalu. Hehe..terutama dengan yang berlainan jantina ni. so, nanti akan terdengar lah suara sumbang kata aku ni sombong. Takpe tak mati pun. Hoho. Tegur lah aku duluu sebelum judge aku.

23. Aku suka benda-benda yang comel. Ye macam budak perempuan lain. Jadi selalu lah gak masuk kedai jual barang-barang cute-cute ni.

24. Tak takut lipas. Tapi aku geli bila Nampak tikus, katak. =.=

25. Lastly, aku tak reti ajar orang. Kalau korang tak paham apa aku ajar, jangan marah ye. Memang tak layak jadi cikgu.


okay, aku open tag ini pada siapa-siapa yang teringin nak buat. kalau yang takde idea nak buat entry tapi teringin nak update blog, ambik ini tag yaa! jangan malu jangan segan.



p/s=macamlah aku ni artis untuk korang hambik taw tentang haku, haha. perasan jap! :P


LIKE pon bolehh! :D

5 contengan berhias:

Unknown said...

da lame x buat tag neh..

Dyla Dahlan said...

awk si pelik ke? sye rase awk chumel kot!!

http://missdilah.blogspot.com/2010/11/katak-melompat-kerana-langau.html

wunny said...

@rE_zE@M: ehh da lame tak nampak. hoho kalau rajin boleh hambek. xD

Vintage Rose: aicehh~ *malu-malu kambing* :P thx.

frhh said...

mcm besh jeh :)

wunny said...

para: jom buat. xD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...