November 30, 2010

another one. :)


Thanks the person who gave you this award and the link of this person.

 Balkis. Jom serbu sini. Hehe. A very special thanks to her because giving me this award. Huehue. Lain kali bagi lagi. Tapi kalau lambat buat janganlah marah. Hikhik :P



Spread the award to 15 blogger who you like and you think their blogs are awesome.

 Guys, sesiapa nak hambek dipersilakan. Aku nak tag korang pon, bukannya ramai akan buat. Aku taw korang malas. Huahuahua. Ditujukan untuk aku jugak. hihi



Tell 7 things about yourself

        Seorang perempuan.
        Seorang  yang cool. ( HUAKAKAKAKA)
        Aku tak makan orang.
        Aku suka jalan cepat-cepat laju-laju. Tapi masuk acara lumba lari tak menang pulak. *hairan*
       Bila berjalan aku selalu tak pandang orang.
        Aku pemalu. Huahuahua *abaikan sebab nak cukupkan 7syarat*
        Aku tak lembut. hoho






LIKE pon bolehh! :D

November 29, 2010

si kaca mata hitam.

 dah lama tak menulis. aiceh baru berapa hari kan. poyo lah. wahaha kutuk diri sendiri pulak. dushh!
saja malas nak online sebab tiba-tiba bosan meng-online-kan diri ni. hoho. so, rasa nak stop ehh bukan pause kejap jea. dont worry bebeh! 


hari Ahad lepas aku pergi lah ke satu pasar malam ni bersama-sama mak dan adik-adikku. walaupun pasar malam, kami pergi waktu petang. tak suka pergi malam-malam. ehh tak tak! aku suka. mak aku la tak suka. abah aku pun. haha apsal aku bagitaw korang pulak kan..takde motif. *blur*






macam ni ceritanya, kami jalan-jalan dan jalan lagi untuk pergi ke kedai makanan yang hendak dibeli. dah jumpa dah! stop! okay, jumpalah kedai nasi ayam dan nasi tomato. mak aku cakap "bagi dua nasi ayam dengan satu nasi tomato ye."
masa tu aku berdiri sebelah mak aku. berhadapan dengan aku, datang lah sorang mamat pakai kaca-mata-hitam ni yang aku kira salah sorang owner kedai ini. dia cakap tanya,


: nak yang mana?


aku buat bodoh.


: ehh dia cakap dengan aku. ( aku berkata-kata dalam hati ) 


sambil tu aku pandang muka dia. dia mengadap aku. tapi tak nampak mata lah, dia kan pakai kaca-mata-hitam tuu..lepas tu aku pandang orang sebelah aku. manalah taw kot-kot dia cakap ngan orang sebelah aku ke kan. takke malu tersipu aku kat situ karang. tapi orang sebelah aku aku kencang pulak dia bersembang dengan member sebelah dia. sah lah! mamat ni tanya dengan aku.


: bagi yang ini dengan yang ini. ( sambil tunjuk makanan yang nak tuuu )


: okay, ini jea? 


aku terus pandang ke lain. suruh mak aku pulak jawab.


 

oh dang!


jangan cakap dengan aku kalau tengah pakai kaca-mata-hitam tu. buat mata aku juling jea nak cari mata korang. memang kalau nak cakap dengan orang kena pandang mata.




kalau macamni takpe lah. heuheuheu



dahlah, nak tengok FULL HOUSE.



duuduuu! 



nak denga? sini.

LIKE pon bolehh! :D

November 25, 2010

kenapa ikan tiada kelopak mata?

hai saya ikan! hehe 

Tadi sebelum keluar sarapan dengan kawan aku, tiba-tiba aku terasa nak bagi makan ikan dalam akuarium abah. Hoho punya lah lahap mereka makan macam tak pernah makan sebelum ini. siapa yang tak bagi mereka makan ni? *ni yang nak marah ni* Kuikui. Rajin pulak aku harini ye dak? Hehe.

Ehh ehh baru perasan ikan takde kelopak mata. Eh tipu! Bukan baru perasan, cuma baru harini nak tahu kenapa ikan takde kelopak mata. Hoho. Punya lah takde keje kan aku ni.







Oleh kerana ikan ni tiada kelopak mata, maka susah lah bagi kita untuk mengetahui samada ikan ni tengah tidur ataupun tidak ketika ia tidak bergerak. Paham tak? Hehe

Fungsi kelopak mata adalah untuk melembapkan permukaan mata. Ia untuk melindungi mata sewaktu sesuatu hidupan itu bergerak. Begitu juga dengan manusia. Manusia kalau matanya asyik terbuka tanpa berkelip confirm-confirm lah berair-air mata tu kan? Lepas berair-air tu mesti rasa sakit kan?kan? haippp! Jangan tipu naa! Hehe. Tapi oleh kerana ikan habitat semulajadinya adalah air, jadi ia tidak memerlukan kelopak mata kerana mata mereka sudah dilembapkan.  Lembap okay bukan lembab. Hekhekhek

takut tak?? sila takut. hehe

But please take note, bukan semua ikan yang tiada kelopak mata ni. Shark ataupun ikan yu ada kelopak mata taw. tetapi ianya tidak berkelip kerana persekitaran mereka iaitu air telah pun menolong untuk membersihkan mata mereka.

Jadi, bagaimana ikan tidur? Bila dah tiada kelopak mata, sah-sah la mata mereka terbuka ye tak? *yeahh* hehe.  Ikan tidur dengan cara mengosongkan minda mereka dan berangan atau bermimpi dalam erti kata lain. Jadi bolehlah dikatakan bahawa, ikan masih melihat ketika ia tidur (sumber: sini) . Jadi ketika ia tidur, ia masih boleh menyelamatkan diri mereka daripada bahaya. Cool!


Okay, paham tak? Paham tak?? Sekiann trimas! Lepas ni jangan tertanya-tanya dah kenapa ikan tiada kelopak mata.



Babai!

LIKE pon bolehh! :D

November 24, 2010

anugerah. xD

ehem ehem. tengok ni dapat award dari cik iliwoot.bukan senang orang nak bagi award ye dakkk. hihi. jom usha award nih... 




SO CANTIK? aicehhcehh.. hihi :P




Berikan 1 nickname untuk pemberi award

iliwoot-woot-woot. hehe
 *ehh melebih-lebih pulak! ampunn!


Ucapan untuk pemberi award

thanx-a-lot kepada Cik Ili sebab sudi bagi award ni. really appreciate it.
belog ini pun belum boleh dikategorikan belog cantik lagi Cik Ili oii. xD

Berikan 6 artis/singer/band yang korang minat

okayyy meh nak jawab,
Avril Lavigne
Kelly Clarkson
Westlife
Jonas Brothers
6ixth Sense
Justin Bieber


Bagi award ni kepada 10 blog yang cun dan cantek

macam biasa, open this award untuk sesiapa yang berminat. meh ambikk!
;))










LIKE pon bolehh! :D

aku lah kot.

berjalan-jalan di blog orang, terjumpa satu khazanah. haha tipu jea lah. ape ke mende nye khazanah dalam blog. sebab apa aku panggil khazanah? err sebab tag ni dah lama, aku yang baru nak buat. since takde mende nak dibuat boleh lah aku layan mende ni.

Rules: once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 10 people to be tag. *okay okay i understand! hoho




1. Aku sayang family aku. *iye iye macam orang lain jugak. Hehe

2. Juga sayang kawan-kawan yang sayang aku. Aicehh

3. Aku lahir kat Kedah dan dibesarkan di Selangor. jadi, kalau orang tanya aku orang mana? aku pun tataw nak jawab apa, kadang-kadang aku jawab Kedah pastu kadang-kadang Selangor. split personality kah? =.=

4. Suka warna hijau. putih juga. orange juga. merah juga. hehe ada lagi... :P

5. Suka wangi-wangi. bilik aku selalu di lilin-wangikan. hoho

6. Masih menonton cartoon. oii tak boleh lari kot. terutama Detective Conan dan Ninja Boy.

7. Seorang yang suka buat benda yang orang tak buat ataupun sikit-sikit orang yang buat, hingga ada beberapa orang panggil aku si pelik. T____T

8. Kalau bangun pagi mesti terus kena mandi. dah jadi tabiat, ehh bagus lah kan?

9. Selagi tak mandi pagi, aku takkan bersarapan. aku rasa mulut aku busuk so tak selesa walaupun malamnya sebelum tidur sudah gosok gigi. hehe

10. Aku tak suka cakap banyak kali benda yang sama. Sekali aku cakap denga elok-elok. Hoho garang tak? Hehe

11. Tak suka dimarah, kena marah, atau menjadi seorang yang pemarah.

12. Sebab itu bila aku marah, aku akan senyap. Kecuali bila aku betul-betul tak tahan. *hmm dah lama aku tak marah orang.

13. Kalau aku tengah cuak, terutama bila nak exam tuu..aku akan duduk senyap-senyap. Sebab kalau aku buat sesuatu aku akan menjadi kelam-kabut. Ohh~

14. Tak suka menunggu. Terutama kalau aku sorang-sorang kena tunggu. Tak suka sebab tak boleh cakap ngan sape-sape.

15. Banyak cakap? kot lahh.. merapu lebih adalah.. Pendiam? Mungkin lah. Hehe *aicehhh

16. Aku suka tengok movie yang hantu-hantu ni pastu dengan romantic yang tak heavy. Kang aku geli. Mungkin aku tak romantic. huakakaka

17. Aku suka sangat Harry Potter. Ini semua sejak aku baca novel dia. Bukan sebab aku tengok movie dia. Novel HP yang first aku bace yang kedua tu. J

18. Aku tak berapa suka kucing. Sebab kecik-kecik dulu dia pernah cakar aku. Jahat! Tapi aku tak takut or geli dengan kucing. Kucing kan haiwan kesayangan Nabi. Anak kucing aku suka lah. Haha

19. Suka kanak-kanak. Haha ayat macam apa jea kan? Terutama yang comel-comel tu. Rasa nak cubit-cubit jea pipi dia. xD

20. Aku suka kumpul benda-benda yang orang bagi. Kalau korang bagi aku barang, insyaAllah aku simpan elok-elok. Duit raya pun kadang-kadang aku tak bukak. Aku anggap itu semua mempunyai sentimental value.

21. Aku tak suka rasa menyesal dengan benda yang aku buat. Maksudnya macam aku rasa benda itu memang akan terjadi so tak payah nak menyesal. Life must go on!

22. Pemalu? Aku memang pemalu. Hehe..terutama dengan yang berlainan jantina ni. so, nanti akan terdengar lah suara sumbang kata aku ni sombong. Takpe tak mati pun. Hoho. Tegur lah aku duluu sebelum judge aku.

23. Aku suka benda-benda yang comel. Ye macam budak perempuan lain. Jadi selalu lah gak masuk kedai jual barang-barang cute-cute ni.

24. Tak takut lipas. Tapi aku geli bila Nampak tikus, katak. =.=

25. Lastly, aku tak reti ajar orang. Kalau korang tak paham apa aku ajar, jangan marah ye. Memang tak layak jadi cikgu.


okay, aku open tag ini pada siapa-siapa yang teringin nak buat. kalau yang takde idea nak buat entry tapi teringin nak update blog, ambik ini tag yaa! jangan malu jangan segan.



p/s=macamlah aku ni artis untuk korang hambik taw tentang haku, haha. perasan jap! :P


LIKE pon bolehh! :D

November 22, 2010

takyah syampu lahhh~



suatu petang di satu tempat. promoter-promoter syampu head&shoulder sibuk mem'promote'kan product mereka di khalayak ramai itu.

: pakcik, mari beli syampu ni.


: berapa harga ni?


: .. ( tak ingat dah berapa ) jea pakcik.


: uihhh mahalnyaa!


: tak mahal pakcik. ni kami bagi special offer punyaa!


: mahal lagi ni. takpe takpe.


: ni elok ni pakcik. untuk rambut ada kelemumur.



sambil berlalu pergi bersama anak-anaknya,



: tak guna dah ada syampu tu. rambut pun dah gugur.




ketawalah kami. huehuehue



akak-akak tu pun, kot ye pun nak promote barang tengok lah dulu siapa orang yang dia promote tu. adoih...





alaa alaa sweet nye. hahaha xP




sape punye keje ni woii?

LIKE pon bolehh! :D

November 21, 2010

saya kan kakak.

seems aktiviti ni dah jadi macam rutin pulak, walaupun baru dua kali.
sempena cuti sekolah sama dengan cuti semester aku, mak aku suruh bawak adik-adikku keluar. means, jalan-jalan tengok wayang and so on. memang malas mula-mula tu. taaaaaapi kena lah buat jugak. sebab aku kan kakak baik. huehuehue

since, adik aku yang belajar kat matriks pun balik ktorang pun keluar lah.
tapi adik aku yang last tu taknak pulak. mula-mula nak lepas tu taknak. penat lah kami paksa. nak bergumbira pun payah! haishh~
dia lagi suka duduk rumah tengok rancangan korea daripada bersama kami. T_____T
* sedih plus keciwaa! sobx ( tipuu! haha )




terimalah gambar pertama. hik~


yeah! ntah pape kan?



macam biasa, tempat dituju ke Midvalley. situ jea senang pergi. naik tren lah. kalau nak tunggu aku bawak kereta, berjanggut lah si kucing itu. ( ehh tetibe kucing pulak bersalah. huehue ) lesen ada buat pekasam. :P

sampai-sampai terus pergi usha tiket. tengok lah cerita The Child's Eye. dah tu jea yang boleh. means, mula-mula nak tengok Let Me In tapi 18 and above pulak. kang tak pasal-pasal sorang tu takleh masuk. ishh~ cerita Harry Potter aku kena hold dulu. sebab dorang tak layan ( huhh! demand! ). tapi takpe, The Child's Eye tu ktorang tengok yang 3D punye.


lepas usha tiket, layan ais-krim kat gelato fruity. tempat fav.
:DD


nyum nyum!





lebih kurang jea gamba ngan atas. bezanya kepala aku lurus sikit dengan pika yang hanya mata kelihatan. haha


giliran mimi pulak nampak mata sahaja. xD


ouhh ouhh sengett~~



makan ais-krim tak kenyang. jom pergi makan kat food-court. dah sume nak makanan heavy.


hai ni sapa? hoho


bagusss! ^__^


lupa nak kenalkan adik-adik aku.
yang atas ni Mimi. dia bawah aku.





yeaa ini Pika. makann!! dia bawah Mimi.
oops! nasi aku mengahalang. hahah



habis makan baru boleh tengok wayang. seram. sebab 3D kan. rasa macam dekat. T_____T

lepas tu jalan-jalan.






then, naik tren pergi KL Sentral. abah nak belanja makan. hooo~ and then, kami balik dengan abah.



auchakkk! :P


okay, itu serba ringkas. sakit kaki. haha apa kena mengena? babaii!


LIKE pon bolehh! :D

November 17, 2010

cawan kek goda mak aku. :P

hai hai. selamat hari raya aidiladha. lambat wish pulak kan? heeyyooo..
aku kan cuti kan. boring kan. pastu kan. ehh bape banyak kan daaa. huehue cuti ni aku tataw nak buat apa. penat perah otak untuk fikir. akhirnya aku da taw nak buat apa. aku buat kek cawan aka cupcakes. FIRST time la nih!

huehuehue

malam sebelumnya mak cakap, " esok bangun awal nak buat kek tu. "
penat aku request kat mak aku untuk buat kek tu. aku tak penah buat pon. huehue

lagipun mak cuti esoknya..

aku pon ape lagi hooorayy² lah. :D

esok pagi. ( hari sebelum hari raya aidiladha )

mak aku da beli dah semua barang-barang untuk buat cupcakes tu. ohh suka suka.
masuk tepung masuk gula. kena adun sampai halus.

danggg! mana pengadun kek? penat cari kat dapur. tak jumpa!
agak nya ada dalam stor. ouh tidak sanggup nak punggah.
( nampak sangat dah lama tak buat benda-benda ni )

akhirnya,

mak suruh kami adun benda tu manual. T____T

nasib baik sikit jea.

tapi takpe, adik aku yang buat. wakaka. lepastu baru aku take over.

dah campur telur, dan lain-lain. masuk dalam acuan.


simpan dalam oven. ehh bukan. masakk dalam oven. huehue





ada la dalam 3 tray. tapi alangkah hampa nya dirikuuu.. aiceh ayat!
kecewa la aku sebab ada yang tak menjadi. over masak sampai hangus. hish! takpe takpe, first timer memang camni.


ni antara yang menjadi. yang tak jadi taknak la upload. tak elok kutuk aku. huehue tetibe jea
xD



yang menjadi tu, rasa dia sedap. ouhooooo *bangga jap* ;)

part yang best, lepas cupcakes tu siap masak. kami ramai-ramai cuba rasa. termasuklah mak aku.

dah habis masak, kemas-kemas semua barang. baru mak aku teringat yang dia puasa. ha-ha-ha.
takpe lah terlupa. da rezeqi masuk DUA dalam perut. hikhik


kasihan.!




cek pon beli dia! :)

LIKE pon bolehh! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...