hai saya ikan! hehe
Tadi sebelum keluar sarapan dengan kawan aku, tiba-tiba aku terasa nak bagi makan ikan dalam akuarium abah. Hoho punya lah lahap mereka makan macam tak pernah makan sebelum ini. siapa yang tak bagi mereka makan ni? *ni yang nak marah ni* Kuikui. Rajin pulak aku harini ye dak? Hehe.
Ehh ehh baru perasan ikan takde kelopak mata. Eh tipu! Bukan baru perasan, cuma baru harini nak tahu kenapa ikan takde kelopak mata. Hoho. Punya lah takde keje kan aku ni.
Oleh kerana ikan ni tiada kelopak mata, maka susah lah bagi kita untuk mengetahui samada ikan ni tengah tidur ataupun tidak ketika ia tidak bergerak. Paham tak? Hehe
Fungsi kelopak mata adalah untuk melembapkan permukaan mata. Ia untuk melindungi mata sewaktu sesuatu hidupan itu bergerak. Begitu juga dengan manusia. Manusia kalau matanya asyik terbuka tanpa berkelip confirm-confirm lah berair-air mata tu kan? Lepas berair-air tu mesti rasa sakit kan?kan? haippp! Jangan tipu naa! Hehe. Tapi oleh kerana ikan habitat semulajadinya adalah air, jadi ia tidak memerlukan kelopak mata kerana mata mereka sudah dilembapkan. Lembap okay bukan lembab. Hekhekhek
But please take note, bukan semua ikan yang tiada kelopak mata ni. Shark ataupun ikan yu ada kelopak mata taw. tetapi ianya tidak berkelip kerana persekitaran mereka iaitu air telah pun menolong untuk membersihkan mata mereka.
Jadi, bagaimana ikan tidur? Bila dah tiada kelopak mata, sah-sah la mata mereka terbuka ye tak? *yeahh* hehe. Ikan tidur dengan cara mengosongkan minda mereka dan berangan atau bermimpi dalam erti kata lain. Jadi bolehlah dikatakan bahawa, ikan masih melihat ketika ia tidur (sumber: sini) . Jadi ketika ia tidur, ia masih boleh menyelamatkan diri mereka daripada bahaya. Cool!
Okay, paham tak? Paham tak?? Sekiann trimas! Lepas ni jangan tertanya-tanya dah kenapa ikan tiada kelopak mata.
Babai!
18 contengan berhias:
haha.aku tak terpikir pulak pasal nie.hahaha.akan kite bahas kat blog aku kemudian hari.hehehe.tapi kan.aku tgok ikan dalam finding nemo tuh siap ade lentik lagi.nak2 dalam cerite sharktale.lagi lah.hehehhehee
Terkini:
1. Saranan Aku Untuk Kerajaan
2. Sharing Is Kongsi Lah. Sampai Bile Aku Nak Cakap Sharing Tuh Bukan Caring
3. Bilik Kecil Yang Sempit
; hebat citer koe . hahaa .
owh baru tau. haha dulu wktu kecik2 slalu juga dok pikir. hehehe :D
fahmi: haha tiada logic dalam cartoon lah. xD kecuali mesej yang disampaikan.
anonymous: heyy anaa! buwekk!
Cik_Shiqah: hee~ skang sudah tawuu! :)
nice info..tp jerung tak termasuk dlm keturunan ikan kan..hehe..
Jejaka Terhangat: "Saya Tak Support Artis Hiburan, Anda Bila Lagi??"
noce info
owh.. macam itu kah??..
nice en3..^_^
thanks for the information!
xpernah lak rasa nak selidik ikan..hehe
anyway, thanks info..pasni toksah tanya2 dah..
Jom Baca Entry Dahlia: Jumlah Pendapatan dari Nuffnang
wahhhhhhhhhhhh.!
bru ku tahu :))
Jejaka Terhangat: yela kot kan..hehe xD
rinaDOrina, misz FaTiN, Haffiz MohdNoor, DaHLia: ur welC. lpas ni boleh dah explain kat org. xD
para: ku juga. xD
hahahaha ce try search magelon kat googleee
ikan jerung terbesar time zmn dainasour dulu kah3
try eh
wah !
baru tahu kenapa ikan
tade klopak mata .
^_^ . trima kasih .
Far8 budak baik: yeke? tapi apsal tak jumpe eh? nipu ehhh.. =.=
afiqah: samasama! :)
tapi kenape ikan tak de kaki ae ?
pelik..hehehe ~
aku x suke ikan..
tapi kalau ayam best ! hehe ~
frst time dtg snie !
salam pekenalan !
Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza: kalau ade kaki, berat! susah nk berenang. *bantai*
antara ikan goreng and ayam goreng, ayam lagi best kan. haha salam perkenalan juga! :)
owh..gitu kesahnye..hehe
A.B.U: gitu lahh.. xD
Post a Comment